Showing posts with label Cerita Hati. Show all posts
Showing posts with label Cerita Hati. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

BIRTHDAY GIRL


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kurnia Iman & Islam..
Nikmat yg sangat penting dalam kehidupan manusia sebagai seorang hamba...
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.a.W...

Alhamdulillah, pada hari ini...bersamaan 27/04/2013 (Sabtu)..
Genaplah umur ana 2* tahun...

Syukur tak terhingga kepada kedua Ibu bapa ana...
Kalau bukan kerana beliau...pasti ana tidak sampai ke sini...
Miss you mom... Al-Fatihah buat seorang lelaki yg pernah hadir dalam hidup ana...iaitu suami kepada insan yeng bergelar ibu... 

Semoga kelak ana menjadi anak yang terbaik buat Ibu yang tercinta...
Terima kasih kerana menjaga, mendidik ana sehingga ana sampai ke tahap ini...
Takkan mampuku membalas budi baikmu IBU... =(


~"Nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam"..
Asbab pengorbanan Nabi S.A.W lah kita hari ini dapat megenal ALLAH SWT..
Berjuta,berbilion org kat dunia ni,tapi ALLAH memilih kita untuk mendapat hidayahNYA..
Dan berjuta org lagi yg tak kenal ALLAH dan tak dapat nikmat iman dan islam ni..bayangkan apa nasib mereka di akhirat nanti..NAUZUBILLAH.....
Jadi bersyukurlah kerana kita di beri nikmat berharga ini..
Buktikan kesyukuran itu dengan melakukan ketaatan kepada ALLAH dan ikut Sunnah Nabi SAW."~


Semoga BIRTHDAY GIRL kali ini membawa sebuah perubahan yang besar ke atas diri ini...
Teringat kata2 seorang sahabiah...

"Jika kamu berada dalam perjuangan Islam atau tidak, Islam tetap akan bertemu kemenangan. Kerana Islam tidak memerlukan kamu, akan tetapi kamu yang memerlukan Islam..

Sekiranya kamu tidak bersama dengan perjuangan Islam, Islam tidak akan sesekali rugi, bahkan sebenarnya kamu lah yang teramat rugi, kerana destinasi akhirat itu hanya dua, neraka dan juga 
 syurga.."


Azam hari ini adalah ingin MERAWAT HATI...


HATI-HATI menjaga HATI... Bimbang dalam tempoh meniti.... Tersungkur ke lembah MATI..

HATI tempat jatuh pandangan ILAHI.. Maka... Jagalah HATI sebaik mungkin... ♥

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati,.. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan ksedihan akibat dosa, kemudian dieganti pula dengan harapan dan keinginan untuk berubah mnjadi insan bersih...

Ya Allah.. betapa aku tersangat cemburu dengan si dia yang begitu solehah dalam menjaga hatinya sebelum tiba waktunya..

Ya Allah.. aku tak mampu mempersembahkan hati yang sesuci-sucinya buatMU.. Namun, yang aku ada hanya hati yang mendamba kasih sayangMU.. ♥

#Bersidang di mahkamah hati sekarang moga diri ini tidak khilaf lagi dan mampu membezakan antara ALASAN atau URUSAN... moga Allah sentiasa tuntun HATI ini dalam semua keadaan.... Allahumma Aamiin^^





 ~JAGA IKHTILAT~ ^^

P/s:  * Syukran buat sahabat/iah, rakan-rakan yang buat surprise sempena Hari Lahir ana...
       * Syukran buat Housemate ana kerana buat jamuan ringkas tapi amat bermakna buat ana (Kak Tinie, Nisa, Liz, Fiet, Murni, Hasmah)...
       * Syukran buat keluarga Koleksi Kasih dan keluarga DN yang telah membuat Surprise...
       * Terima kasih juga buat sahabat/iah yang wish Hari Lahir ana tak kira secara langsung ataupun alam maya (telefon, Fb)....

MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN ANA SELAMA INI...SECARA SEDAR ATAU TAK SEDAR...

SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH... 
 

Tuesday, March 19, 2013

Maaf Andai Aku Tak Sempurna...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur kepada Illahi kerana dikurniakan HATI yang perlu ana jaga...
Sujud syukur atas nikmat iman & Islam...
Selawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...

“Maaf andai Aku tak Sempurna”
Wah..!!!ibarat sebuah tajuk novel yang dikarang...
Terlebih dahulu, sebelum ana mengorak langkah yg lebih dalam ana nak minta maaf
Andai enter yang ana post kali ini melukai, menyakiti hati mana-mana pihak sama ada sedar @ tidak...

In shaa Allah mula hari ini..ana ingin berubah menjadi yang terbaik...
Cukuplah hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Kadang-kadang kita tidak dapat memahami hati seseorang...
Kita tidak tahu apa yang mereka nak...
Kerana kita hanya manusia...

Apapun yang berlaku...berdoalah...
Semoga Allah pelihara dirinya dan sentiasa redha & merahmatiNYA...
Ketahuilah, ana sangat sayangkan kalian semua...
Semoga Ukhwah kita hingga ke syurga...

Tadi, ana sempat dengar lagu yang telah membuat hati ini terdetik...
Astaghfirullah... betapa banyaknya kekurangan diri ini...
Di sini ana nak kongsikan link lagu tersebut...

 http://www.youtube.com/watch?v=xcr1MhSMqvU
 Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga Bidadari Dunia (Wasubidu) 


SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...
Syukur padaMU, kerana belum mengambil nyawaku disaat ku jahil tentang agamaMU...

Wahai sahabat/iah, kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman...
yang mengenali diri ini...
Ana mohon maaf kerana banyak buat salah pada kalian semua...
Ampun dan maaf kerana pernah memfitnah, mengumpat, mengata dan  melukakan hati dan jasad kamu sama ada secara sedar atau tidak,...terambil barang, pinjam barang yang belum dipulangkan...
Halalkan semua makan minum ana...
Yang penting maafkan semua kesalahan ana....

Bermula hari ini...
Ana ingin berubah....
In shaa Allah...
Mungkin DIAM lebih baik daripada melukakan mana-mana pihak...

 Biarlah gambar yang berbicara...semoga bermanfaat untuk kita...
Kalau anda tidak jujur..lebih baik diam...
Semoga Ukhwah berkekalan....
 






 

Sunday, March 17, 2013

KUAT!!! KUAT!!! KUAT!!!







Luarannya aku tampak kuat, tabah, sentiasa tersenyum... Namun tiada siapa mendengar rintihan serta jeritan hatiku selain Kekasih Agungku...Pada saat aku benar-benar memerlukan teman untuk bicara, tiada siapa sudi melainkan diriNya... Pada aku memerlukan dahan untuk berpaut Dia dengan rela hati dan penuh kasih-sayang menghulurkan tanganNya padaku...Pada saat aku menangis tak berdaya, Dia kirimkan aku kalam agungNya... Dia tenangkan aku dengan ayat2 cintaNya yang aku kira, cukup LUARBIASA....

Tuesday, March 12, 2013

Good Luck ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Syukur Alhamdulillah pada Illahi...
Atas nikmat Iman dan Islam...
Atas pinjaman nyawa yang diberikan sehingga masih boleh bernafas sehingga sekarang..
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama berdoa untuk kebahagiaan saudara kita iaitu..
Mohd Khalid bin Ab. Rahman...

Masih belum terlambat untuk mengucapkan TAHNIAH kepada abg ana kerana telah
Berjaya menggenggam segulung ijazah pada tahun lepas...
Beliau merupakan seorang abg yang sangat baik...
Beliau juga turut merupakan sahabat dan senior ana dalam Dunia Rawatan Islam...

Pada 13 Januari 2013..
Beliau telah selamat diijab kabulkan dengan seorang muslimah pilihan hatinya..
Mari sama-sama mendoakan kebahagiaan beliau dengan zaujahnya...
Semoga menjadi contoh pada isteri dan anak-anak kelak...

Pada hari ini, 12 Mac 2013..
Beliau telah menduduki satu sesi temuduga untuk melayakkan beliau menjadi seorang Murabbi..
Semoga menjadi murabbi yang sejati...
Ingatlah, sebelum kita mendidik seseorang..kita perlu mendidik diri kita sendiri terlebih dahulu..
Semoga maju jaya selalu...
Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buatmu...
Semoga perjalanan hidupmu sentiasa diredhai Allah..
& sentiasa berada di bawah payung rahmat-NYA...


Sunday, March 10, 2013

SABARLAH SAYANG...




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur ke hadrat Illahi...kerana masih diberi peluang untuk mengabdikan kepada-NYA...
Selawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...kerabat dan sahabat Baginda...
 
 
 
Alhamdulillah..bahagia rasanya kerana petang semalam Kak Sa...telah menemani ana untuk merealisasikan impian untuk memelihara seekor ikan pelaga..=)
Ana bagi nama dia “DIDI” yang bermaksud...”Dunia Ini Dipenuhi Impian”... Mcm ana juga yang penuh dengan pelbagai impian dan cita-cita..kadang-kadang tercapai dan kadang-kadang tidak..kita hanya merancang tapi Allah sahaja yang menentukannya...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur...Allah telah beri kesempatan masa untuk pergi ke Kuliah Rawatan Islam yang dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darun Nuranniyah...yang diasakan oleh guru ana sendiri iaitu Ustaz Syeikh Mohd Faizal bin Omar,..

Terima kasih banyak Ustaz...
Tadi beliau ada kata..apapun ujian atau masalah yang kita hadapi..kita kena sabar...sabar banyak-banyak...SABAR itu adalah martabat yang paling tinggi...kita kena redha dan sabar dengan ujian yang telah Allah tentukan...memang ana akui ia sanagt payah untuk dilakukan...tapi kita kena terus berusaha..jangan mudah putus asa..kita kena yakin bahawa... pasti ada kemanisan di sebalik ujian yang kita hadapi...SABAR juga adalah SEBAHAGIAN daripada IMAN....
Allahu...Allahu...Allahu..
 
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan yang abadi...
Allahumma Aamiin...3x