Thursday, December 2, 2010

Buat dirimu jantung hatiku...

Wahai sahabat/iah yang dikasihi…
Hari ini ana menulis lagi…
Agar terluah semua yang ada di hati…
Agar ketenangan muncul dalam diri…

Ana ada sebuah kisah lagi…
Iaitu, kisah ‘TWIN’ yang ana sayangi…
Juga insan yang amat ana cintai…
Dialah ukhti kekasih hati…

Wahai adik yang ana sayangi…
Janganlah risau pada diri ini…
Walaupun semalam cuai lagi…
Hingga dilanggar kereta lagi…

Sakit kaki ini…
Hanya diketahui oleh Illahi…
Namun ku masih tergelak lagi…
Kerana dapat kek coklat free…(ermm…nyummy2…huhu)

Aduhai malangnya nasib diri…
Jika tak bersyukur pada Illahi…
Kerana apa yang terjadi…
Memang telah ditetapkan Illahi…

Senyumanmu membuat diri ini…
Sungguh bahagia tidak terperi…
Hadirnya dirimu dalam diri…
Menceriakan hati yang sunyi…

Wahai adik yang ana cintai…
Memang cantik susunan Illahi…
Hingga kita dapat bertemu di sini…
Iaitu, di bumi UPSI…

Kedegilanmu seperti diri ini…
Membuat ana ada "geng" kini…
Tidak perlu risau lagi…
Jika ‘walid’ buli ana lagi…

Pesananmu buat diri…
Wahai ‘kak ngah’ bersabarlah lagi…
Menempuhi ujian Illahi…
Kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi…

Tadi dikau mesej lagi…
Membuatku tersenyum lagi…
Dengan telatahmu seperti ‘baby’…
Walaupun sukar buat diri ini…

Dikau kata habis exam nanti…
‘Adik’ akan menemani diri ini…
Dengan senapang panjang lagi…
Menyerang ‘walid’ yang kumblak ini…
Agar ‘kak ngah’ tak dimarah lagi…

Ana baca mesejmu ini…
Buat hati tersentuh lagi…
Hingga mengalir air mata ini…
Diiringi senyuman yang rindu pada dirimu kini…

Kini diriku tidak keseorangan lagi…
Kerana selalu ada dirimu disisi…
Walaupun kita akan berjauhan lagi…
Namun dikau sentiasa kuingati…
Hingga akhir hayatku nanti…

Ana rindukan dirimu kini…
Walaupun baru semalam dikau datang sini…
Membawa roti kegemaran hati…
Kemanjaanmu pada diri ini…
Membuat diri rasa disayangi…

Ana sentiasa mohon pada Illahi…
Agar dikau sentiasa dirahmati…
Dan tabah menghadapi…
Ujian yang dikau alami…

Terasa ingin diri ini…
Beri tahu semua orang di dunia ini…
Allah temukan dikau dengan diri ini…
Yang sentiasa menceriakan diri…

Wahai ‘adik’ yang ana sayangi…
Dirimu amat bermakna bagi diri ini…
Bukan hanya sebagai adik…
Tetapi juga sahabat yang sejati…

Alhamdulillah bersyukurku pada Illahi…
Kerana masih berpeluang hidup lagi…
Agar dapat mengabdikan diri…
Pada Tuhan yang satu ini…
Iaitu, Ya Illahi…

Ingatlah ukhti kekasih hati…
Jika ana tiada lagi…
Jangan lupa ukhwah yang terbina ini…
Dan jangan berputus asa pada diri…
Dan sedekahkanlah Al-Fatihah buat diri ini…

***P/s: Kak ngah tak mampu melihat air matamu…& kak ngah juga tak mampu mengalirkan air mata dihadapanmu…keranaku amat menyayangimu…………I Love You Adik…Miss You A Lot….
- Ikhlas dari kak ngah@Greeny World@Green Rangers -

3 comments: