Showing posts with label Paparan Maklumat. Show all posts
Showing posts with label Paparan Maklumat. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

Baitul Muslim 2.0: Slot 3 ($$$$$)




Ok...kita sambung lagi slot Baitul Muslim 2.0 yang seterusnya iaitu Slot 3..

Slot 3:
"FULUS OH FULUS...$$$"
oleh Tuan Suzardi Maulan

Kahwin di bawah RM10 000???? Biar betul...
Hah...Tuan Suzardi ada gtau tentang ini...
sebelum ana teruskan mari kita kenal sikit siapa beliau..
Beliau merupakan Konsultan Prnsipal di AFIQ Training & Advisory, 
sebuah firma perunding latihan bebas dalam bidang pengurusan kewangan berlandaskan Islam...

Beliau mengatakan bahawa...
Tanya pada diri sendiri siapa betul2 sahabat kita???
Sahabat yang sebenar akan menentukan tajuk slot ini...
Secara jujurnya hanya 4 orang yang betul2 sahabat kita...
sahabat yang sebenar adalah sahabat suka duka kita...

Nak kurang budget kahwin..jemput sahabat yang benar-benar sahabat kita..
Kadang-kadang orang akan terasa beban kerana terpaksa menghadiri banyak jemputan kahwin..
So, pastikan mereka yang hadir tidak terbeban dengan undangan kita...

Tukar persepsi..
***Duit adalah pemberian Allah..
***Jangan Pecah Amanah...

Tips yang beliau cadangkan...
1. Rumah dan kereta kena dielakkan untuk 7 tahun selepas pertama kerja...(buat masa ni belilah kereta yang second hand. rumah sewa dahulu)
2. Bersedia dan jangan kumpul hutang secepat mungkin.
3. Elakkan "BAJU BARU RAJA" - baju nipis tak ada orang berani tegur, sebab dia raja...(kalau pinjam baju nikah akak/adk pun takpa...hihi)
4. Hutang paling bahaya (kereta, peribadi, rumah, Kad kredit)-berhati-hati dengan ini...

Tentukan perbelanjaan yang wajib, sunat dan harus..inshaaAllah...kos perbelanjaan akan berkurang...

Misalnya, kalau beli kereta..
Bayar Loan RM600
Bayar Kereta RM600
             = RM1200....dalam sebulan kita belanja...(simpan dulu hasrat ini..buatlah pelaburan atau paling senang simpan je kat dalam bank)

kalau RM1200 x sebulan = RM 14400 setahun x 7 tahun = RM 100 800...
kalau RM600 x sebulan = RM RM 7200 setahun x 7 tahun = RM 50 400...hasinya banyakkan..???

Anda juga boleh buat PELABURAN HARTANAH...

Hartanah 1 (Suami)
Hartanah 2 (Isteri)
Hartanah 3...Baiti Jannati...P/s: Hartanah 1&2 anda boleh sewakan atau jual...untuk mendapatkan keuntungan kerana nilai hartanah akan meningkat setiap masa...

anda juga boleh terus ke laman web Tuan Suzardi Maulan di www.pakdi.net

"WE BUY THINGS WE DON'T NEED WITH MONEY, WE DON'T HAVE TO IMPRESS PEOPLE WE DON'T LIKE"

 -SELAMAT MENCUBA-



Baitul Muslim 2.0: Slot 2 (Pengurusan Jiwa)




Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas Iman dan Islam..
Semoga matiku kelak juga dalam Iman..Aamiin...
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...

Alhamdulillah..di pagi yang segar ini,
ana nak smbung info tentang slot ke-2 bagi Baitul Muslim yang pernah ana pergi...

tajuk pada hari ini adalah tentang " PENGURUSAN JIWA"
oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh...

Beliau ada menyatakan bahawa semua tindak tanduk kita ditentukan oleh niat...
 Seperti dalam Surah An-Nisa: 34.. telah dijelaskan bahawa lelaki adalah Pemimpin yang akan melindungi wanita yakni isterinya...Lelaki dan perempuan memeng berbeza maka kahwinlah...Wahai kaum lelaki yakni para suami...bersabarlah dalam membentuk rusuk kiri kamu...

Pentingnya "KESABARAN" dalam rumahtangga yang dibina...
taatlah dengan "HATI" ...bertemu ketaatan dengan "HATI"...

Mintalah fatwa dari HATIMU..
"Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dari hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dari dosa itu..."

Beliau menyatakan bahawa kalau ada masalah jumpalah ALLAH...
Dekatlah dengan Allah..inshaaAllah kita pasti akan TENANG...

"Tolong SEDIAKAN hati, Tolong BUKA hati.."

Fahami dua analogi di bawah:

Analogi 1:
Ibarat gelas...kalau kita terbalikkan gelas itu, kita cuma sediakan tapi tidak dapat menampung air yang banyak, tapi kalau betulkan semula kedudukan gelas tersebut kita dapat menampung air yang banyak. Macam itu juga hati, jangan hanya sediakan hati tetapi bukalah hati tersebut...

Analogi 2:
Air mineral merupakan air yang rasanya biasa sama seperti fitrah antara manusia dengan Allah..manakala Air mineral yang telah dicampur ribena merupakan  air yang rasanya lain sama seperti fitrah manusia yang telah dicampur dengan maksiat...

Cinta kepada ALLAH dan RASULULLAH jangan disulami dengan maksiat...Bercintalah selapas Nikah...

Beliau mengatakan bahawa hebatnya manusia bukan sebab masa silamnya...

Bagaimana Cara Untuk Menguruskan Hati

1. Jadi orang soleh/solehah.
2. Jadi orang soleh/solehah.
3. Jadi orang soleh/solehah.
4. Jangan guna akal untuk mencari, guna hati untuk berfatwa.
5. Buat perjanjian "Kesetiaan".
6. Jangan mulakan langkah SYAITAN.

Ingatlah bahawa hati yang solid dengan air mineral tidak akan mencari dunia...(kembali pada analogi tadi)

"Kalau dah tunang dia tak setia,,jangan bersedih, sedih boleh tetapi sedih hanya kerana SYUKUR pada ILLAHI dia tak "SETIA"..kerana dia takda apa2 ikatan dengan kita, kalau dah kahwin tak setia kan susah.."

"Jangan buka ikatan maksiat,,,
Andai anda senyum, lelaki akan ketawa...
Andai anda berjalan, lelaki akan berlari...Fahamilah.."

p/s: Jangan telefon, Jangan mesej, Jangan Email...

Ini sahaja perkongsian untuk Baitul Muslim 2.0: Slot ke-2...


Sunday, February 24, 2013

Baitul Muslim 2.0: Slot 1

Sambungan...

Slot 1: Cari Jodoh; Langkah 1, 2, 3...
(oleh: Ustaz Pahrol Md Juoi)

Bagaimana nak tahu yang si dia adalah jodoh kita??? kita tak tahu tapi Allah Maha Mengetahui..
so...bersangka baiklah.... Ustaz ada kata..." Siapa pasangan kita sebelum berkahwin itu penting, tapi siapa dia selepas kita berkahwin itu lebih penting..."

1/ Siapa dia yang kita sangkakan...
2/ Siapa dia yang kita impikan...
3/ Siapa dia yang sebenarnya/ siapa dia selepas berkahwin...

Dalam seminar tersebut, ada seorang peserta bertanya dgn ustaz..katanya, "Ustaz, kawan saya selalu kata Are You Ready? Bagi pandangan ustaz..apakah maksud Ready bagi ustaz?"...

Ustaz pun tersenyum dan bertanya semula kepada peserta tersebut...peserta tersebut tersipu malu...
Ustaz pun menyatakan bahawa Apa persiapan kamu selepas berkahwin..? are you ready..hal ini kerana perkahwinan adalah proses yang berterusan...

Setiap insan yang ingin mendirikan rumahtangga..kena ada persiapan dalaman dan luaran...adakah anda sudah bersedia??? 

Persiapan dalaman termasuklah akal, pemikiran, jiwa, emosi...di sini kita dapat lihat bahawa dari segi emosi...seseorang itu perlulah pandai mengawal perasaan...dari segi pemikiran..dia kena tahu banyak perkara...seperti ilmu, ilmu agama macam fardu ain, fardu kifayah..feqah, 10 sifat mazmumah, aqidah, tasawuf...dan macam2 lagi...seseorang kena ada ilmu akademik dan pelbagai ilmu lain lagi...misalnya ilmu mengatur perbelanjaan, ilmu berkomunikasi, ilmu membuat keputusan dll....biarlah seseorang/ kita ni matang dengan ilmu....insyaAllah..sama-samalah kita berusaha untuk menimba ilmu...

Persiapan luaran- material..kita kena bersiap sedia dari pelbagai sudut...kalau nak nikah dengan bergantung pada PAMA (Papa & Mama)..pastikan anda dapat meyakinkan mereka..how???

Setiap apa yang kita rancang kena ada jangka masa...contohnya..hanya setahun je kita bergantung pada PAMA..dan selepas itu berdikari dan hidup dengan hasil titik peluh sendiri..dan yang paling penting...sumber pendapatan adalah yang halal..
Buat sunnah dan sunat insyaAllah kita cuba untuk dapatkan kasih sayang Allah...

Bolehkah perigi cari timba???
BOLEH...B...O...L...E...H....!!!
*** asalkan kita tidak melanggar syariat/ tidak bertentangan dengan akal...
MENCARI JODOH ADALAH MELAKUKAN KEBAIKAN..
SATU KEBAIKAN HENDAKLAH BERKALI-KALI...
KEGAGALAN ADALAH YURAN BAGI KEJAYAAN...
BERSANGKA BAIKLAH...& TERUS BERUSAHA...
JAGA ALLAH..IN SHAA ALLAH...
ALLAH AKAN MENJAGA KITA...



"PERKAHWINAN DIMULAKAN DENGAN PERCINTAAN, DIAKHIRI DENGAN TANGGUNGJAWAB"

Muslimah...(solat, tutup aurat, puasa...kenallah muslimah dari pelbagai sudut..)
*** Muslimah yang berkah adalah muslimah yang...

1/ Cepat nikahnya
2/ Banyak anaknya
3/ Murah mas kahwinnya
4/ Baik akhlaknya

"KITA MEMILIH KERANA ISLAM, BUKAN KERANA KITA" 

Muslimin...
*** Pilihlah muslimin yang;

1/ Bertanggungjawab
2/ Menepati janji
3/ Kepimpinan- bijaksana memimpin akal wanita yang relatif
4/ Membuat keputusan dengan cepat dan tepat
5/ Pemikiran dan penglihatannya bukan hanya luaran tapi sampai ke dasar...
6/ Ada kemampuan jadi Murabbi dan Mendidik anak dan isteri...

Sampai di sini sahaja perkongsian ana...bagi slot 1 bagi seminar Baitul Muslim 2.0...ilmu yang sedikit tapi harap mendapat manfaat bersama....in shaa Allah..akan bersambung dengan entry bagi Slot 2 yang bertajuk "PENGURUSAN JIWA"....

Assalamualaikum...wr..wb..

Baitul Muslim 2.0 : Slot 1



Slot 1: Cari Jodoh; Langkah 1,2,3...
(oleh: Ustaz Pahrol Md Juoi)

Apa yang ana dapat dari beliau sanagt bermakna untuk ana...kita kena menuntut ilmu sampai akhir hayat..hal ini kerana, ILMU ITU CAHAYA, KEJAHILAN pula adalah KEGELAPAN...so, apa lagi..kita kena kutip ilmu banyak-banyak dan amalkan/praktikkan dalam kehidupan seharian...

     Terdapat empat perkara yang telah ditentukan semasa kita di alam rahim lagi yakni REZEKI, AJAL, UMUR & JODOH...dalam mencari rezeki..kita wajib berusaha mencarinya...kemudian kita bertawakal pada Illahi..insyaAllah, semoga rezeki yang kita perolehi diberkati olehNYA...

     Beliau ada menyatakan pada hari tersebut bahawa,
" Rezeki yang Allah berikan kepada kita selaras dengan tanggungjawab yang hendak kita laksanakan"
Faham tak apa maksudnya?
Maksudnya, lebih kurang mcm ni..kalau tanggungjawab kita banyak...contohnya ada isteri, ada anak..insyaAllah Allah permudahkan rezeki kita...so, jangan bimbang andai anda kahwin awal atau risau ekonomi belum kukuh..kerana Allah dah tentukan yang terbaik buat kita..insyaAllah..yang penting kita kena usaha dan yakin kepada Allah...that's mean...kebergantungan kepada Allah itu penting...

TUJUAN??? Apa tujuan kita sebenarnya hidup di dunia ini? Apa tujuan kita berkahwin??
Setiap apa yang kita lakukan kita kena tanya terlebih dahulu...apa tujuan sebenarnya....

Adakah kita sudah letakkan Allah yang UTAMA???
tanya balik pada diri kita...Adakah kita sudah jadi HAMBA Allah? Khalifah Allah yang baik???

Beliau ada menyatakan bahawa Rezeki yang kita cari adalah baik tetapi rezeki yang kita temui adalah lebih baik...how? analoginya macam ni... misalnya, cicak dan serangga...Allah ciptakan cicak yang tidak ada sayap untuk terbang namun makanannya adalah serangga yang boleh terbang..that's mean Allah dah tentukan dah..walaupun cicak mencari makanan namun.. serangga yang dia temui adalah makanannya juga...Allah adalah sebaik-baik Perancang...

Dalam mencari jodoh... kita mesti mencari yang beragama..kerana itu adalah yang terbaik..terdapat satu prinsip dalam mencari jodoh..dan beberapa kaedah yang boleh diguna pakai semasa mencari jodoh...

Prinsip utama dalam mencari jodoh adalah pilih yang beragama...
Kaedah-kaedahnya adalah....

1/  Jadi baik
2/ Ikut pilihan orang yang baik
3/ Ikut cara/ kaedah yang baik... (yang ini plak di bahagikan kepada 3 kaedah)
       i/ Orang tengah
       ii/ Ayah
       iii/ Diri sendiri menawarkan diri pada orang yang baik...hehe (siapa berani???)


Kaedah yang pertama adalah menjadi baik yakni menjadi soleh/solehah..jangan mencari yang soleh/ solehah tapi persiapkanlah diri kamu menjadi soleh/solehah...jadilah yang soleh/solehah secara berterusan atau istiqamah..insyaAllah...kalau ada orang puji kamu, kamu adalah orang baik..jangan kata kamu adalah orang yang baiak tapi katalah...

"SAYA SEDANG BERUSAHA UNTUK MENJADI ORANG YANG BAIK"

Hal ini kerana, hati yang baik akan mengubah wajah anda..insyaAllah walaupun wajah kita buruk tapi insyaAllah orang akan melihat kita adalah orang yang baik..semuanya bermula melalui HATI....Bukan apa yang kita pandang itu penting tapi bagaimana kita memandang...

Kaedah yang kedua adalah ikut pilihan orang yang baik...Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak menyayangi saudaranya...berkawanlah dengan orang yang baik-baik..bergaul dengan mereka dan perolehi ilmu yang mereka ada...

Kaedah yang ketiga adalah ikutlah cara/kaedah yang baik...(Aqidah, akhlak, Ibadah/Syariat)...
a/ Menggunakan orang tengah..untuk merisik atau menyelidik si 'dia'...bila dah selidik maka buatlah istikharah...kalau dah buat istikharah lakukanlah proses untuk mengikut kaedah yang baik...
b/ Menggunakan ayah sebagai perantara..ayah berhak nak approve si 'dia'..biar ayah yang tentukan..misalnya, biar ayah yang bertemu dengan bakal jodoh...kerana pasti ayah nak seseorang yang boleh menjaga dan membimbing anaknya...
c/Yang terakhir dan yang paling hebat adalah diri sendiri yang menawarkan diri pada orang yang baik...bukannya perigi mencari timba..tetapi, salah satu jalan membuat sesuatu untuk mencari kebaikan...

LOVE IS BLIND!!!

Love is Blind ...Apabila melihat dengan pandangan nafsu...
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...=)


- Bersambung.....


Baitul Muslim 2.0




Alhamdulillah...pada petang yg dingin ni..
Ana nak berkongsi sedikit info yang ana dapat sepanjang mengikuti program Baitul Muslim 2.0...
Alhamdulillah..syukur tak terhingga..
Allah berikan sedikit rezeki dan masa yang terluang untuk ana menimba sedikit ilmu..
Almaklumlah...
Musim cuti ni..ramai sangat sahabat-sahabat ana yang dah kahwen..
yang dah tunang pun ada...
Alhamdulillah, Allah permudahkan jodoh mereka...=)

Terima kasih buat kakak-kakak ana
yang sudi menumpangkan kereta dan melayan karenah ana sepanjang seminar berlangsung..
Seronok sangat dapat join seminar tersebut...

Seminar tersebut berlangsung pada..
16 & 17 Februari 2013 (Sabtu & Ahad)
di PICC, Putrajaya...
Banyak kenangan dan pengalaman..
input yang berguna sepanjang seminar tersebut...
walaupun ana hanya dapat menghadirkan diri pada hari pertama sahaja..
atas sebab-sebab kesihatan..
rugi rasanya tertinggal sehari..
namun, insyaAllah..ana akan usaha mendapatkan maklumat 
seminar pada hari yang kedua...
Terima kasih kak...
(Kak Lin, Kak Syafa, & Kak Hana)
InsyaAllah...ana akan kongsikan sedikit input tentang seminar yang kami hadiri...

 Slot 1 = Cari Jodoh; Langkah 1, 2, 3...
Slot 2 = Pengurusan Jiwa
Slot 3 = Fulus Oh Fulus
Slot 4 = Sebelum Aku Bernikah
Slot 5 = Kau dan Aku Berbeza: I Drive, U Baca Peta...

Sunday, February 10, 2013

MENJAHIT...MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA..





Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana masih diberikan nafas untuk terus bernyawa...
syukur atas nikmat Iman dan Islam...
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, keluarga, kerabat dan sahabat baginda...
tesis masih tertunggak..namun usaha kena di teruskan...
 go..go..go...

Dalam kesibukan untuk tahun akhir..
ana sempat belajar macam-macam perkara sewaktu cuti ini..
antaranya...menjahit...
baru nak memulakan langkah...hehe
walaupun dah pernah menjahit sebelum ini..tapi bakat yang kurang kena diasah selalu...
bak kata pepatah "Alah bisa, tegal biasa"..
InsyaAllah, ana akan terus belajar agar mahir..
almaklumlah..sekarang tempahan baju kurung semakin mahal..
apatah lagi design2 baju yang moden...huhu

Semalam, iaitu pada 09 Februsri 2013 (sabtu)
Ana belajar menjahit...
bukan kat Giatmara, bukan juga kat IKM...tapi kat Koleksi Kasih...
yang akan bertukar nama menjadi "Koleksi Rayyan Enteprise"...

Semalam belum lagi menjahit...
baru memulakan langkah...
namun ana dah tahu dah serba sedikit pasal jahitan...hehe
Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana berikan ana kesempatan untuk belajar...
sehari menghabiskan masa di kedai jahitan..
insyaAllah, hari ini nak belajar lagi..sambil fikir isi yang sesuai untuk tesis ana....
di sini ana ambil sedikit gambar...


 Hah...Ini dia cara nak pasang koci...



Alhamdulillah..kan dah jadi...=)

Senang je...kita cuma tekan kat bawa...alah..mcm kita naik kereta..kan ada minyak dan breknya...=)
Doakan ana ye...semoga dipermudahkan...
Syukran...

Assalamualaikum...


Thursday, February 3, 2011

Merancang Program Mengulangkaji...

1/ Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan...
Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh pensyarah anda...
2/ Rujuk kepada pensyarah apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran...
3/ Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan...
4/ Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas...
5/ Sediakan nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar...
6/ Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran...
7/ Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan...
8/ Tumpukan pada topik utama sahaja...Tanya pensyarah anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam...
9/ Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran...Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit...
* Selamat Mencuba....(^_^)V

Sunday, January 30, 2011

~ Info ~

Sebelum pergi jogging...ni senarai tugasan yg ana rancang tuk cuti ni...moga Allah permudahkan insyaAllah amin...

- Subjek 2P…
· Mahu buat portfolio
· Buat modul
· Hantar refleksi dgn Dr. Razak

- Subjek Mikroekonomi…
· Cari artikel + draf asignment + asignment
· Buat modul
· Sambung buat nota

- Subjek Makroekonomi…
· Cari artikel + draf asignment + asignment
· Buat nota

- Subjek Asia Tenggara abad ke-19…
· Draf assignment
· Assignment
· Ulangkaji

- Subjek Asia Timur abad ke-19…
· Send nama dgan no. matrik kump. dgn Dr. Suffian
· Hafal peta & belajar lukis peta (fobia ana..huhu)
· Draf assignment
· Buat nota
· Ulangkaji

- Bola Baling…
· Hafal nota
· Buku log (dia kata mesti sekurang2nya 5kg beratnya…nnt ana buat dlm fail yg berat2..hehe)
· Ulangkaji

- Subjek Bahasa Arab Komunikasi I…
· Buku Khas (500 pp)
· Ulangkaji…

- RPA…
· Fikirkan kaedah & pendekatan tuk wat halaqah seterusnya…




- Muhasabah diri jangan dilupa…=) tingkatkan amal...doakan ana...Sayang Kalian Semua...

Majulah sukan tuk Kumblak...hehe...badan cergas otak cerdas...

Saturday, January 29, 2011

~Semester 4 Sesi 2 2010/2011...~

Tanpa kusedari…kini dah minggu keempat ana menghadiri kuliah…pejam celik ndak terasa masa semakin jauh meninggalkan kita…khususnya ana…naik tahun ini…usia pun dah mula meningkat…namun adakah amalan dan keimanan ana selari dengan peningkatan usia ana…Allahuakbar, banyak lagi perkara yang ana ndak mampu buat..dengan fikiran yg macam ni…adakah ana mampu menggalas tanggungjawab yg berat kelak…kadang2 terasa diri ini amat jauh dari sahabat2…entahlah mengapa…mungkin juga kerana kematangan ana tidak meningkat selari dengan peningkatan usia ana…jadi adalah baik sekiranya ana mampu bermuhasabah diri dan mengubah persepsi orang lain terhadap diri ini…

Ana berdoa mohon pada Illahi agar semester ini adalah semester yang akan membahagiakan diri ini…walaupun ramai sahabat/iah yang terpaksa meninggalkan ana…termasuk orang2 yg rapat dengan ana…orang2 yg ana sayangi…kesedihan yang ditanggung ndak dapat diluahkan namun…dengan kekuatan dan keyakinan pada Illahi ana cuba tuk terus bangun berdiri seorang diri…mula berdikari tanpa orang2 yg disayangi di samping diri ini…

Kehidupan ana semester ini juga amat tak menentu…kadang2 ana lupa apa ana mahu buat…kadang-kadang ana lupa matlamat ana…jadi ‘kraudet’ ckit hidup ana semester ni…tapi Alhamdulillah jadual waktu semester ini tidak terlalu padat tetapi amat berat…

Jadual Kuliah Semester Ini…

ISNIN: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg _DKL
MAKROEKONOMI – 1.00-4.00 ptg_TS4A
ASIA TIMUR ABAD KE-19 – 5.00-7.00 ptg_PC16

SELASA: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg_DKJ
MIKROEKONOMI – 2.00-4.00 ptg_TS4A
BOLA BALING – 5.00-7.00 ptg_GELANGGANG BOLA JARING

RABU: ASIA TENGGARA ABAD KE-19 – 8.00-10.00 pg_PC5
MIKROEKONOMI – 12.00-1.00 ptg_BLOK D
TUTORIAL ASIA TENGGARA – 3.00-4.00 ptg_MAKMAL 1.

KHAMIS: TUTORIAL ASIA TIMUR – 12.00-1.00 ptg_MAKMAL 1.
BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1 – 2.00-4.00 ptg_DKN


Moga Allah permudahkan urusan ana pada semester ini…moga dipermudahkan semua urusan dunia ana agar tak mengganggu urusan akhirat ana…aminnn.

Semua tugasan bagi setiap subjek da dapat…dan masih dalam proses..tapi ndak tau mcm mana mahu mulakan tuk membuat tugasan…huhu doakan ana…

~ Terengganu…”Ganu Kita”…~


Assalamualaikum semua…salam ukhwah…terlebih dahulu syukur dan segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Sekalian Alam serta selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.

Gembira rasanya dapat memulakan hari pada pagi ini…dengan berkongsi rasa suka duka dengan kau wahai sahabat ku ‘GreenTop’ iaitu, lettop kesayangan ana…huhu ana harap kau akan sentiasa sihat bersama diri ini…dan setia menemani jiwa ini yang tengah asyik melawan gelombang arus hati…

Ermmm…hari ni ana nak ajak sahabat/sahabiah semua belajar bahasa Terengganu…hihi (mcm jak ana ni pandai kan)…sebenarnya kalau ada pengayaan diri tuk bahasa2 negeri orang lain boleh gak ana ambik…ni tak…pengayaan diri cuma ada bahasa lain,…(tidak termasuk bahasa Arab sebab ana minat bahasa Arab walaupun tak pandai sangat...hihi)..

Ana ada suatu cerita nak dikongsikan bersama…dahulu, masa first meeting RE ana ditempatkan dalam Lajnah Tarbiyah & Dakwah…namun selang beberapa hari ketua Unit Tarbiyah ingin membuat meeting bagi unit kami…So, ana pun pergi la dgan beberapa orang muslimat Kelantan & Muslimat Terengganu…Meeting pun dibuka dengan bacaan Al-Fatihah….selepas tu meeting pon bermula…yang ana tak tahan tu…pasal ketua unit ana ni…muslimin…dia tak tanya pon ana asal mana…direct jak dia ‘kecek klate’ ..bahasa standardnya cakap Kelantan….yang ana baru masuk sem1 ni…ternganga jak di situ…entah apala yang mereka bincangkan…namun masa min. tu suruh bagi respon barulah ana kata yang ana tak faham satu pun apa yang mereka katakan…hehe..dia kata..,”ha? Ana cakap berjela-jela tp enti x pehe? Pehe dok apo kawe oyak?”..ana pun kata, “entahla, benda apa yg ust sebut..tambah ana x faham…huhu”..lebh kurang mcm tu lah dia tnya…ana xpndai sangat mo tulis loghat Kelantan..


Ermmm…sapa suru kecek klate kan ana tak faham da…sama juga dgn ganu…mungkin kalau 20 patah perkataan mereka ckap ana cuma fham tiga perkataan jak..hehe…tp Alhamdulillah skrg ana da dpat fham da ckit2…sampaikan ramai org sngka ana orang Kelantan @ Terengganu tapi ana cuma pelajar yang datang merantau dari Sabah…hihi..apapun tahniah pada diri ana kerana dapat kelirukan orang…hehe…

Ha? Ni plak crita masa pi jumpa lecture Kelantan kat bilik dia…nak wat perbincangan dan minta pendapat dia tentang tajuk individu ana tapi yang lucunya…dia jawab guna bahasa Kelantan…ana pun diam je la & senyum2 di situ..…lagipon ana faham ckit2 apa yg beliau terangkan…nak kuar dari bilik lecture tu baru ana gtau yg ana bukan pelajar Kelantan…tp pelajar Sabah…beliau dengan muka selamba gelakkan ana…dan kata kat ana..napa demo tak oyak awal2…hehe..aduhai…apapun, pengalaman ni takkan pernah ana lupa…hehe seronok gak belajar jauh2 dari kuarga…cuma rndu tu la…msalahnya…huhu

Aduhai…lari sudah ni dari tajuk…hehe…apapun jum kita blajar bahasa Terengganu…nnt lain hari lain masa kita blajar plak bhasa lain..ya..hehe….Majulah Ganu Tuk Islam…”,)

p/s: Sebenarnya ada maksud ni mo blajar bhasa Terengganu @ bahasa2 lain…hehe..mna la tau diizinkan Allah posting kat semenanjung…@ kuarga benarkan cari Zauj kat semenanjung…ble minta tolong Abg Long @ Adik @ Akak2 carikn,..hihi…gurau jak…xda kaitan antra yg hidup ataupun yg telah mati…saja nak merapuh dlm blog ni…hehe lagipun sume org dah balik kampung…huhu

Tuesday, August 17, 2010

Saya Sudah Bertunang...

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.
Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain.
Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itusahaja.
.......................................
"inna lillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.
"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."
Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.
Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah( dgn maut) tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)
~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~