Thursday, December 16, 2010

Buat Ukhti Kekasihku...(Adikku Zurin)

Adikku…,
Benar kata-katamu…
Ukuran diri diri kak ngah kuat @ lemah bukan jadi sandaran ukhwah yang terbina…
Dikau kata…
Yang penting kita tahu dugaan Allah takkan putus…
Melainkan takdirNYA…

Adikku…,
Benar kata-katamu…
Bukan mudah mencipta sayang sebab nilai kasih sayang hanya bererti pada yang mengerti dan memahami betapa berharga anugerah Illahi…

Adikku…,
Benar kata-katamu…
Kebahagiaan yang terbina antara kita bukan kepura-puraan…
Ya…memang betul…
Kak ngah sendiri sudah bayangkan…
Hanya dalam tempoh yang singkat…
Sudah cukup buat kita memahami hati masing-masing…

Adikku…,
Benar kata-katamu…
Bukan rupa, harta @ apa sahaja yang menjadi sandaran pada ukhwah ini…
Tapi hanya pada nilai anugerah kasih syang Illahi pada kita…

Adikku…,
Benar kata-katamu…
Biar apapun berlaku…
Memang kalian semua tetap ada bersama dengan Kak Ngah…
Biarpun nyawa tergadai tapi ukhwah dan kasih syang kita semua tidak akan putus…

Adikku…,
Benar kata-katamu…
Kak Ngah takkan mampu berkata-kata di hadapan adik…
Kak Ngah takkan mampu mengarahkan adk pergi dari hidup Kak Ngah…
Kerana Kak Ngah takkan mampu mengalirkan air mata di hadapan adk…
Kak Ngah takkan mampu biarkan adk lihat Kak Ngah sedih…
Kak Ngah syang adk kerana Allah…
Kak Ngah syangkan ukhwah ini…
Adik betul-betul seperti ‘Twin’ Kak Ngah…
Adik sakit…Kak Ngah rasa…
& Kak Ngah tahu adk rasa apa yang Kak Ngah rasa…
Maafkan Kak Ngah adk…

Adikku…,
Kini dengarlah kata-kata Kak Ngah…
Andai Kak Ngah kalah dalam perjuangan Kak Ngah…
Adk kena teruskan perjuangan ini ya…
Jangan bersedih lagi…
Jangan mudah mengalah…
Teruskan perjuangan Kak Ngah…
Demi agama…Allah yang suci …

Adikku…,
Maafkan Kak Ngah dik…
Kak Ngah tak mampu lagi ceriakan orang lain…
Kak Ngah tak mampu lagi ceria adikku…
Kak Ngah tak mampu lagi jadi sumber inspirasi adk…

Adikku…,
Maafkan Kak Ngah ye…
Andai Kak Ngah pergi dulu…
Adk doakan Kak Ngah ye…
Ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang beriman…
InsyaAllah…Amiin…

Adikku…,
Andai Kak Ngah diberikan peluang sekali lagi…
InsyaAllah…
Kak Ngah akan sentiasa berada disisi adik…
Suka & duka…
Kerana dirimu terlalu istimewa buatku dik…
Ingat…
‘Letakkan harapan @ ia tak menjadi kenyataan’
Fahamilah maksud tersirat ayat Kak Ngah itu…

Adikku…,
Walau apapun…
Terimalah pesanan akhir dari kakakmu ini…

“*** Kepada mawar yg kusyangi…,
Telah tercatat nama ‘seseorg’ di Luh Mahfuz utk kamu…,
Telah Allah tentukan kamu bakal menjadi sayap kiri ‘seseorg’…,
Namun kita tak mengetahui siapa dan bila kamu akan dipertemukan…,
Bersabarlah krna janji Allah itu pasti…,
Ketahuilah adikku syang…,
Peribadi dirinya bergantung kepada ketinggian peribadimu…,
Allah telah menyebut di dalam al-Quran…,
Perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik…,
Apakah dirimu tidak pernah menyimpan hasrat untuk bersuamikan seorang yang soleh?...,
Kerana itu, berusahalah dik menjadi diri kamu wanita yang unggul dimata Allah…,
Pagarilah dengan sifat malu, iman & taqwa kepada Allah…,
Pasti mujahadahmu tak sia-sia dik…,
Kerana dirimu bakal dipertemukan dgan seorang WIRA…
Adikku…
Usah bazirkan masa kamu dengan apa sahaja yang dimurkai Allah…,
Usah biar keindahan, lenggok manja, lunak suara kamu dinikmati oleh seseorg yg belum pasti menjadi pendamping abadi…
Soal hati & perasaan serahkanlah kepada Allah…,
Memang penat bermujahadah…,
Tapi balasannya pasti indah…insyaAllah Amiin…***”

P/s:
- Sabarlah dik pasti ada yang terbaik buatmu…fahamkan maksud Kak Ngah…
- Muhasabah diri tuk diri Kak Ngah sendiri…sapa tahu utk kali yg terakhir…Wallhu’alam…
- “ 'Walid' Kak Ngah kata, rindukan dunia takkan kekal tapi jika kita rindukan akhirat, syurga yg kekal abadi…sabar dik…”
- Kata-kata 'Walid" tu kak Ngah bagi kat adik…

Insaf...

Maka hambaMU yang kerdil ini…
Mengalunkan nada kerinduan…
KepadaMU yg Khaliq segalanya…
Dari tujuh lapis langit tujuh lapis bumi…
& segala yang ada di dalamnya…

Terlalu lama rindu ini tertangguh…
Di bumi pasrah roh diri mengucup aib…
Mencari tatapan keikhlasan…
Menghimpun kekhusyukkan…
Teduhan munajat di punca peribadi diri…

Tulus sabda dari dakapan wahyuMu…
Hembusan pawana menyampaikan firmanMU…
Melalui lidah kekasihMU…
Ya Habib Rabbal Alamin…

Alunan syahdu zikir bertaburan di bumi…
Di hujung lidah2 para hambaMU…
& mencatat kesedihan menyelusuri sukma…
Gementar seluruhnya meresap segenap saraf…

Ya Rabbal Alamin…
Alunan zikir kebenaranMU…
Dalam pengucapan gementar…

Bagaiman penghadapan kami nanti…
Di mahkamah masyarMU…
Sedangkan diri ketika hayat…
Menghimpun kemurkaanMU…

Di bumi pasrah ini…
Dalam terketar2 sujud…
menghadapMU…
menghimpun kembali kasih & rindu…
untuk membenihkan cinta di dalam khusyuk…
seperti mana air mata rindu…
Lishasyul Anbiya & para sahabat…

Melimpah menghimpun rasa insaf…
Dan seperti kami juga…
Menghimpun pengharapan…
Di benak ini alunan nada rindu…
Membasahi taman hati dalam renjisan…
Wangian haruman semerbak umpama kasturi…

Kehidupan duniawi penuh onak dan duri…
Ramai insan masih tidak sedarkan diri…
Penuh anugerah nikmat Yang Maha Esa…
Namun demikian mudah menjadi lupa…
Di ukhrawi suatu destinasi abadi…

Catatan...

Terlebih dahulu ana bersyukur kehadrat Illahi kerana masih diberi kekuatan oleh Illahi utk menulis…

Syukur Alhamdulillah buatMu Ya Illahi…
Selawat dan salam buat kekasihMU, Nabi Muhammad s.a.w..keluarga Baginda & sahabat2 Baginda…

Syukran mama…Syukran buatmu arwah ayah…

Syukran to all my family…

Syukran pensyarah2 ana…
Syukran guru2 ana…

Syukran ‘Walid’ku…(Walid ana yg bekeng)
Syukran adik Zurin…
Syukran abg Azmee…
Syukran akak2 yg ku sayangi…
Syukran sahabat/iah yg ana kasihi…
Syukran kpda semua yg mengenali diri ini…

Monday, December 13, 2010

Ingat daku dalam doamu...

Assalamualaikum….
Abg Long…,
-Doakan adik…adik x larat dah ni…
-Doakan adik…adik xmampu bertahan dah ni…
-Doakan adik…agar terus berjuang hingga nafas yg terakhir…

Adik…,
-Doakan kak ngah…kak ngah xkuat sperti dulu lagi…
-Doakan kak ngah…kak ngah lemah dah ni…
-Doakan kak ngah…kak ngah rndu kemesraan kita sperti dulu…

Abg long & adik…,
-Terima kasih jd kuarga adik/kak ngah…
-Terima kasih kerana sntsa member smngt & nasihat…
-Terima kasih kerana menyayangi adik/kak ngah…krana Allah…
-Adik/kak ngah akan rndu kalian sampai bila2…
-Kak ngah mnta maaf jika wat salah ye…kak ngah amat syangkn adik…tlalu syangkn adik…adik kena trus bjuang ya…jgan kalah…

· Doakan adik/kak ngah selamat pergi…

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah...1432H...

Assalamualaikum…sahabat/iah ana yang dirindui dan dikasihi…
Salam Maal Hijrah (1Muharram 1432H)…buat kalian…terlebih dahulu ana nak mohon ampun & maaf selama perkenalan andai ana pernah…:

Terkasar bahasa…
Tersilap bicara…
Termarah yang tak kena…
Tertanya yang tak tentu hala…
Tersasul tak sengaja…
Terpekik di telinga…
Terpekak bila ditanya…
Ternasihat tak kena gaya…
Termoody tak semena-mena…
Terpinjam dan terlupa pulangkan segera…
Dan termacam-macam lagi yang tak sedar…

InsyaAllah yang keruh kita jernihkan…yang jernih kita sucikan… ana doakan kita semua Berjaya dunia dan akhirat…Amin Ya Rabbal Alamin…

20 Muhasabah Harian...

Adakah anda…:
Beristighfar @ bertaubat pada Allah setiap hari…
Berzikir mengingati Allah…
Solat lima waktu…
Berpuasa sunat…
Mengerjakan solat-solat sunat…
Berselawat kepada Rasulullah…
Bersyukur di atas nikmat Allah…
Bertawakkal / berserah kepada Allah dalam setiap urusan…
Memaafkan kesalahan orang lain…
Menghubung silaturrahim…
Member nasihat yang baik kepada manusia…
Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri…
Menziarahi orang sakit / miskin…
Menziarahi kubur untuk mengambil ikhtibar…
Bersedekah / menafkah harta pada jalan yang benar…
Mencegah kemungkaran bila mendengarnya…
Sentiasa berfikir serta bertindak ke arah kebaikan…
Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya…
Menyebarkan salam dan menebarkan kasih saying kepada semua manusia…
Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah…

Moga kita semua dapat bermuhasabah diri pada pagi ini…insyaAllah…
Moga sentiasa berada di bawah rahmat Allah..

Oh Jiranku...(B-1-13)

Selamat malam sahabat/iah semua…
Malam ini ana ceria…
Sebab dapat kek percuma…
Dari kumblak sebagai hadiah…
Ana minat menulis cerita…
Yang entah apa-apa…(huhu)

Harap semua sudi membaca…
Sebab ana tak pandai berkata-kata…
Inilah dia cerita ana…
Tentang kisah jiran ana…

Terlebih dahulu maaf dipinta…
Buat semua jiran ana…
Andai sahaja korang terasa…
Kisah yang ana cipta…

Inilah dia orang pertama…
Sungguh comel berkaca mata…
Sangat suka bagi tazkirah…
Apabila ana kurang ceria…( ~_^ )

Sabarlah sabar selalu katanya…
Nasihatnya buat ana yang sakit menderita…
Tapi ana gelak ketawa…
Melihat mimik mukanya…
Semasa dia bagi tazkirah…
Buat ana mula ceria…

Kadang-kadang kesian padanya…
Kerana buat sambil lewa…
Sungguh nakalnya diri ana…
Nanti kena ‘sekeh’ kumblak ana…
Baru diri padan muka…(huhu)

‘Adik ipar’ gelaran ana…
Mengeratkan lagi ukhwah antara kita…
Aduhai akak bersabarlah dengan ana…
Yang degil tak dengar kata…

Sungguh kuat pegangan aqidahnya…
Buat ana ingin mendalami agama…
Bolehkah tolong bimbing ana…
Yang kurang ilmu di dada…

Akak ini lucu juga…
Sangat suka makanan yang tiada rasa…(kurangkan manis dlm mkanan ye)
Kadang-kadang tertanya juga…
Adakah dikau sudah berpunya…?(hihi)
Yang pasti Allah yang memilikiNya…
Selain ibu dan ayahnya…

Ini pula ahli jiran ana yang kedua…
Roommate kepada ‘kakak ipar’ ana…
Sangat berat tanggungjawabnya…
Menjadi Jmk Lps yang membawa agama…

Sungguh ceria juga orangnya…
Buat diri geli hati melihatnya…
Ana sangat sayang padanya…
Kerana baik pada diri ana…

Sungguh sedap masakannya…
Sehingga rasa nak habiskan semua…
Terima kasih ukhti tercinta…
Kerana bagi ana makan percuma…(nyummy2…hihi)

Sungguh sedap bila mendengarnya…
Tarannum yang dilaungkannya…
Hingga buat ana terlena…
Dibuai mimpi yang sangat indah…
Seperti berada di taman syurga…
Moga kita semua dirahmatiNYA…
Agar dapat ke sana…(insyaAllah…amin)
Kalau balik dari kampungnya…
Pasti ada makanan dibawanya…
Terutama ikan bilisnya…
Buat ana tak berpantang punya…

Sungguh bahagia mengenalinya…
Yang banyak tolong ana…
Nasiblah dia kaum hawa…
Kalau tak…sudah pasti ana melamarnya…(hihi)

P/s: -Buat jiran ana yang lain…asif sebab lambat buat kisah tentang kalian…jadi masih belum dapat di post…
- Buat “ukhti tercinta” dan “kakak ipar” ana…maaf baru post kisah ini…malam tu dah buat masa kita ana dapat kek percuma…akibat kesihatan yang tak mengizinkan jadi takda peluang nak post… khas tuk kalian yang ku sayangi…
- Bersambung……………………………………………..(tunggu kisah selanjutnya
)

Saturday, December 4, 2010

Takdir...

Siang bertukar menjadi malam…
Terang bertukar menjadi gelap…
Mentah bertukar menjadi masak…
Cantik bertukar menjadi buruk…
Senyum bertukar sedih…
Sihat bertukar menjadi sakit…

Semuanya dah bertukar…
Termasuk hidup bertukar kepada mati…
Allah!!!
:’(

Kasih Illahi...buatku...

Ya Allah…
Mampukah lagi hambaMU ini…
Mampukah daku terus bertahan…
Mampukah daku terus sembunyikan…

Ya Allah…
Rasa tak tertanggung lagi sakit ini…
Rasa tak mampu lagi tuk bertahan…
Rasa tak daya lagi tuk teruskan…

Ya Allah…
Adakah ini suatu perjuangan…
Adakah ini suatu ketentuan…
Adakah ini suatu pengorbanan…
Tuk dapatkan rahmatMU…

Ya Allah…
Hanya diriMU memahamiku…
Hanya diriMU mengetahuiku…
Hanya dirimu tempat ku mengadu…
Ya Rabbi…

Andai ku terleka…
Sedarkanlah daku…
Agar tak dibuai mimpi dunia…
Yang melalaikan diriku…Hingga diriku terleka…

Thursday, December 2, 2010

Buat dirimu jantung hatiku...

Wahai sahabat/iah yang dikasihi…
Hari ini ana menulis lagi…
Agar terluah semua yang ada di hati…
Agar ketenangan muncul dalam diri…

Ana ada sebuah kisah lagi…
Iaitu, kisah ‘TWIN’ yang ana sayangi…
Juga insan yang amat ana cintai…
Dialah ukhti kekasih hati…

Wahai adik yang ana sayangi…
Janganlah risau pada diri ini…
Walaupun semalam cuai lagi…
Hingga dilanggar kereta lagi…

Sakit kaki ini…
Hanya diketahui oleh Illahi…
Namun ku masih tergelak lagi…
Kerana dapat kek coklat free…(ermm…nyummy2…huhu)

Aduhai malangnya nasib diri…
Jika tak bersyukur pada Illahi…
Kerana apa yang terjadi…
Memang telah ditetapkan Illahi…

Senyumanmu membuat diri ini…
Sungguh bahagia tidak terperi…
Hadirnya dirimu dalam diri…
Menceriakan hati yang sunyi…

Wahai adik yang ana cintai…
Memang cantik susunan Illahi…
Hingga kita dapat bertemu di sini…
Iaitu, di bumi UPSI…

Kedegilanmu seperti diri ini…
Membuat ana ada "geng" kini…
Tidak perlu risau lagi…
Jika ‘walid’ buli ana lagi…

Pesananmu buat diri…
Wahai ‘kak ngah’ bersabarlah lagi…
Menempuhi ujian Illahi…
Kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi…

Tadi dikau mesej lagi…
Membuatku tersenyum lagi…
Dengan telatahmu seperti ‘baby’…
Walaupun sukar buat diri ini…

Dikau kata habis exam nanti…
‘Adik’ akan menemani diri ini…
Dengan senapang panjang lagi…
Menyerang ‘walid’ yang kumblak ini…
Agar ‘kak ngah’ tak dimarah lagi…

Ana baca mesejmu ini…
Buat hati tersentuh lagi…
Hingga mengalir air mata ini…
Diiringi senyuman yang rindu pada dirimu kini…

Kini diriku tidak keseorangan lagi…
Kerana selalu ada dirimu disisi…
Walaupun kita akan berjauhan lagi…
Namun dikau sentiasa kuingati…
Hingga akhir hayatku nanti…

Ana rindukan dirimu kini…
Walaupun baru semalam dikau datang sini…
Membawa roti kegemaran hati…
Kemanjaanmu pada diri ini…
Membuat diri rasa disayangi…

Ana sentiasa mohon pada Illahi…
Agar dikau sentiasa dirahmati…
Dan tabah menghadapi…
Ujian yang dikau alami…

Terasa ingin diri ini…
Beri tahu semua orang di dunia ini…
Allah temukan dikau dengan diri ini…
Yang sentiasa menceriakan diri…

Wahai ‘adik’ yang ana sayangi…
Dirimu amat bermakna bagi diri ini…
Bukan hanya sebagai adik…
Tetapi juga sahabat yang sejati…

Alhamdulillah bersyukurku pada Illahi…
Kerana masih berpeluang hidup lagi…
Agar dapat mengabdikan diri…
Pada Tuhan yang satu ini…
Iaitu, Ya Illahi…

Ingatlah ukhti kekasih hati…
Jika ana tiada lagi…
Jangan lupa ukhwah yang terbina ini…
Dan jangan berputus asa pada diri…
Dan sedekahkanlah Al-Fatihah buat diri ini…

***P/s: Kak ngah tak mampu melihat air matamu…& kak ngah juga tak mampu mengalirkan air mata dihadapanmu…keranaku amat menyayangimu…………I Love You Adik…Miss You A Lot….
- Ikhlas dari kak ngah@Greeny World@Green Rangers -

Ikhtibar pada diri...

Kini kukesali,
Namun sudah tidak berguna lagi…
Kadang-kadang tanpa ana sedari…
Hati orang telah ana sakiti…

Kini ku di sini,
Ingin berkongsi yang ada dalam hati…
Sebagai ikhtibar untuk diri…
Dan amalkan setiap hari…

Pelbagai manusia yang ada di bumi…
Termasuklah yang sensitif dan mudah tersinggung dalam hati…
Walaupun takda niat dalam diri…
Untuk sesekali menyakiti hati…

Bagaimana pula yang sengaja menyakiti hati…
Melalui perbuatan dan kata-kata yang keluar tadi…
Di sini dapat disimpulkan kini…
Anda menempa kegagalan yang berpanjangan…jika sengaja menyakiti hati…
Mengapa perlu menyakiti hati…?
Adakah untuk melepaskan perasaan sakit hati…?
Jika sebab itu semua itu terjadi…
Suatu hari nanti kita akan berasa lebih sakit hati…
Kerana perbuatan itu menyebabkan kegagalan yang berpanjangan dalam diri…

Cukuplah…jangan diteruskan lagi…
Saksikan sendiri perubahan yang bakal anda alami…
Jika berhenti dari sengaja menyakiti hati orang kini…
Bagaimana pula jika orang yang menyakiti hati…
Apakah perasaan yang timbul pada diri…
Bolehkah anda merasai sendiri…???

Ambil lah semua ini…
Sebagai renungan dalam diri…
Ikhlas dari sahabatmu ini…
Yang telah alami sendiri…

Bagaimana menghindari diri dari menyakiti hati orang lain…
Ø Berhati-hati bila berkata-kata @ bergurau senda. Ada orang yang tidak tahan dan tidak faham bergurau. Jadi lebih baik tidak perlu bergurau dengan orang yang tidak rapat dengan anda.
Ø Setiap kali hendak berkata, tanya “Adakah kata-kata ana ini akan menyakiti sesiapa?”
Ø Jika terasa was-was dengan perbuatan anda, tanyakan,”Adakah perbuatan saya ini menyakiti sesiapa?”
Ø Sentiasa bersabar. Jangan sesekali diamalkan perangai suka membalas dendam dan sebagainya. Banyak buruk dari baiknya perbuatan ini.
Ø Jika ingin menyakiti hati orang lain, cuba ubah kepada menyukakan hati seseorang…

Selamat Beramal…
Petua dari ana yang kumblak ini…huhu
Just dari pengalaman diri…
Yang selalu lalai hingga kini…




Power Rangers...!!!

Wahai Srikandi…
Bangkitlah…!!!
Berjuanglah…!!!
Hingga nafas yang terakhir…

Bertukar…!!!
Green Rangers…!!!
Lawan…!!!
Boom…boom…boom…
Tembak…!!!
Serang…!!!

Adakah anda letih???
Kita minum dulu…
AIR RUQYAH…
The Best…
p/s: saja lepaskan tension…dan kesedihan yang ada…='(

Ukhwah....

Ya Allah Ya Robbi…
Sungguh sejuk hembusan di malam hari…
Membuatku berfikir lagi…
Tentang alam kejadian ini…
Yang telah diciptakan oleh Illahi…

Semua teman dah dibuai mimpi…
Ana masih terjaga lagi…
Mengenangkan apa yang berlaku tadi…
Masih terpahat di dalam hati…

Mengapa diri sentiasa menyakiti…
Orang-orang yang ana kasihi…
Memang tidak dapat kunafikan lagi…
Diri tidak layak untuk disayangi…

Kenapa baru dikau tangisi…
Wahai diriku yang lupa diri…
Mem’benci’ insan yang ana hormati…
Tanpa belas kasihan lagi…

Adakah dikau terasa hati…
Pada ana yang kumblak ini…
Harap dah dibuang pergi…
Perasaan sakit hati…
Yang ada dalam dirimu kini…

Bukan niatku ingin membenci…
Tetapi tadi tak kawal diri…
Tak sedar keluar perkataan ini…
Hingga membinasakan diri…
Akibat mulut sendiri…

Duhai ‘walid’ku yang ana hormati…
Maafkanlah atas kesilapan diri…
Tak tertahanku menyimpan lagi…
Perasaan bersalah pada diri…
Sampai tak selera makan mee sup lagi…(cian kat mee sup tu…L)

Tidak kesiankah pada diri ini…
Yang cuba menagih simpati…
Dari ‘walid’nya sendiri…
Kerana telah menyakiti…
Hati dikau yang suci bersih…

Tadi dikau berkorban lagi…
Sebelum pergi meninggalkan UPSI…
Namun ana tidak hargai…
Pengorbanan yang telah dikau beri…
Bagai ana tak bersyukur…pada Illahi…

Adakah ini ketentuan Illahi…?
Yang telah DIA kehendaki…
Andai benar apa yang terjadi…
Merupakan rancangan Illahi…
Ana redha Ya Robbi…

Pada malam yang sunyi sepi…
Hanya tangisan yang menemani…
Memohon doa pada Illahi…
Adar dikau memaafkanku lagi…

Dikaulah ‘walid’ yang ana hormati…
Takkan ana lupa hingga mati…
Dirimu ‘bekeng’ bukan main lagi…
Namun tetap baik pada diri…

Terasa sedih sungguh malam ini…
Semangat pun mula luntur lagi…
Bersalah sungguh pada dirimu kini…
Namun ana tetap akui…
Semua apa yang berlaku kini…
Adalah kesilapan diri sendiri…

Andai dikau tak maafkanku lagi…
Ana tak mampu buat apa-apa lagi…
Adakah ukhwah yang terbina selama ini…
Berakhir sampai di sini…

Ya Allah Ya Robbi…
Sungguh malu diri ini…
Andai bersemuka pada dirinya lagi…
Kerana diri banyak menyakiti…
Pada ‘walid’ku yang satu ini…

Ya Allah Ya Robbi…
Terimalah doa kudusku ini…
Buat dirinya yang baik hati…
Walaupun dirinya tak tegurku lagi…

Tidak akan ada pengganti…
Sahabatku yang satu ini…
Kerana dirinya banyak memahami…
Diriku yang kumblak ini…

Walaupun ukhwah terputus di sini…
Namun dirimu tetap dihati…
Sungguh bertuahnya diri ini…
Pernah mengenali ‘walid’ku ini…
Dengan izinMU Ya Illahi…

Moga dirinya sentiasa dirahmati…
Walau di mana pun dirinya pergi…
Membawa kenangan bersama pergi…
Meneruskan perjuangannya yang tersendiri…

Duhai ‘walid’ yang ana hormati…
Doakanlah insan yang lemah ini…
Agar mampu terus berdiri…
Walaupun pegangan tak kuat lagi…
Meneruskan perjuangan Ya Illahi…

Hanya satu pesanan diri…
Buatmu sahabat sejati…
Andai dikau kahwin nanti…
Jangan lupa menjemput diriku ini…

Walau tak dapat diriku pergi…
Akan ku utus doa pada Illahi…
Agar kalian kekal abadi…
Menuju jalan yang diredhai…
Dan bersama sampai ke syurga nanti….(insyaAllah Amin…)

Ingatlah ‘walid’ yang ana hormati…
Walaupun kita tak jumpa lagi…
Adikmu sentiasa akan mengingati…
Ukhwah yang pernah terbina ini…
Hingga akhir hayatnya nanti…

Andai tiada khabar lagi…
Dari diri kumblak mu ini…
Doakanlah dirinya…bersemadi…
Dengan aman disisi Illahi…
Membawa duka yang sering ditangisi…
Dan bekalan yang belum mencukupi…
Untuk akhirat nanti…

Walau apapun yang terjadi…
Akan sentiasa ana ingati…
‘Walid’ku yang kumblak ini…
Kerana sentiasa menceriakan diri…
Dan ‘bekeng’ pada diri ini…

***Ikhlas dari adikmu yang kumblak ini***

Wednesday, December 1, 2010

Pintaku dariMU... Ya Robbi...

Ya Allah Ya Tuhanku…
Tabahkanlah hatiku…
Moga demam dan sakit ini
Adalah kafarah dosaku yang lalu…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Kuatkanlah jasadku…
Agar ana masih mampu uruskan diri…
Agar tak membebankan kakak2 yang amat kusayangi…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Kuatkanlah rohaniku…
Agar ana mampu…teruskan hidup dengan keyakinan padaMU…
Agar tak terseksa diriku di ‘sana’kelak…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Jangan jauhkan daku dari padaMU…
Ku tak berdaya tanpa bantuan dan pertolonganMU…
Hanya Engkau tempat ku mengadu…
Ya Allah Ya Tuhanku…
Akan ku simpan duka ini…
Tersimpan dengan rapi..
Jauh di kamar hatiku…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Cekalkanlah hatiku…
Agar ana masih boleh tersenyum…
Seperti diriku yang lalu…

Ya Allah Ya Tuhanku…
Ana redha dgan semua ini…
Andai ku pergi dulu dari mereka…
Bukakanlah pintu hati mereka…
Agar menerima jalanMU yang benar…

Allahumma Amin..3x… =(

Takdir Illahi...

Di dunia yang fana ini…
Sentiasa ada yang melalaikan diri…
Tidak lupa juga yang melemahkan diri…
Sehingga jatuh tersungkur bagai tak mampu sudah berdiri…

Seorang ayah pergi menghadap Illahi…
Tanpa pesanan buat diri …
Bagi membakar semangat hidup ini…
Hanya sekeping potret yang ditinggalkan…buat diriku kini…

Memang sudah takdir Illahi…
Ku cuba juga menerima semua ini…
Biarlah ia tersimpan rapi…
Jauh di dalam kamar hati…

Hadirnya insan ini…
Yang amat ana hormati…
Membuat diri bangkit lagi…
Walaupun amat berat untuk ku atasi…
Namun digagahkan juga..agar ana mampu berdiri…

Setiap kata-katanya…
Membuat ana menginsafi diri…
Agar mampu terus ‘berjuang’ hingga mati…
Dan mendapat rahmat Illahi…
Bersama balasan syurgawi…

Dialah sahabat dialah musuh…
Yang sentiasa menceriakan diri…
Walaupun baru kukenali…
Namun sudah banyak berkorban untuk diri ini…
Sehingga tak mampu terungkap lagi…

Terimalah maaf dari diriku ini…
Agar mampu menenangkan hati…
Buat dirimu sahabat sejati…
Yang sentiasa ana sakiti…
Dalam mengislahkan diri…
Yang sering terlupa pada janji Illahi…

Dia lah ‘walid’ dalam diri…
Menggantikan ayah yang sudah pergi…
Tiada perasaan lain dalam hati…
Selain perasaan anak pada ‘walid’nya kini…
Janganlah kalian bersangka lagi…
Melihat ukhwah yang terjalin antara kami…

Sejujurnya ingin ana akui…
Ana bangga pada dirimu kini…
Kerana masih mampu berdiri…
Walaupun banyak dugaan yang dikau lalui…
Sebagai hamba Illahi…
Namun masih mampu menyelusuri jalan Ya Rabbi…

Tidak seperti diriku kini…
Yang semakin lemah di sini….
Bagaikan tiada hala tuju lagi..
Yang sentiasa kalah pada diri…
Dan “benda” yang menguasai diri…

Kadang-kadang rasa tak mampu lagi…
Untuk lalui semua ini…
Moga ketenangan mengisi sanubari…
Bersama cinta yang hakiki…
Iaitu cinta Ya Illahi…

Insan ini ambil seni…
Entah apa yang dia pelajari…
Buat ana tertawa sendiri…
Dengan sikapnya yang “bekeng” pada diri…
Kadang-kadang menyakitkan hati…
Sehingga diri sendiri makan hati… ( kalah jin…huhu)

Bersabarlah wahai hati…
Dengan sikap ‘walid’mu ini…
Mungkin ada alasan yang tersendiri…
Yang buat dia “bekeng” pada diri…
Sungguh bertuah diri ini…
Punya ‘walid’ kumblak seperti ini…

Namun akan kami batasi…
Dengan syariat Ya Illahi…
Yang wajib kami patuhi…
Sebagai perhiasan diri…
Hingga mati…

Doakan ana agar mengerti…
Tanggungjawab ana sebagai hamba Illahi…
Ya Allah… Ya Illahi…
Kukuhkanlah ukhwah kami…
Walaupun takkan jumpa lagi…
Namun akan tetap perjuangkan agamaMU ini…
Di bumi UPSI ini…

Ana berdoa pada Illahi…
Agar dikau jadi murabbi sejati…
Mendidik generasi kini…
Menuju jalan yang diredhai…
Dan dirahmati oleh Illahi…

Ya Allah Ya Robbi…
Permudahkanlah urusannya di dunia ini…
Agar tak mengganggu urusan akhiratnya…
Agar mampu temui diriMU Illahi…
Di akhirat nanti…

Ya Allah Ya Robbi…
Berikanlah jodoh yang terbaik buat dirinya ini…
Muslimat yang sentiasa mencintai Illahi…
Sebagai pendampingnya di kala sunyi…

Sampai di sini sahaja untuk hari ini…
Bebelan ana yang kumblak ini…
Moga dikau tersenyum bila membaca nanti…
Dan jangan pernah lupa diriku yang kumblak ini…
Walaupun ana tiada lagi…
Di dunia yang fana ini…
Kerana semua yang berlaku adalah takdir Illahi….


Doakan ana agar mampu tersenyum semula...
syukran atas segala2nya...
Jangan berebut kui tat nenas lagi ye...berak nanang...huhu
“Ajakna mu kumblak laddek…na cala ko tu bella…”
~ Ikhlas dari adikmu yang kumblak….~

Khas buatmu... ( Gelagat Housemate Ana)

Assalamualaikum pembuka bicara…
Buat sahabat sahabiah yang ada…
Yang tengah datang menjengah…
Dalam blog ana yang tak seberapa…

Terdapatlah suatu kisah…
Antara ahli rumah kami semua…
Dengan pelbagai ragam dan gaya…
Harap kalian sudi membaca…
Kisah antara kami semua…

Sungguh ayu dan kecil orangnya…
Seorang yang serius pada agama…
Sangat tabah menghadapi ujian dunia…
Dialah jantung hati dan roomate ana…

Kek coklat adalah kegemarannya…
Suka makan mee sup dan juga laksa…
Bakal mendirikan keluarga…
Maka terbuktilah dah cukup usia…

Mempunyai pekerti yang mulia…
Membuatku bangga padanya…
Walaupun dia jauh di mata…
Namun tetap kuingati sampai bila-bila…

Bakal menjadi prof. lalat yang terkemuka…
Hasil daripada kajian yang dibuatnya…
Sungguh canggih teknologi yang ada…
Mampu mengatasi semuanya…

Namun kita tak boleh lupa…
Agama Islam tetap yang utama…
Moga kita boleh berjuang bersama…
Tidak kira tempat dan masa…
Menegakkan agama Allah yang sungguh indah…

Ini pula housemate ana yang kedua…
Nampak tegas dan berwibawa…
Pendorong ana di kala duka…
Selalu ragu antara “mirul” dan ana…

Gelagatnya membuat ana tertawa…
Walaupun hati dalam keadaan duka…
Sungguh cantik akhlak yang ada pada dirinya…
Membuat diri ana terpesona…

Kerana diri tak sempurna dirinya…
Namun ana tetap redha dengan apa yang ada…
Sujud syukur ku kepadaNYA…
Kerana Allah pertemukan ana dan dia…

Biskut raya ibunya kegemaran ana…
Sedap sehingga ana habiskan semua…
Membuatku tersenyum bila teringat padanya…
Mengajarku erti sabar dan redha…

Senyumanmu mana wahai kakakku yang jelita…
Sungguh manis bila senyumanmu ada…
Teruskan tersenyum walaupun suka dan duka…
Namun jangan sampai di anggap “gila”…

Itulah housemate ana yang ketiga…
Kurang senyuman pada dirinya…
Namun dia tetap cantik dan lawa…
Kadang2 ana terpaku seketika…

Melihat wajahnya yang diciptakan Allah…
Membuatku terfikir cantiknya ciptaanNYA…
Namun dirinya membuatku gembira…
Bila dia bertanya kenapa tengok padanya…

Hingga tersipu malu dan seperti tak kena…
Ana hanya mampu tersenyum padanya…
Senyumannya membuatkan hatiku berbunga-bunga…
Ya Allah, bahagiakanlah dirinya…

Sungguh cekalnya dirimu menghadapinya…
Menjadi pembakar semangatku yang mudah mengalah…
Inilah dia ya ukhti kekasih ana…
Housemate keempat yang ana ada…

Sungguh ku ingin berterima kasih padanya…
Kerana kata-kata yang telah dilontarkannya…
Telah men’cabar’ kedegilan ana…
Sehingga malu nak bersemuka dengannya…

Ya Allah…Ya Rahman…
Limpahkanlah kasih sayangMU padanya…
Kerana ana tahu dia dah cukup menderita…
Namun kesabarannya mengatasi semua…

Permudahkanlah segala urusannya…
Berikanlah jodoh yang terbaik buatnya…
Ana amat menyayanginya…
Dari dulu…kini…dan selamanya….

Makan…makan…selalu bersamanya…
Hingga pipi pun tembam sepertinya…
Biar tembam asalkan bahagia…
Meneruskan saki baki umur yang ada…
Dengan beribadah kepadaNYA…

Aduhai akak yang amat kucinta…
Selalu disakat oleh housemate semua…
‘Kakak adik’ diberi gelaran padanya…
Kerana telatahnya…membuat orang tertawa…

Itulah housemate terakhir yang ada,,..
Menunggang motor sungguh laju dan bahaya…
Sehingga ana hampir terbang olehnya…
Geli hati bila teringat semula…

Itu semua kenangan bersama dengannya…
Terima kasih kerana membawaku bersama…
Ke Darul Quran tempat yang selesa…
Pemandangannya juga sungguh indah…

Wahai kakakku…yang amat kucinta…
Ku teringin ke sana semula…
Mencari ketenangan dan kedamaian yang ada…
Kerana di situ ku cari diriku semula…

Dikau bagaikan mama tercinta…
Kematanganmu membuatku rindu padanya…
Gambar dan video kita ku simpan selamanya…
Menjadi kenangan andai dikau tiada…
Terima kasih untuk segala-galanya…

Siapakah muslimat yang paling degil di rumah ana?
Nakal @ kumblak tidak terkira…
Memeningkan kepala semua yang ada…
Hingga penat melayan karenah ana…

Itulah diri ana…
Sabarlah wahai kakak2 ku semua…
Maafkanku yang sentiasa membuatmu terasa…
Moga kesabaran sentiasa ada pada dirimu semua…
Ketahuilah bahawa kenangan kita sentiasa terpatri bersama…

Andai ‘ajal’ datang tanpa kuduga…
Maafkan semua kesalahan diri ana…
Sebelum ana pergi menghadap Pencipta…
Doakan keselamatan ana di alam sana…

Hidup ini hanya sementara…
Namun diri selalu lalai dan alpa…
Penuh dengan dosa dan noda…
Mohon pengampunan hanya padaNya…

Ingatlah wahai kakakku semua…
Takkan pernah putus ukhwah antara kita…
Walaupun berbeza pangkat dan harta…
Kerana ukhwah kita bertunjangkan aqidah…

Kalau ada silap dan salah…
Kemaafan kalian amatku pinta…
Agar mudah hidup di dunia…
Menjalani ibadah seperti biasa…


*** Maafkan ana…halalkan semua makan minum adik di umah ni… andai adik pernah lukakan hati kalian semua… maafkanlah…maafkanlah…=( tidak pernah terniat nak putuskan silaturrahim antara kita ataupun tak bertegur sapa..namun semuanya berlaku tanpa kuduga…itulah manusia yang tidak sempurna…seperti diriku yang kalian kenal…adik hanya insan biasa…inginkan kemaafan dari kalian semua…adik syang kalian semua…syang sangat2… mis u all…syukran atas pengorbanan kalian semua...***-ikhlas dari adikmu-***

Muhasabah kembali...

Wahai hati…
Bersabarlah atas dugaan Illahi..
Ana yakin engkau mampu atasi…
Kerana tu cuma dugaan kecil pada diri…

Wahai hati…
Bersyukurlah pada Illahi…
Kerana Dia engkau masih boleh berdiri…
Dan terus mengabdikan diri…

Wahai hati…
Di mana kau berada kini…
Adakah masih ada di sini…
Jangan tinggalkan diri ini…

Wahai hati…
Bilakah berakhirnya ujian ini…
Kadang2 rasa tak sanggup lagi…
Bila Allah bagi “ujian” ini…


Wahai hati…
Ana akan cuba gagahkan diri…
Berbekalkan keyakinan pada Illahi…
Semua ini ketentuan Illahi…

Wahai diri…
Mengapa harus ditangisi…
“Ujian” yang menimpa diri…
Tidak yakinkah pada balasannya nanti…

Wahai diri…
Walau apapun ana kena hadapi…
Semua apa yang terjadi…
Moga tetap sabar menanti…
*** Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar***

Dirinya... bukan sesiapa.....

Di zaman yang penuh dengan teknologi…masih terdapat juga benda yang jarang difikirkan oleh fikiran manusia…masih terdapat manusia jahiliah moden…masih terdapat kepercayaan2 yang membawa mereka ke jalan yang salah…masih ramai manusia yang tidak percayakan kepada alam ghaib…syurga dan neraka, pahala dan dosa, malaikat, tidak lupa juga dengan alam lain selain alam manusia contohnya makhluk halus seperti jin dan syaitan…jin yang kafir dan syaitan akan sentiasa menyesatkan manusia dan akan cuba sedaya upaya menjauhkan manusia dari Allah…

Ya Allah, Ya Tuhan kami…lindungilah kami dari tipu daya jin dan syaitan…

Di dalam kesibukan dunia kampus…dapat dilihat semua orang dengan hal mereka sendiri…pelbagai ragam dapat dilihat di sini…ada yang sibuk dengan study, ada yang sibuk dengan program2 universiti, kolej, persatuan dan program2 yang lain, ada pula yang sibuk dengan ‘couple’, tak lupa juga yang sibuk dengan bersuka ria menghabiskan duit ptptn yang mereka pinjam….

Namun di sini ana Cuma nak cerita, di dalam kesibukan tersebut masih terdapat seorang gadis yang jahil, seorang yang tak pandai mengerti apa itu dunia kampus…seorang gadis yang tak faham akan dirinya sendiri…kadang2 dia sendiri rasa adakah itu dia, dan kadang2 dia bertanya kepada dirinya sendiri siapakah dirinya yang sebenar…tak mengerti apa itu keseronokan, dia hanya dari keluarga yang biasa, dari keluarga yang sederhana…
Di saat sahabat2nya sibuk dengan aktiviti mereka, di saat itu juga dia sibuk dengan ‘bertarung’…kadang2 hanya tangisan yang menemani hidupnya…dari kecil hinggalah kini...tak da orang yang memahami dirinya…hanya Allah tempat mengadu…Allah Yang Maha Tahu…

Kadang2 dia terasa begitu jauh dari semua orang, kadang2 dia terasa dia bagai tak dipedulikan lagi…namun adakah ia begiru??? Semua itu kita tak tahu…hanya Allah yang tahu hati manusia….

Dengan berbekalkan sedikit kekuatan dan semangat yang ada…dia masih mampu berdiri…dia masih mampu teruskan pengajian ke university walaupun terpaksa merantau ke tempat yang jauh…merentasi Laut China Selatan, bukit bukau…ranjau yang berduri…namun bukan dengan berjalan kaki tetapi dengan menaiki sebuah kapal terbang yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih…

Sikapnya yang pelik membuatkan orang menjauhkan diri daripada dia, akibat sikapnya yang pelik dia mendapat gelaran ‘gila’…akibat sikap itu juga…ramai kawan yang tak nak kawan dengan dia…namun dia tak pernah membenci…di situlah dia mengerti apa beza kawan dan sahabat..sungguh besar perbezaannya… sangat berbeza…. Namun dia tetap dengan dirinya… kerana dia adalah dia… dan akan sentiasa menjadi dia.. takkan berubah… dan jika berubah sekalipun.. insyaAllah berubah kearah yang lebih baik…amin…

Dia merupakan anak sulung daripada dua beradik… takda kakak dan takda abang… suka pada pengembaraan… dan terpaksa hidup berdikari tanpa bantuan kakak dan abang… hidup dalam serba kekurangan.. namun sentiasa ceria dalam menangani kehidupan… amat suka pada kedamaian dan ketenangan… kalau dapat pergi ke sungai, laut, pantai atau hutan… insyaAllah mampu bertahan beberapa jam di tempat tersebut… suka melihat senyuman orang lain ( kerana itu lah perkara yang paling membuat dirinya bahagia )…di situlah dia melihat kasih sayang seorang insan bernama manusia.. kasih sayang antara satu sama lain… kasih syang tanpa mengira suku kaum, budaya dan agama…

Namun kini, semuanya dah berubah…

Dirinya tidak seperti dahulu lagi… dirinya tidak sekuat dulu lagi.. namun insyaAllah akan sentiasa cuba sedaya upaya memberikan senyuman pada orang lain… kerana dia faham apa maksud yang tersirat dengan sebuah ‘senyuaman’…

Semua yang berlaku adalah ketentuan Illahi… dia di pilih utk menghadapi “ujian” ini…. Namun kadang2 dia terlalu lemah.. sehingga tak mampu bangun lagi… hanya dengan berbekalkan keyakinan pada Illahi.. dia gagahkan diri… tuk terus berdiri dan mengabdikan diri pada Illahi…

Manusia….itulah dia,..Cuma manusia biasa… hamba Allah yang tak punya apa2.. sumenya milik Allah… kadang2 dia bagaikan jatuh ke dalam gaung yang sanagt dalam.. tak mampu nak keluar dari situ…

Namun, sejak ditempatkan di sini… di perantauan banyak ujian yang perlu dia tempuhi… dia perolehi kasih syang pun di sini… kasih syang yang selama ini dia idamkan… kasih syang seorang ayah… ksih syang sahabat/iah yang sentiasa di sisi tak kira senang atau susah… tak kira suka atau duka… Allahurabbi… bahagia terasa dirinya… ksih syang seorang kakak, ksih syang seorang abg… ksih syang dari orang sekeliling…

Beberapa bulan kebelakangan ini, dia alami “ujian” yang cukup kuat… namun bila difikirkan semula.. ujian ini hanyalah sedikit,… tidak seperti ujian yang ditanggung oleh saudara kat Palestin, tidak seberat ujian mangsa2 akibat kekejaman Israel…

Namun, dia pun manusia…lemah… kadang2 “ujian” yang dia hadapi membuatkan dia terasa begitu sukar untuk di atasi… dia mudah mengalah… namun, semangat dan sokongan sahabat/iah yang lain sering mencabar dirinya, membakar sifat dirinya yang mudah mengalah…
“ Kamu sungguh lemah!!! Lemah!!! Lemah!!! Itu pun tak mampu lawan ka??? “
Ya Allah… ayat tu sentiasa berngiang2 di telinganya… adkah dia betul2 lemah??? Kadang2 dia berdialog sendiri…
“ Mereka tak memahamiku… aku yang alami.. semua ini…sakit… berat… sukar… mereka hanya tahu kata sabar…tapi siapa yang tanggung..aku!! ya..aku memang lemah…”

Kadang2 hanya tangisan yang dapat membalas semua kata2 sahabat/iah nya…hanya tangisan… hanya tangisan…dan sentiasa dalam tangisan… Allahurobbi…

Pernah seorang sahabat berkata kepadanya… “ tengok sahaja macam kuat tapi tak !!! kau kuat kerana apa!! Ingat…kau mesti kuat kerana Allah.. bukan kerana sesiapa….!!!”
Sedih sangat dirinya pada ketika itu… hanya Allah Yang Tahu…

……………bersambung_Nursyahidah Mu’izzah (Pengorbanan Yang Mulia)_

Tuesday, November 30, 2010

Mukhlis....

Alkisah tersebut lah kisah tiga orang adik beradik yg bernama…
- Kumbang hijau
- Greeny World
- Bunga hijau

Mereka hidup dalam serba kemodenan dunia yang boleh melalaikan…mereka dilahirkan dan diperkenalkan ke dunia dalam dunia rawatannIslam …nak tahu tentang mereka…jum kita mendalami kisah mereka…

*Kumbang Hijau…
- Seorang yang kumblak…
- Seorang abg yg sangat bekeng…
“Katanya, Allah bagi ana bekeng sebab nak jaga adik2, isteri & anak2…”
Ermm…ada2 jak kan…
-Seorang minat dalam dunia rawatan dan banyak membantu berikhtiar tuk merawat pesakit…yang mengalami gangguan…namun kumbang hijau sering mengatakan bahawa…setiap kesembuhan datang dari Allah…masuk @ keluarnya penyakit itu pun dengan izin Allah…
Dia ada seorang adik yang lagi kumblak dari dia..(kumblak kuasa4)..huhu. Nama adiknya adalah Greeny World…(mantap nama tu…huhu)…
-Kalau nak tahu kumbang hijau ini walaupun bekeng tapi tetap baik hati & syg pada adik2nya….tak pandai marah, sabar dan tegas…(yeke?? Huhu)

*Greeny World…
- Seorang yg sangat kumblak…(kumblak kuasa4 kata kumbang hijau..huhu).., seorang yang degil…sensitif…dan takut pada abg yang bekeng….ganas…(sampai makan hati orang…ha? Tak takut ke…huhu)
- Seorang yg minat sangat pada warna kehijauan…amat mendamaikan,,, amat menenangkan baginya…
- Seorang yang kuat makan…terutama roti boom, kek coklat, kui tat nenas,..ermmm nyummy2….huhu
- Seorang yang confident pada diri hingga langgar tiang…huhu
- Seorang yang ceria…dan akn sentsa cuba menceriakan hidup org lain…walaupun dia dalam kedukaan…insyaAllah..
- Seorang yang pelik…suka pada perkara yg mencabar…
- Mempunyai seorang TWIN yang bernama bunga hijau…(bunga hijau yg kumblak kuasa2..huhu)

*Bunga Hijau
- Seorang yang manja, dan degil seperti greeny world…haha
- Seorang yang kecik…dr Greeny World…hehe…
- Seorang yang mempunyai senyuman yang manis…
- Seorang yang sentiasa membahagiakan orang lain…
- Berfikiran terbuka…
- Seorang yang mempunyai kegemaran yg sama dengan Greeny world…(adk ikut2 je kak ngah…eeeee..)
- Boleh merawat seperti kumbang hijau…namun kumbang hijau lagi mantop…pengalaman byak ckit dari bunga hijau…ermmm betulkah??huhu
- Seorang yang pandai memandu…walaupun kadang2 rasa tak selamat bila dia yang memandu..huhu

Maka…dengan bersulamkan keikhlasan….terjalinlah ukhwah mereka bertiga dengan bertunjangkan aqidah…

Penyeri hidupku...

Penyeri yang aku rindui,
Adalah wanita yang mencintai Illahi,
Lalu cinta kudus itu disulam dalam peribadi,
Hingga terpesona olehku, seorang suami,
Cinta, takut dan harap pada-Nya menguasai diri,
Saban ketika, waktu dan hari,
Hingga jasadnya ditelan bumi........

Penyeri yang aku sayangi,
Lidahnya basah dengan zikrullah,
Di sudut hatinya mengagungkan Allah,
Wajahya terpancar Nur Illahi,
Lantaran wuduk menghiasi diri,
Hingga mataku tidak puas merenungi...........

Wanita yang aku cintai,
Terhijab auratnya daripada mata ajnabi,
Maruah dirinya dijaga rapi,
Mulia dan terpelihara,
Di mata sesiapa,
Bak mutiara putih ditutup baldu,
Menjadi pujaan kalbuku......

Wanita yang aku impikan,
Menarik tanganku ketika kealpaan,
Lantaran tergoda dek harta dunia yang menggiurkan,
Lalu dibisikkan azimat penuk kasih sayang,
"Bang, marilah kita kembali mengingati Ar-Rahman."

Wanita yang aku kasihi,
Yang cukup dengan apa yang ada,
Malah bersyukur tiada hentinya,
Yang reda pada apa yang tiada,
Malah memuji Allah Yang Maha Kaya,
Dihiasi dengan sifat sabar pula,
Kerana dia cintakan hidup sederhana,
Yang langsung tidak bermatakan benda.

Wanita yang aku sanjungi,
Menjadi bulan kepada zuriatku,
Menyimbah mereka dengan cahaya,
Menerangi kegelapan mereka,
Agar membesarlah semuanya,
Dalam acuan cahaya berganda sinarnya,
Untuk menyambung perjuangan Baginda,
Membawa cahaya buat ummah seluruhnya,

Sesungguhnya,
Penyeri yang aku idamkan itu,
Tak pernah luput dalam doaku,
Setiap detik dan waktu,
Dan dia adalah dirimu...


~ Khas buat abg ana yang kumblak...tuk calon zaujatinya..insyaAllah…amin….~

Cahaya Mujahidah...Cinta muslimin???


Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah…
Tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana muslimin menyentuh dirinya walaupun hatinya…
Kerana Allah amat menyintainya…
Namun, andai kita bergelumang dengan cinta muslimin…
Di mana Allah untuk menjaga kita…?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita …
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang muslimin…
Ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA…
Mengapa masih ragu-ragu…?
Kekuatan usah ditunggu tetapi dicari…
Hargailah atas kesempatan yang Allah telah berikan,…

( Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya…) – Imam Ghazali –

Saudari,
Ana bangga melihatmu derita dalam perjuanganmu…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Saudari…,
Ana bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu…
Daripada melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…dari hidup dalam kesesatan…
Kerana jangan lupa saudari…, Muliamu bukan pada pangkat & harta tetapi kerana Islam….

Kerana……ISLAM….agama Allah yang Suci…

~Ya Allah…berikanku kekuatan & kesempatan agar diriku terus mampu berjuang dalam menegakkan agamaMU...Amin… ~

Monday, November 29, 2010

Kata2 semangat yang ku perolehi dari org2 yang kusayangi…

Seorang sahabat berkata kpadaku...,
~ " Apa yg berlaku, sume ni telah ditentukan Allah...Apa yg nak dkcewakan? Jika kita tau sumenya da ditetapkan, pjlanan kita berbeza, ujian kta jg b'beza, tp ingatlah arah tuju kita sama..mgkin kasmah diuji dgn cara tu, tp org len dgn cara lain..Sbarlah..utk dpt sesuatu yg berharga tak kan diperoleh dgan mudah jd jangan lemah2...jalan utk mendapatkan redha Allah terlalu sukar...byak kepentgan dunia yg harus digadaikan...sesuatu yg berharga tak diperoleh dgan mudah...jadi jgan lemah2...kuatkan diri..insyaAllah” ~

(Ust. Redhuwan)


Seorang senior berkata kpdaku... ,
“ Kasmah, jgan mengalah... Allah Maha Kuasa...Allah Maha Tahu...tak yakin ka dgan Allah??? Kenapa putus asa??? Takut ka mati krana berjuang??? Lebih baik berjuang hingga mati dan dapat rahmat Allah drpda mengalah & tak dpt rahmat Allah...kuatkan diri insyaAllah kasmah mampu.”

(Walid)


Seorang abg lagi b’kata kepadaku...,
“ Jalan mencari keredhaan Allah memng menyakitkan, tapi bila diharungi dgan sabar dan tekun mengusahakannya...hasilnya lebih manis dpd apa2 jua yg manis... ”

(Abg Azmee Ameng)


Seorang akak berkata kepadaku...,
“ Adkku syg...(mimpi yg indah-mestika)...adk kena letak harapan adk pada masa skrg seperti lagu tersebut...adkku, setiap insan berbeza ujianNya...bersyukur kita msh ada wktu tuk truskan juang diri sendri..bukan senang utk berjuang pada dri sendiri...adkku, hiasi dirimu dgn tekad hatimu sendri...Allah x pandang kjayaan kita tp Allah nilai stiap usaha yg kita lakukan hatta sebesar zarah sekalipun...adkku, bukn masanya kita berundur dr islahkan diri kita bahkan kita kena terus islah diri stiap saat...adkku, tak dinafikan rasa kecundang pasti muncul dlm diri tp bukan bermakna kita berhenti di situ...percayahlah dgn janji Allah...adkku, stiap insan xsempurna..tapi kita terus berusha utk perfect...akak nak kita sama2 berjuang utk diri kita terutamanya...usah peduli apa yg diperkatakan pd kita selagi kita sedar kita akn terus utk kebaikan diri & ummah...maafkan akak yg dhaif krn tak mengerti spenuhnya apa yg tersirat dlam hatimu adk...tp doaku sntsa ada utkmu... “

(Kak Suhana)


Seorang akak berkata kepadaku...,
“ Kasmah, senyuman akn sntsa lahir di wajahmu yg manis... syuman yg paling indah di sisi Allah adlh syuman mreka yg ditimpa musibah... Dgan muka yg manis & senyuman yg paling menawan mereka mengucapkan Alhamdulillah..Syukur dgn musibah yg diberi...tanda Allah tak pernah lupakan dirinya... “

(Kak Ain Fikri)


Seorang akak berkata kepadaku...,
“ Utamakanlah pandangan Allah dpd pandangan manusia...sesungguhnya redha Allah yg kita cari... “

(Kak Nur Ayuniza)


Seorang senior berkata kpdaku...,
“ Jika syang dgn kami semua..syg kpd akak2 & shbt/iah yg lain...buktikan ksh syg itu...jgn bg ‘benda’ tu menang...ingat ujian Nabi & hamba Allah lain lebh dahsyat dari apa yg kasmah dpat... selagi roh ada di jasad..akidah utuh pda Allah...teruskn bjuang hingga mati...jgan mengalah..tak bjaya hari ni..esok bjya..tak esok..hari2 akan datang...Allah Maha Tahu..tak kan diberi ujian kpd hamba yg tak mampu harunginya...stiap ujian yg kita dpat bermakna ujian tu kita dpt hdapinya... yg pentg sabar & yakin...sanggupkah kasmah wat ana & akak2 mcm ni??? Ana & akak2 akn betul2 kecewa...dah..jangan sedih2..kasmah kena kuat...kan sume dr Allah...jgan mudah mengalah...postifkan diri...lawan...yakin & percya dgn Allah..insyaAllah... “

(Walid)



***p/s: syukran kpda semua yg banyak bg semngat kpd ana... ana akan sntsa ingat setiap bait kata2 kalian semua...insyaAllah....amin...

Allahurabbi...bantulah hambaMU yang lemah ini.....

29/11/10 –Isnin….. (03:12 pm)
Benar kata akak2 semalam ana terlalu lemah, wat macam seorg muslimat yg kuat tapi sebenarnya tak… kadang2 ana terfikir memng ana tak layak bersama mereka…bila tgok Majlis Perpisahan & Mengingati Mantan LPS sesi 2010/2011 semalam…ana rasa ana bukan dalam kalangan mereka… ana tetap kalah..adik akak2 sume tetap kalah…


Maaf hampakan akak2 & walid serta sahabat/iah seperjuangan…syukran krana membantu ana…syukran krana akak2, walid,& sahabat/iah tlong tgok2kan ana selama ini…ana x mampu membalasnya…ana doakan kamu semua sntsa bahagia di dunia n akhirat & wat akak2, walid serta shabat/iah seperjuangan sekalian..ana amat bangga n hormati kalian semua…ana doakan moga Allah berikan jodoh yang terbaik…
Dahulu, walaupun mata zahir tak dapat melihat dgn baik namun diriku tetap yakin tuk berjalan walaupn dlm keadaan demikian…kini, mungkn adk tak mampu lagi yakin seperti dahulu…semua keceriaan telah hilang…


Ana tak tau napa ia amat sukar..syuman dan keceriaan telah dibalut dengan kesedihan..kesedihan yg tak mampu ana leraikan…

Sedih ingat Allah yang menciptakanku…adakah hambaNya ini yang penuh dengan dosa & noda masih dibawah payung rahmat & redhaNYa..& terus berjuang menegakkan agamaNYA..

Sedih ingatkan Rasulullah adakah ana mampu mdapat syafaatnya di akhirat kelak…

Sedih ingatkan arwah ayah…adkah anaknya ini mampu terus berjuang…

Sedih ingatkan mama…adakah anaknya ini mampu membahagiakannya kelak..

Sedih ingatkan kuarga, adakah ana mampu membawa mereka ke jalan yg benar..sedangkan ana sendri masih tak kuat hdapi cabaran yg diberikan olehMu Ya Allah…

Sedih ingatkan akak2 & walid..adakah ana mampu jd adk yang baik wat kalian semua…ana terlalu syangkan kalian semua…disinilah ana mndapat kasih syang dpda kalian semua…

Sedih ingatkan zurin..adakah ana mampu jadi kak ngah yang baik wat dirimu dik… tapi maafkanlah kak ngah xmampu nak ceriakan dirimu dik…kak ngah terlalu menyayangimu…

Sedih ingatkan shabat/iah adakah ana mampu jadi sahabat yang t’baik wat kalian semua..adakah ana mampu terus bjuang…doakanlah sahabatmu ini…doakanlah ana agar ana masih mampu terus berjuang bersama kalian semua dalam menegakkan agama Allah…


Andai walid & akak2 semua tau betapa sukarnya hidup dalam bayangan “benda” lain…andai walid & akak2 sume tau betapa sukarnya terima kenyataan yg pahit..andai walid & akak2 sume tau betapa sukarnya adik nak membiasakan diri dgan semua ini…


Andai adik mampu syum & ceria seperti dhulu..biarlah syuman & keceriaan itu merwat semua kedukaan org disekeliling adk..semua kdukaan org2 yg adk sayang…semua kedukaan kuarga
adk…semua kedukaan walid & akak2 semua….


Andai ku mampu tersenyum lagi biarlah senyuman itu mnutup semua kesedihan yg ada…namun hakikatnya adk tak mampu lakukannya…adik kalah pada diri adik sendiri…


Ya Allah berikanlah hambaMu ini ketenangan,…Ya Allah jangan biarkan diriku hanyut dalam mengejar duniaMU…
Ya Allah ku tak layak tuk menerima syurgaMU namun ku tak mampu menerima segala azabMU…kelak…


Ya Allah…hanya Engkau yang mengetahui hati ini….mengetahui hati yang penuh dgan kejahilan, hati yg penuh dgn kekotorn…
Ya Allah hadiahknlah cinta & kasih syangMU kpda org2 yg kusayangi…


Ya Allah…izinkan kami sentsa brda di bawah pyung rahmat & redhaMU Ya Allah…
Ya Allah… tenangkanlah hatiku… berikanlah hamba hidayahMU agar ku mampu perjuangkan hidupku dalam duniaMu demi menuju akhiratMu yang kekal abadi…


Ya Allah jangan Engkau ambil… nikmat Iman & Islam dalam hidupku… hamba bersyukur dengan nikmat Iman & Islam yang Engkau telah berikan…

Wahai hati…bersabarlah dengan dugaan Illahi…

Thursday, November 11, 2010

Mari Renungkan...

Ambillah akar pohon fakir bersama akar-akar pohon tawadhu’
Campurkanlah padanya tumbuhan taubat
Taruhlah ke dalam bekas keredhaan
Tumbuklah dengan penumbuk qana’ah
Masukkan dalam kuali taqwa
Lalu tuangkanlah padanya air malu
Didihkanlah dengan api mahabbah
Tuangkanlah ke dalam gelas syukur
Kemudian kipaslah dengan kipas harapan
Lalu minum dengan sudu pujian
~ Khas wat shbat/iah yg mengenali diri ini ~

Tuesday, August 17, 2010

Saya Sudah Bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain.
Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itusahaja.
.......................................
"inna lillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah( dgn maut) tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Saturday, August 14, 2010

Salam Ramadhan... Syahrul Ramadhan...Syahrul Ibadah...

Entahla mengapa stiap mlm ana x dpt tdo..gtu sush mo lelpkan mata...asgnmnt plak x sentuh ap2 lg...enth ap yg ana wat... kdang2 sedih seorg dri... x tau ap yg ptut dlakukn....
Rakan2 yg rapat smkin lma smkin mnjauhi...enth ap da berlaku...malam ni pon x dpt tdo...skrg xda lg tmpt utk bergurau..hanya Allah tempt utk ana mengadu....
sekrg adalah bulan yg mulia...bulan yg ditunggu2..n bulan pengampunan....
d cni jga ana nak ucapkan salam Ramadhan kepda shabat/iah sekalian...

Saturday, July 17, 2010

Takdir Illahi...

Salam...
kini baru ku sedar betapa besarnya nikmat Allah kepada kita..begitu kerdilnya diri ini di hadapan Allah... banyak dugaan harus ditempuhi..kadang2 sedih..kadang2 suka...
kini da masuk sem baru...
umor pon da meningkat..
malah hati ini semakin ari..semakin takut untuk menemuiMU ya Rabbi...
mungkin ka semua dosa takkan terampun...
n risau adakah...amal yg hanya sedikit itu diterima...
sumenya hanya Allah yg lebih mengetahui....
hari demi hari...diri ana berfikir...
mengapakah ana sering di uji dengan pelbagai ujian..
namun kini ku tahu..
Allah menguji manusia mengikut kemampuannya...

Friday, May 21, 2010

Skim KUO

ERMMMM.....
ari ni da genap 16 ari ana keja....
letih la...
minggu ptama keja senang jak...
jga kaunter la...
cop surt khabar la...
cek kuncila..byakla..ana buat..
huhu..letih jg...tp kena usha..sebab mula mo berdkari..huhu
minggu ni..ana buat filing plak..huhu
lg sush..
mcm mo blajar undng2 pun ad....
almaklumla...kena hafal senarai dlm sistem fail yu..
td byk jg yg salh msuk fail..
hehhee..
tp da ubah balik..hehehe.....
ermmm...letih jga..ari ni..
da la smalm x ble tdo...
ari ni pn xda slera mo mkn...entahla..napa....
rindula dgn kuarga..
kwn2..
coz sem ni x blik bercuti d sabah.....
huhu
anyway....
insyaAllah ana mampu berdikari..
kn cuti raya nnt blik..hehehe
oh ya..lpa plak..
ari ni result kuar..moga kwn2 sume dpt result yg baik...insyaAllah...amin..
namun tu sume bkn yg utama...
krn yg paling utama adlh...
ilmu agama...
iman dan amal yg akn mnjadi...
bekal ke akhirat...
yg sudah pasti...
dan kekal abadi...
insyaAllah amin...
dunia ni hanya sementra jak...
leth jg menulis ya..
wlaupn ndak pndai..
tp cuba jga tulis blog..
saja jk...
hehehe....

Sunday, May 9, 2010

Borink...

Salam...salam ukhwah, salam kasih sayang n salam perjuangan dr ana..
erm..ana ni bknlah manusia yg pndai berkata2...huhu penuh dosa dgn noda..stiap hari sntisa melakukn dosa..x kiralah sedar @ x sedr..kdang2 pn berfkir jg sendri..npa ana gni..npa gtu..sush mo dtrangkn...huhu...tp mengeluh jak x berguna tnpa usaha mo perbaikinya..kadang2 ana rasa aduhai sushnya mo buat amal, sushnya mo buat kebaikn...kdang2 ana rasa sedih sangt...:'(
klu duk dlm ksorangn ana sntiasa berfkir knapa lah ana x sprti org lain..yg ad sesetgah tu sntiasa mengejar nk buat amal..tp ana sntiasa bert nk buat...cthnya mo bgun Qiam..Allah payahnya...:'(
ana sangt bersyukur saat ni..mngkin krana da ktentuan Allah ana dijodohkn tuk bertemu dgn shbt2 kerohnian yg byak mmbntu ana untuk mneruskn hidup dgn beribadah kpda Allah...
ana ni membesar di kawasan pekan yg pendidikn agmanya pn kurang..mklumlah pekan yg kecil..tp x lah kecil sangt...dulu klu nk g sekolh menengh sering lalu d dpn sekolh agma sering terlints dlm hati..klu ad anak suatu hari nnt nk sekolah mreka kat ctu..x mcm ana ni..huhu (dulu suka sgat berangan2...bermain2 dgn fikiran tp akak2 kata x ble nnt mudah dpgaruhi oleh setan..huhu)
pd msa tu..hdup ana amt gelap...solat pn jarang...kdang2 solat kadang x...naik form2 ana da mula solat scra berterusn tp rsanya ana bingung n rsa takut adakh solat tu dtrima Allah... Wallhu alam...:'(
tp sekarang ana fham kita x solat dgn khusyuk n kdang2 tinggalkn solat disebabkn kdang2 kita ikut2 kawan..."oh..dia solat, aq mo solat gak la"..kdang2 juga terpaksa..kwn seblik asyik kata "da solat ka? gla solat lu bru blajar...bru mkn..baru..baru..n byak lg la.." ad sesetgah plak solat sebab nk tunjuk alim..klu dhdapn kwn dia solat klu dblakang x...huhu
mcm ni lah mnusia...sume tu sedar x sedar da buat dosa..:'(...
mflah..ana da kata dr awal..ana bkn seorg yg pndai berkata2...berilh pndangn n semangt untuk ana terus berjuang mencari redha Illahi..huhu
InsyaAllah amin...

Tuesday, May 4, 2010

Kelebihan Surah al-Ikhlas

ASSALAMUALAIKUM, LUANGKAN MASA ANDA SELAMA 15 - 20 MINIT UNTUK MENGETAHUI APAKAH MESEJ YANG DISAMPAIKAN SEBELUM ANDA KATAKAN TIDAK BERMINAT ATAU TIDAK PERCAYA. TETAPI ANDA JANGAN BUANG RISALAH INI SEBALIKNYA BERIKAN KEPADA SAUDARA ISLAM KITA YANG LAIN KERANA MEREKA MUNGKIN SANGAT MEMERLUKANNYA. TERIMA KASIH. WASSALAM. KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS "

Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa si fulan iti telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikatIzrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, and an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmuini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anakAdam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :1) Sedekah/amal jariahnya2) Doa anak-anaknya yang soleh3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Assalamualaikum...wr...wb...

Entah mengapa pada malam ni...hati ana terasa terdetik untuk membuka blog...namun mungkin sume itu adalah ketentuan Illahi... Dua tiga ari ini ana asyik membaca blog seorang senior yang baru sahaja pergi...menemui PenciptaNya...yakni Allah..s.w.t... entah malam ni, entah esok, entah minggu hadapan, entah bulan hadapan, entah tahun hadapan..., entah bila-bila sahaja..ana pun tak pasti bilakah ana 'pergi'...Wallahu'Alam... Blog tersebut telah diteruskan oleh seorang srikandi yang sentiasa tabah menghadapi dugaan yang sering datang dalam kehidupannya..ana kagum terhadap ukhti... adakah ana mampu seperti enti? Aduhai sungguh mustahil sume itu...:(
Ana harap blog ini ble memberi pengajaran kepada sesiapa yang membacanya....ana membuka blog ini sebagai renungan kita bersama dan sebagai peringatan kepada diri ana sendiri....insyaAllah..amin