Monday, December 6, 2010

Oh Jiranku...(B-1-13)

Selamat malam sahabat/iah semua…
Malam ini ana ceria…
Sebab dapat kek percuma…
Dari kumblak sebagai hadiah…
Ana minat menulis cerita…
Yang entah apa-apa…(huhu)

Harap semua sudi membaca…
Sebab ana tak pandai berkata-kata…
Inilah dia cerita ana…
Tentang kisah jiran ana…

Terlebih dahulu maaf dipinta…
Buat semua jiran ana…
Andai sahaja korang terasa…
Kisah yang ana cipta…

Inilah dia orang pertama…
Sungguh comel berkaca mata…
Sangat suka bagi tazkirah…
Apabila ana kurang ceria…( ~_^ )

Sabarlah sabar selalu katanya…
Nasihatnya buat ana yang sakit menderita…
Tapi ana gelak ketawa…
Melihat mimik mukanya…
Semasa dia bagi tazkirah…
Buat ana mula ceria…

Kadang-kadang kesian padanya…
Kerana buat sambil lewa…
Sungguh nakalnya diri ana…
Nanti kena ‘sekeh’ kumblak ana…
Baru diri padan muka…(huhu)

‘Adik ipar’ gelaran ana…
Mengeratkan lagi ukhwah antara kita…
Aduhai akak bersabarlah dengan ana…
Yang degil tak dengar kata…

Sungguh kuat pegangan aqidahnya…
Buat ana ingin mendalami agama…
Bolehkah tolong bimbing ana…
Yang kurang ilmu di dada…

Akak ini lucu juga…
Sangat suka makanan yang tiada rasa…(kurangkan manis dlm mkanan ye)
Kadang-kadang tertanya juga…
Adakah dikau sudah berpunya…?(hihi)
Yang pasti Allah yang memilikiNya…
Selain ibu dan ayahnya…

Ini pula ahli jiran ana yang kedua…
Roommate kepada ‘kakak ipar’ ana…
Sangat berat tanggungjawabnya…
Menjadi Jmk Lps yang membawa agama…

Sungguh ceria juga orangnya…
Buat diri geli hati melihatnya…
Ana sangat sayang padanya…
Kerana baik pada diri ana…

Sungguh sedap masakannya…
Sehingga rasa nak habiskan semua…
Terima kasih ukhti tercinta…
Kerana bagi ana makan percuma…(nyummy2…hihi)

Sungguh sedap bila mendengarnya…
Tarannum yang dilaungkannya…
Hingga buat ana terlena…
Dibuai mimpi yang sangat indah…
Seperti berada di taman syurga…
Moga kita semua dirahmatiNYA…
Agar dapat ke sana…(insyaAllah…amin)
Kalau balik dari kampungnya…
Pasti ada makanan dibawanya…
Terutama ikan bilisnya…
Buat ana tak berpantang punya…

Sungguh bahagia mengenalinya…
Yang banyak tolong ana…
Nasiblah dia kaum hawa…
Kalau tak…sudah pasti ana melamarnya…(hihi)

P/s: -Buat jiran ana yang lain…asif sebab lambat buat kisah tentang kalian…jadi masih belum dapat di post…
- Buat “ukhti tercinta” dan “kakak ipar” ana…maaf baru post kisah ini…malam tu dah buat masa kita ana dapat kek percuma…akibat kesihatan yang tak mengizinkan jadi takda peluang nak post… khas tuk kalian yang ku sayangi…
- Bersambung……………………………………………..(tunggu kisah selanjutnya
)

No comments:

Post a Comment