Sunday, June 17, 2012

HIDUP HANYA SEMENTARA


Pada-Mu saja aku mengadu resah gelora yang menghempas kalbu...
 Terasa berat NAMUN apa daya ku luahkan...
 Walau sarat terasa malu pada-Mu...
 Akulah insan yang sejuta dosa tiada mengenang erti kesalahan berkali-kali...
 Terus masih terulang segala kesilapan...
 Meski ku tahu pedihnya.. 
Masihku disini terantai nubari...
 Detik nadi bagaikan terhenti...
 Andai aku di sisi rahmat-Mu...
 Berhakkah ku ulang masa lalu...?


Sahabat...
Terimalah daku dengan seadanya..
Terimalah segala kekurangan dan keburukanku..
Terimalah daku sebagai seorang manusia
Yang punya hati dan perasaan...


Sahabat...
Aku juga insan sepertimu..
Bukan tunggul yang tak punya perasaan...
Cukup hanya sekadar "SEBUAH SENYUMAN"
Pasti akan membahagiakanku...


Sahabat...
Maafkanku kerana tak cukup baik seperti keinginanmu...
Maafkanku kerana tak cukup amanah menjaga hak-hakmu..
Maafkanku kerana tak cukup pandai dalam hal-hal agama...
Maafkanku kerana tak cukup mahir melayan karenahmu...
Maafkanku kerana tak cukup bijak dalam menjaga hati dan perasaanmu...
Maafkanku kerana tak cukup berhati-hati menjaga ucapan dan perbuatanku
Sehingga menyakitimu...


Namun,
Ku ingin katakan padamu sahabat...
Bahawa...
Aku amat MENYAYANGIMU kerana ALLAH...
Aku amat MENGAGUMI kepandaianmu..
Aku amat  MENGHORMATI pendapatmu...
Aku amat MENGASIHI dirimu...
Aku amat MERINDUI telatah dan karenahmu...
Dan izinkan daku MENYINTAIMU sepanjang hayatku...


Sahabat...
Andai ku tiada lagi...
Cukuplah sekuntum Al-Fatihah yang kau berikan..
Cukuplah sejambak doa yang kau kirimkan..
Cukuplah kemaafan yang kupinta... 
Cukuplah keikhlasan selama persahabatan...
Moga bertemu di JANNAH dengan izinNYA...
Aamiin...




Dan ingatlah wahai sahabat...
Jangan pernah risau bila menghadapi ujian...
Bergembiralah...Tabahlah...Senyumlah...
Redhakanlah semua apa yang berlaku..
Jangan takut..jangan gentar...
Kerana ALLAH sentiasa bersamamu...
Moga dirimu sentiasa berada di jalan yang benar..
Di dunia yang fana ini...
Menuju SYURGA yang kekal abadi...


 
 



No comments:

Post a Comment