Friday, May 24, 2013

MALAM PRAGRADUASI





Alhamdulillah...
Syukur pada Illahi atas nikmat Iman & Islam...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w...


Pada Rabu yg lepas, (22 Mei 2013)
berlangsungnya Malam Pragraduasi bagi Mahasiswa Sejarah batch kami (2009/2013)
Yg bertemakan "SEDETIK BERSAMA, SELAMANYA TERASA."
bertempat di Panggung Percubaan Universiti Pendidikan Sultan Idris...


Selama 4tahun kami bersama dan akhirnya kami terpaksa berpisah jua...
Pasti akan membawa haluan masing-masing...
Tahniah dan syabas diucapkan pada rakan-rakan seperjuangan yg telah berjaya menamatkan ijazah 
pada 15 Jun 2013 nanti....
dan akan dijangka konvo pada bulan September nanti...

Mungkin ana tidak se"BERTUAH" kalian...
Kerana masih ada satu semester yang perlu dihabiskan...
Akibat masalah kesihatan yang tidak mengizinkan..
Kita hanya merancang tapi perancangan Allah adalah yang TERBAIK...

Kenangan dan memori bersama kalian semua seramai 174 orang takkan pernah ana lupakan...
Malam tersebut, merupakan malam yang gilang gemilang...
Kami dapat mengeratkan silaturrahim...
namun terdapat juga rakan-rakan seperjuangan yg tidak dapat hadir bersama atas sebab2 tertentu...

Biarlah gambar yang berbicara...
Rakan-rakan tersayang...
Hanya seorang yang bergelar PUAN (Pn. Fitriani Mahi)
Hari tu ana ada cerita mengenainya dalam blog ini...
boleh lihat di link ini...
 http://srikandimuizzahsk89.blogspot.com/2013/02/meniti-alam-baru.html



MERAH + HITAM tema baju pada malam tersebut...
nampak elegent gitu...hihi.


Antara rakan-rakan seperjuangan yang hadir...

 
Rakan-rakanku yg comel... =)

Telatah rakanku Pn Fitriani...hihi

Telatah miss Liz Patrick...

Aksesori kami pada Malam Pragraduasi...

P/s: Itu sahaja yang mampu ana kongsikan...SEMOGA PERPISAHAN KITA SEMUA MERUPAKAN SUATU DETIK PERMULAAN SEBUAH PERSAHABATAN ANTARA KITA...
Ampun & maaf di pinta atas segalah salah dan silap ana terhadap raka-rakan / sahabat-sahabat sekalian...
I will miss you all...

P/s: Minta maaf banyak2 Liz kerana tersalah waktu semasa membeli tiket...maaf kerana ko terpaksa tidur di airport bersama adkmu, shila...

2 comments: