Saturday, June 22, 2013

7A






Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam...
Syukur Alhamdulillah masih boleh bernafas lagi..di dunia ini..
selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...
Terima kasih banyak atas segala pengorbanan keluarga buat diri ini...


Alhamdulillah, dapat juga ana update blog ni pada malam ni...
kalau tak mesti tambah bersawang blog ini...
pada hari ini tiba-tiba ana teringat kenangan bersama housemate ana ketika bersama mereka sepanjang semester 8...
pada 13 Jun 2013 (khamis) yang lepas...
sempat juga kami ber"tujuh" keluar makan bersama walaupun pada keesokan harinya
ada exam Asia Tenggara Abad ke-20...
orang kata paper tu merupakan paper MAUT...hihi
Alhamdulillah...
dapat jawab atas
  usaha yang tak seberapa...
hasilnya biarlah Allah yang tentukan...


Ini ahli rumah ana di RUMAH 7A...
Liz, Murni, Kak Tini, Nisa, Hasmah, Fiet...

LIZ : seorang yang periang, lawak, kadang-kadang telatahnya buat org ramai mahu tergelak...mcm2 gaya ada...ambik sejarah (major) & ekonomi (minor) sama dengan ana dan Fiet tapi sem ni teda pun subjek yg kami sekelas...bakal pulang ke kampung halaman pada 24 Jun ini...asal SABAH...kawan ana ni minat sangat korea...kadang2 mampu ingat nama2 pelik tu..huhu


MURNI : asal KELANTAN..orang kata mukanya garang...kadang2 org takut nak tegur..yala kalau org kenal memang cakap mcm tu...
Dia sangat rajin masak kat rumah bersama Hasmah...ambik sejarah (major) & bahasa melayu (minor) sama dengan Hasmah...bakal menjadi PUAN bulan lapan nanti inshaaAllah...hihi...kadang2 lawak...selalu berkepit dengan Hasmah... =)..Ni minat dengan nasyid...


KAK TINIE : ahli yg paling tua antara kami bertujuh...ambik akaun (major) & keusahawanan (minor) sama dengan nisa...kakak yg paling rajin masak bersama nisa...hihi akak ni plak selalu berkepit dengan nisa...ni minat cari barang online kat internet..hihi jangan marah ya kak...


NISA : seorang yang sangat pendiam..tapi mesra..hihi lawak...PJJ ana... =) suka masak2 tapi tak suka makan sayur...terutama yang berwarna HIJAU...ulang sekali lagi berwarna HIJAU ya...HIJAU HIJAU HIJAU...hihi nisa minat apa ya? makan maggi kot..hehe gurau jak...lalala


HASMAH : ni plak...businesswoman...wanita yg berkerjaya dalam ahli rumah ini...seorang yg lawak...
rajin belajar masak...maybe ada aura2 mahu kahwen...ana doakan semoga cepat ketemu jodoh...Aamiin...Haa..ni minat sangat dengan Bollywood...


FIET : ini plak dah jadi PUAN FIET...
seorang yang kuat berkurung di dalam bilik...
sudah jadi orang JOHOR puan kita ni...
lama ana tunggu dia masak...akhirnya dapat juga ana rasa masakannya sebelum dia balik..
masak sebelum berangkat pulang ke Johor...
sedap juga ah ko masak..hihi


& ahli yang terakhir ana sendiri.... =) kata puan fiet, kuat makan...kata hasmah slamber...kata nisa dia rindu ana... =)

Kenangan yang takkan dapat ana lupakan...
Gaduh2 manja, kasih sayang, gurau, telatah, gelak, nasihat, ilmu yang dikongsi serta senyuman mereka takkan dapat ana lupakan...
Halalkan semua makan minum ana...
Maafkan segala salah silap sepanjang kita duduk serumah....
Terima kasih atas segalanya...

Gembira dapat serumah dengan kamu semua....
Sayang kamu semua kerana ALLAH...
I WILL MISS YOU ALL... 
 


Monday, May 27, 2013

Thanks A Lot








ALHAMDULILLAH...
Terima Kasih buat Abang & Kakak...
Dtg lawat adik tadi...



  • Terima kasih...hadiahkan adik hadiah yg comel & design kereta yg mantap... =)
  • Terima kasih belanja adk aiskrim HIJAU dua "ketul"..hihi
  • Terima kasih belanja adk roti...
  • Terima kasih kak, sudi dtg jumpa & lawat adk...(sanggup bual2 & layan karenah adk)
  • Terima kasih atas segala-galanya... =)

I'M HAPPY TODAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALHAMDULILLAH!!!

Friday, May 24, 2013

MALAM PRAGRADUASI





Alhamdulillah...
Syukur pada Illahi atas nikmat Iman & Islam...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...


Pada Rabu yg lepas, (22 Mei 2013)
berlangsungnya Malam Pragraduasi bagi Mahasiswa Sejarah batch kami (2009/2013)
Yg bertemakan "SEDETIK BERSAMA, SELAMANYA TERASA."
bertempat di Panggung Percubaan Universiti Pendidikan Sultan Idris...


Selama 4tahun kami bersama dan akhirnya kami terpaksa berpisah jua...
Pasti akan membawa haluan masing-masing...
Tahniah dan syabas diucapkan pada rakan-rakan seperjuangan yg telah berjaya menamatkan ijazah 
pada 15 Jun 2013 nanti....
dan akan dijangka konvo pada bulan September nanti...

Mungkin ana tidak se"BERTUAH" kalian...
Kerana masih ada satu semester yang perlu dihabiskan...
Akibat masalah kesihatan yang tidak mengizinkan..
Kita hanya merancang tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK...

Kenangan dan memori bersama kalian semua seramai 174 orang takkan pernah ana lupakan...
Malam tersebut, merupakan malam yang gilang gemilang...
Kami dapat mengeratkan silaturrahim...
namun terdapat juga rakan-rakan seperjuangan yg tidak dapat hadir bersama atas sebab2 tertentu...

Biarlah gambar yang berbicara...
Rakan-rakan tersayang...
Hanya seorang yang bergelar PUAN (Pn. Fitriani Mahi)
Hari tu ana ada cerita mengenainya dalam blog ini...
boleh lihat di link ini...
 http://srikandimuizzahsk89.blogspot.com/2013/02/meniti-alam-baru.html



MERAH + HITAM tema baju pada malam tersebut...
nampak elegent gitu...hihi.


Antara rakan-rakan seperjuangan yang hadir...

 
Rakan-rakanku yg comel... =)

Telatah rakanku Pn Fitriani...hihi

Telatah miss Liz Patrick...

Aksesori kami pada Malam Pragraduasi...

P/s: Itu sahaja yang mampu ana kongsikan...SEMOGA PERPISAHAN KITA SEMUA MERUPAKAN SUATU DETIK PERMULAAN SEBUAH PERSAHABATAN ANTARA KITA...
Ampun & maaf di pinta atas segalah salah dan silap ana terhadap raka-rakan / sahabat-sahabat sekalian...
I will miss you all...

P/s: Minta maaf banyak2 Liz kerana tersalah waktu semasa membeli tiket...maaf kerana ko terpaksa tidur di airport bersama adkmu, shila...

YEAH!!! BALIK MENGUNDI!!!


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi dengan limpah Iman & Islam...
Semoga setiap langkah-langkah ini di bawah naung rahmat dan redhaNYA...
Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...
kaum keluarga, kerabat & sahabat baginda...

Lama tidak mengupdate blog...
bukan tak nak update @ masukkan post2 baru tetapi
sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar..
Alhamdulillah...tugasan dah siap semuanya...
Tesis pun dah siap....pada minggu ke-12...
dan sekarang adalah minggi ke-13...

dalam kelapangan masa yg ada...
sempat lah juga ana tulis sdikit entry pasal cuti ana yang lepas...
 
Alhamdulillah..walaupun kerja masih byk ana sempat juga balik mengundi...
Memang ada tanggungjawa sebagai seorang pelajar namun...
ana pun ada tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia...
 
 Suatu masa kelak, pasti dirimu ditanya apa yang engkau buat untuk ISLAM...???
Cuba fikirkan...
Mengundi salah satu jalan utk membantu ISLAM...
walaupun kita tak suka mana2 parti janganlah kita mengumpat apatah lagi memfitnah parti tersebut...
Sekarang ana dah sedar betapa bahayanya fitnah..
sepanjang PRU13## yg lepas...banyak perkara yg berlaku...
 
Pengalaman sepanjang PRU13 banyak mengajar ana...
Hidup kena ada pendirian, & hidup kena berlandaskan syariat Allah...
 
Alhamdulillah...ana dapat tiket free...
berkobar2 rasa hati bila nak mengundi first time..hihi...
 
Perjalanan yg terlalu panjang....
 
Sepatutnya tiket ana pada hari Sabtu (4 Mei 2013) tapi pada hari Khamis jam11.00 pagi kakak yg uruskan tiket menelefon ana dan kata tiket ana pada hari khamis jam 10.15 malam...dalam keadaan tergesa-gesa ana berkemas dan balik...tak bawa banyak pakaian hanya bawa beg galas untuk simpan segala tugasan yg perlu dibawa ke Sabah...
 
Pada hari Khamis...(2/5/2013)
Jam12.00 gerak dr stesen bas TM ke Pudu rakyat-naik LRT ke KL sentral (tunggu kak tinie untuk balik sama2)-naik bas ke KLIA (penerbangan naik MAS dr KLIA ke KK)...tp kami ikut penerbangan jam6.35 petang dan smpai di airport KK lebih kurang pada jam9.00 malam... Smpai shj di KKIA, ad bas ekspres yg sedia menunggu utk mnghntar kami balik ke TAWAU...ana xbalik rumah mama tapi balik rumah nenek...kerana tempat ana mengundi dekat rumah nenek...

Ahad (05 Mei 2013)
Ana mengundi buat pertama kali...Alhamdulillah...

Pada hari Isnin cuti, dan tiket free ana balik ke Semenanjung pada hari Rabu...

Selasa (7/5/13)
-4.00: Pada petang ni, selepas asar ana minta tlg pkck hntar ke airport TWU...
-5.30: Smpai kat airport TWU...bas ekspres telah menunggu utk ke airport KK
-7.00: Bas bergerak dr airport TWU ke airport KK...(naik bas bandar...letih kot sebb kerusinya xboleh berubah tp berbaloi krn first time mengundi...kalau tak kena tunggu lima tahun lagi,,entah sempat entah tak..)
 
Rabu (8/5/13)
-5.00: Sampai kat airport KK...(rehat & buat hal masing2)
-6.00: Pendaftaran penumpang...
-9.25: Penerbangan berlepas...
-11.40: smpai KLIA
-12.30: baru ada bas ke PUDU...
-2.00: sampai di PUDU
-3.30: baru ada bas balik ke TM...
-5.00: sampai di TM
-5.15: Alhamdulillah, baru sampai rumah...perjalanan yg sangat panjang...

*** Dan ada berita gembira apabila pada 9/5/13 (12.30 tengah hari)
adk ana telah melahirkan seorang bayi perempuan...hihi
Alhamdulillah, sujud syukur pada Illahi... =)

Pengalaman & kenangan yg paling bermakna buat ana...

p/s: gambar baby nanti ana upload ek...
 


Sunday, April 28, 2013

BIRTHDAY GIRL


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kurnia Iman & Islam..
Nikmat yg sangat penting dalam kehidupan manusia sebagai seorang hamba...
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.a.W...

Alhamdulillah, pada hari ini...bersamaan 27/04/2013 (Sabtu)..
Genaplah umur ana 2* tahun...

Syukur tak terhingga kepada kedua Ibu bapa ana...
Kalau bukan kerana beliau...pasti ana tidak sampai ke sini...
Miss you mom... Al-Fatihah buat seorang lelaki yg pernah hadir dalam hidup ana...iaitu suami kepada insan yeng bergelar ibu... 

Semoga kelak ana menjadi anak yang terbaik buat Ibu yang tercinta...
Terima kasih kerana menjaga, mendidik ana sehingga ana sampai ke tahap ini...
Takkan mampuku membalas budi baikmu IBU... =(


~"Nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam"..
Asbab pengorbanan Nabi S.A.W lah kita hari ini dapat megenal ALLAH SWT..
Berjuta,berbilion org kat dunia ni,tapi ALLAH memilih kita untuk mendapat hidayahNYA..
Dan berjuta org lagi yg tak kenal ALLAH dan tak dapat nikmat iman dan islam ni..bayangkan apa nasib mereka di akhirat nanti..NAUZUBILLAH.....
Jadi bersyukurlah kerana kita di beri nikmat berharga ini..
Buktikan kesyukuran itu dengan melakukan ketaatan kepada ALLAH dan ikut Sunnah Nabi SAW."~


Semoga BIRTHDAY GIRL kali ini membawa sebuah perubahan yang besar ke atas diri ini...
Teringat kata2 seorang sahabiah...

"Jika kamu berada dalam perjuangan Islam atau tidak, Islam tetap akan bertemu kemenangan. Kerana Islam tidak memerlukan kamu, akan tetapi kamu yang memerlukan Islam..

Sekiranya kamu tidak bersama dengan perjuangan Islam, Islam tidak akan sesekali rugi, bahkan sebenarnya kamu lah yang teramat rugi, kerana destinasi akhirat itu hanya dua, neraka dan juga 
 syurga.."


Azam hari ini adalah ingin MERAWAT HATI...


HATI-HATI menjaga HATI... Bimbang dalam tempoh meniti.... Tersungkur ke lembah MATI..

HATI tempat jatuh pandangan ILAHI.. Maka... Jagalah HATI sebaik mungkin... ♥

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati,.. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan ksedihan akibat dosa, kemudian dieganti pula dengan harapan dan keinginan untuk berubah mnjadi insan bersih...

Ya Allah.. betapa aku tersangat cemburu dengan si dia yang begitu solehah dalam menjaga hatinya sebelum tiba waktunya..

Ya Allah.. aku tak mampu mempersembahkan hati yang sesuci-sucinya buatMU.. Namun, yang aku ada hanya hati yang mendamba kasih sayangMU.. ♥

#Bersidang di mahkamah hati sekarang moga diri ini tidak khilaf lagi dan mampu membezakan antara ALASAN atau URUSAN... moga Allah sentiasa tuntun HATI ini dalam semua keadaan.... Allahumma Aamiin^^





 ~JAGA IKHTILAT~ ^^

P/s:  * Syukran buat sahabat/iah, rakan-rakan yang buat surprise sempena Hari Lahir ana...
       * Syukran buat Housemate ana kerana buat jamuan ringkas tapi amat bermakna buat ana (Kak Tinie, Nisa, Liz, Fiet, Murni, Hasmah)...
       * Syukran buat keluarga Koleksi Kasih dan keluarga DN yang telah membuat Surprise...
       * Terima kasih juga buat sahabat/iah yang wish Hari Lahir ana tak kira secara langsung ataupun alam maya (telefon, Fb)....

MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN ANA SELAMA INI...SECARA SEDAR ATAU TAK SEDAR...

SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH... 
 

Saturday, March 30, 2013

HATIKU MILIK SIAPA??? (smbungn)

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam...
Semoga kita semua mati dalam Iman kelak...
Enter post kali ini adalah sambungan daripada “HATIKU MILIK SIAPA?”

Perbezaan Cinta ALLAH dan cinta NAFSU
CINTA ALLAH
CINTA NAFSU
*Allah ciptakan tangan
*si “dia” belikan buah tangan
*Allah ciptakan mata (mcm2 mata ada...ada mata kucing, mata air, matahari dll..hihi)
*si “dia” main kenyit-kenyit mata
*Allah sangat & lebih special
*andai dia handsome/cantik
*Allah bagi ayat2 cinta (Al-Quran)
*andai dia bagi ayat2 power
*Korbankan jiwa raga untuk Allah
*bukan korbankan jiwa raga untuk si “dia” yang tidak HALAL
*Allah cemburu bila mana ada orang lain selain Allah di hati kita
*Uruskan syg dengan cara yang Allah redha, jangan biar Allah cemburu.
***dikutkan dengan surah At-Taubah :24



Ustazah Fatimah Syarha ada mengingatkan bahawa "Kalau kamu nak berkata-kata dengan Allah maka berdoalah, Allah pasti akan mengabulkan Doamu...kalau kamu nak Allah berkata-kata dengan kamu maka bacalah al-Quran...itu adalah cinta Allah yang akan merawat resah gelisahmu..."

Cinta NAFSU takkan tenang, tapi cinta ALLAH ketenangan pasti akan hadir dalam hidup kita..

Jangan salurkan CINTA pada yang tak selayaknya... 
* xboleh bercouple/berdua-duaan - menghampiri diri dengan zina..
(kalau nak jumpa bawa ibu bapa/keluarga (ada mahram).
* Kalau berdua-duaan dia ada dunianya sendiri (ada yang sampai taknak ke majlis ilmu)
-syaitan (perancang) + nafsu (mendesak)  : kombinasi yang kuat untuk merosakkan diri.
* Jangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan datang untuk jadi orang ketiga.
* Jangan bersentuh-sentuhan.
* Jaga pandangan mata (Jangan saja nak tengok min/mat)
* Cuba elakkan benda yang sia-sia. Pilahn yang ada KAHWIN, tapi kalau tidak mampu MUJAHADAH, Persiapkan diri dalam ILMU RUMAHTANGGA.
* Jaga Pergaulan "IKHTILAT".
* Kalau buat maksiat "XBEST" sebab akan hilang keberkatan selepas berkahwin (ALLAH tarik keberkatan itu).

Kita kena melihat orang dengan pandangan hati, bukan pandangan mata.
Kalau ada keberkatan..bila dah kahwin kita lihat isteri/suami kita semakin cantik/handsome walaupun dah dimamah usia. Oleh itu, impaknya sangat banyak hasil daripada "Menjaga" sebelum berkahwin..maksudnya jaga Ikhtilat.

Syarat masuk syurga adalah dengan KASIH SAYANG tapi andai kita letakkan cinta pada yang tidak selayaknya, adakah Allah memandang kita dengan keberkatan. Bukalah minda & INSAFLAH...

"Jangan engkau sedih jika kamu pisahkan sesuatu dari dirimu, tapi renungkanlah andai ALLAH terpisah dari diri kamu"-Imam al-Ghazali.

 

Thursday, March 21, 2013

Hatiku Milik Siapa?

Assalamualaikum dan Selamat malam...
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih boleh bernafas di muka bumi ini...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...
Alhamdulillah...
Seronok mendengar kuliah Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi..
Yang diadakan di Auditorium (8.00-11.00pm)

Alhamdulillah, enter pada kali ini adalah berkisarkan dengan tajuk ceramah tadi...

"HATIKU MILIK SIAPA ???"

Terasa ingin berkongsi serba ringkas tentang ceramah tersebut...
Adakah milik si dia???
Adakah milik ibu? bapa?
@ adakah milik si DIA...? Yang Maha Pencipta..???

Ustazah Fatimah Syarha ada menyatakan bahawa kita kena saling berkasih sayang...
CINTA itu tidak salah..tapi cinta itu salah bercinta itu salah andai tidak diurus dengan baik..
Biasanya, secara realiti kita dapat lihat sendiri bahawa orang yang bercinta ini...BUTA, TULI kerana tidak mahu mendengar nasihat....

CINTA juga ibarat CANGKUL...
Jika cangkul digunakan untuk tanam buah-buahan...cangkul tersebut akan jadi baik, namun andai cangkul digunakan untuk kopek pintu rumah orang...cangkul itu akan jadi tidak baik...cangkul tidak akan masuk neraka..sebab cangkul tidak salah..tetapi orang yang menggunakan cangkul itu salah kerana menggunakannya ke arah yang tidak baik....macam itulah juga CINTA.....

ISLAM adalah selari dengan FITRAH manusia...
CINTA...cinta ini boleh membentuk individu, boleh membentuk kehidupan dan juga boleh membentuk dunia..dalam berdakwah, kita seharusnya sentiasa tersenyum dan menyelitkan konsep kasih sayang agar orang yang didakwah rasa aura kasih sayang yang hadir dalam hidup kita...lebih-lebih lagi kita saudara sesama Islam...Kena ada perasaan KASIH SAYANG....

Pada Siapakah kita letakkan CINTA NO. 1 ????? Jawapannya: Satu kuasa yang paling banyak berbakti pada diri kita...siapa??? Dia adalah ALLAH SWT...

Adakah perbuatan kita sehari-hari menunjukkan cinta kita kepada ALLAH???
Bagaimanakah cara kita mendekatkan diri pada si dia???
Adakah lebih si "dia" daripada si "DIA"...tanya diri anda...

Tunjukkanlah perasaan cinta kita kepada ALLAH dengan;
-Dekatkan diri kepada ALLAH...
-Banyakkan amalan- solat sunat, baca al-Quran
-Dekatkan diri dengan rumah ALLAH..

Cinta ALLAH yang UTAMA & yang PERTAMA...
kerana tanpa kita minta ALLAH beri apa yang kita tak minta...malah apa yang kita minta pun ALLAH akan beri...cuma cepat atau lambat sahaja...tapi kalau kita minta dengan manusia..kali pertama dia beri, kali kedua beri, nanti kali ketiga mungkin dia takkan beri dah pada kita...

CINTA yang berlandaskan NAFSU akan menyebabkan kita selangkah ke NERAKA... 
Anda mahu hal itu berlaku pada diri anda??? Fikir-fikirkan...peringatan untuk diri ana juga...

Adakah hubungan yang SPECIAL dengan Allah...inshaaAllah, kita akan rasa sangat CINTA pada Allah...

Bagaimana perasaan kita kalau Ipad kita hilang??? Rasa gusar, gelisah dan jadi tak menentu kan??? Tapi bagaimana andai kalau sesaat kita tak ingat ALLAH??? So, sama-samalah kita didik diri untuk mencintai Allah...

Air....*** akan dipengaruhi oleh kawasan sekeliling (molekul2 air akan berubah).
Air dalam badan kita,,,*** akan bergantung pada diri kita...kalau kita suka mengumpat, mengata, menyumpah dll maka molekul air takkan cantik malah akan berserabut..tetapi andai kita berkata dengan perkataan yang elok-elok...molekul air akan berubah dan cantik,,..maka sama-samalah kita insafkan diri....
Biar lidah cakap yang baik-baik sahaja...baikkan diri dan tegur kawan supaya menjadi baik....

in shaa Allah...perkongsian ana tidak sampai di sini sahaja...ia akan bersambung... Semoga sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsia yang serba ringkas ini....
Assalamualaikum...