Saturday, March 30, 2013

HATIKU MILIK SIAPA??? (smbungn)

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam...
Semoga kita semua mati dalam Iman kelak...
Enter post kali ini adalah sambungan daripada “HATIKU MILIK SIAPA?”

Perbezaan Cinta ALLAH dan cinta NAFSU
CINTA ALLAH
CINTA NAFSU
*Allah ciptakan tangan
*si “dia” belikan buah tangan
*Allah ciptakan mata (mcm2 mata ada...ada mata kucing, mata air, matahari dll..hihi)
*si “dia” main kenyit-kenyit mata
*Allah sangat & lebih special
*andai dia handsome/cantik
*Allah bagi ayat2 cinta (Al-Quran)
*andai dia bagi ayat2 power
*Korbankan jiwa raga untuk Allah
*bukan korbankan jiwa raga untuk si “dia” yang tidak HALAL
*Allah cemburu bila mana ada orang lain selain Allah di hati kita
*Uruskan syg dengan cara yang Allah redha, jangan biar Allah cemburu.
***dikutkan dengan surah At-Taubah :24



Ustazah Fatimah Syarha ada mengingatkan bahawa "Kalau kamu nak berkata-kata dengan Allah maka berdoalah, Allah pasti akan mengabulkan Doamu...kalau kamu nak Allah berkata-kata dengan kamu maka bacalah al-Quran...itu adalah cinta Allah yang akan merawat resah gelisahmu..."

Cinta NAFSU takkan tenang, tapi cinta ALLAH ketenangan pasti akan hadir dalam hidup kita..

Jangan salurkan CINTA pada yang tak selayaknya... 
* xboleh bercouple/berdua-duaan - menghampiri diri dengan zina..
(kalau nak jumpa bawa ibu bapa/keluarga (ada mahram).
* Kalau berdua-duaan dia ada dunianya sendiri (ada yang sampai taknak ke majlis ilmu)
-syaitan (perancang) + nafsu (mendesak)  : kombinasi yang kuat untuk merosakkan diri.
* Jangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan datang untuk jadi orang ketiga.
* Jangan bersentuh-sentuhan.
* Jaga pandangan mata (Jangan saja nak tengok min/mat)
* Cuba elakkan benda yang sia-sia. Pilahn yang ada KAHWIN, tapi kalau tidak mampu MUJAHADAH, Persiapkan diri dalam ILMU RUMAHTANGGA.
* Jaga Pergaulan "IKHTILAT".
* Kalau buat maksiat "XBEST" sebab akan hilang keberkatan selepas berkahwin (ALLAH tarik keberkatan itu).

Kita kena melihat orang dengan pandangan hati, bukan pandangan mata.
Kalau ada keberkatan..bila dah kahwin kita lihat isteri/suami kita semakin cantik/handsome walaupun dah dimamah usia. Oleh itu, impaknya sangat banyak hasil daripada "Menjaga" sebelum berkahwin..maksudnya jaga Ikhtilat.

Syarat masuk syurga adalah dengan KASIH SAYANG tapi andai kita letakkan cinta pada yang tidak selayaknya, adakah Allah memandang kita dengan keberkatan. Bukalah minda & INSAFLAH...

"Jangan engkau sedih jika kamu pisahkan sesuatu dari dirimu, tapi renungkanlah andai ALLAH terpisah dari diri kamu"-Imam al-Ghazali.

 

Thursday, March 21, 2013

Hatiku Milik Siapa?

Assalamualaikum dan Selamat malam...
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih boleh bernafas di muka bumi ini...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...
Alhamdulillah...
Seronok mendengar kuliah Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi..
Yang diadakan di Auditorium (8.00-11.00pm)

Alhamdulillah, enter pada kali ini adalah berkisarkan dengan tajuk ceramah tadi...

"HATIKU MILIK SIAPA ???"

Terasa ingin berkongsi serba ringkas tentang ceramah tersebut...
Adakah milik si dia???
Adakah milik ibu? bapa?
@ adakah milik si DIA...? Yang Maha Pencipta..???

Ustazah Fatimah Syarha ada menyatakan bahawa kita kena saling berkasih sayang...
CINTA itu tidak salah..tapi cinta itu salah bercinta itu salah andai tidak diurus dengan baik..
Biasanya, secara realiti kita dapat lihat sendiri bahawa orang yang bercinta ini...BUTA, TULI kerana tidak mahu mendengar nasihat....

CINTA juga ibarat CANGKUL...
Jika cangkul digunakan untuk tanam buah-buahan...cangkul tersebut akan jadi baik, namun andai cangkul digunakan untuk kopek pintu rumah orang...cangkul itu akan jadi tidak baik...cangkul tidak akan masuk neraka..sebab cangkul tidak salah..tetapi orang yang menggunakan cangkul itu salah kerana menggunakannya ke arah yang tidak baik....macam itulah juga CINTA.....

ISLAM adalah selari dengan FITRAH manusia...
CINTA...cinta ini boleh membentuk individu, boleh membentuk kehidupan dan juga boleh membentuk dunia..dalam berdakwah, kita seharusnya sentiasa tersenyum dan menyelitkan konsep kasih sayang agar orang yang didakwah rasa aura kasih sayang yang hadir dalam hidup kita...lebih-lebih lagi kita saudara sesama Islam...Kena ada perasaan KASIH SAYANG....

Pada Siapakah kita letakkan CINTA NO. 1 ????? Jawapannya: Satu kuasa yang paling banyak berbakti pada diri kita...siapa??? Dia adalah ALLAH SWT...

Adakah perbuatan kita sehari-hari menunjukkan cinta kita kepada ALLAH???
Bagaimanakah cara kita mendekatkan diri pada si dia???
Adakah lebih si "dia" daripada si "DIA"...tanya diri anda...

Tunjukkanlah perasaan cinta kita kepada ALLAH dengan;
-Dekatkan diri kepada ALLAH...
-Banyakkan amalan- solat sunat, baca al-Quran
-Dekatkan diri dengan rumah ALLAH..

Cinta ALLAH yang UTAMA & yang PERTAMA...
kerana tanpa kita minta ALLAH beri apa yang kita tak minta...malah apa yang kita minta pun ALLAH akan beri...cuma cepat atau lambat sahaja...tapi kalau kita minta dengan manusia..kali pertama dia beri, kali kedua beri, nanti kali ketiga mungkin dia takkan beri dah pada kita...

CINTA yang berlandaskan NAFSU akan menyebabkan kita selangkah ke NERAKA... 
Anda mahu hal itu berlaku pada diri anda??? Fikir-fikirkan...peringatan untuk diri ana juga...

Adakah hubungan yang SPECIAL dengan Allah...inshaaAllah, kita akan rasa sangat CINTA pada Allah...

Bagaimana perasaan kita kalau Ipad kita hilang??? Rasa gusar, gelisah dan jadi tak menentu kan??? Tapi bagaimana andai kalau sesaat kita tak ingat ALLAH??? So, sama-samalah kita didik diri untuk mencintai Allah...

Air....*** akan dipengaruhi oleh kawasan sekeliling (molekul2 air akan berubah).
Air dalam badan kita,,,*** akan bergantung pada diri kita...kalau kita suka mengumpat, mengata, menyumpah dll maka molekul air takkan cantik malah akan berserabut..tetapi andai kita berkata dengan perkataan yang elok-elok...molekul air akan berubah dan cantik,,..maka sama-samalah kita insafkan diri....
Biar lidah cakap yang baik-baik sahaja...baikkan diri dan tegur kawan supaya menjadi baik....

in shaa Allah...perkongsian ana tidak sampai di sini sahaja...ia akan bersambung... Semoga sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsia yang serba ringkas ini....
Assalamualaikum...

Tuesday, March 19, 2013

Maaf Andai Aku Tak Sempurna...



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Syukur kepada Illahi kerana dikurniakan HATI yang perlu ana jaga...
Sujud syukur atas nikmat iman & Islam...
Selawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...

“Maaf andai Aku tak Sempurna”
Wah..!!!ibarat sebuah tajuk novel yang dikarang...
Terlebih dahulu, sebelum ana mengorak langkah yg lebih dalam ana nak minta maaf
Andai enter yang ana post kali ini melukai, menyakiti hati mana-mana pihak sama ada sedar @ tidak...

In shaa Allah mula hari ini..ana ingin berubah menjadi yang terbaik...
Cukuplah hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Kadang-kadang kita tidak dapat memahami hati seseorang...
Kita tidak tahu apa yang mereka nak...
Kerana kita hanya manusia...

Apapun yang berlaku...berdoalah...
Semoga Allah pelihara dirinya dan sentiasa redha & merahmatiNYA...
Ketahuilah, ana sangat sayangkan kalian semua...
Semoga Ukhwah kita hingga ke syurga...

Tadi, ana sempat dengar lagu yang telah membuat hati ini terdetik...
Astaghfirullah... betapa banyaknya kekurangan diri ini...
Di sini ana nak kongsikan link lagu tersebut...

 http://www.youtube.com/watch?v=xcr1MhSMqvU
 Oki Setiana Dewi - Wanita Syurga Bidadari Dunia (Wasubidu) 


SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar...
Syukur padaMU, kerana belum mengambil nyawaku disaat ku jahil tentang agamaMU...

Wahai sahabat/iah, kawan-kawan, rakan-rakan, teman-teman...
yang mengenali diri ini...
Ana mohon maaf kerana banyak buat salah pada kalian semua...
Ampun dan maaf kerana pernah memfitnah, mengumpat, mengata dan  melukakan hati dan jasad kamu sama ada secara sedar atau tidak,...terambil barang, pinjam barang yang belum dipulangkan...
Halalkan semua makan minum ana...
Yang penting maafkan semua kesalahan ana....

Bermula hari ini...
Ana ingin berubah....
In shaa Allah...
Mungkin DIAM lebih baik daripada melukakan mana-mana pihak...

 Biarlah gambar yang berbicara...semoga bermanfaat untuk kita...
Kalau anda tidak jujur..lebih baik diam...
Semoga Ukhwah berkekalan....