Sunday, April 28, 2013

BIRTHDAY GIRL


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi atas kurnia Iman & Islam..
Nikmat yg sangat penting dalam kehidupan manusia sebagai seorang hamba...
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.a.W...

Alhamdulillah, pada hari ini...bersamaan 27/04/2013 (Sabtu)..
Genaplah umur ana 2* tahun...

Syukur tak terhingga kepada kedua Ibu bapa ana...
Kalau bukan kerana beliau...pasti ana tidak sampai ke sini...
Miss you mom... Al-Fatihah buat seorang lelaki yg pernah hadir dalam hidup ana...iaitu suami kepada insan yeng bergelar ibu... 

Semoga kelak ana menjadi anak yang terbaik buat Ibu yang tercinta...
Terima kasih kerana menjaga, mendidik ana sehingga ana sampai ke tahap ini...
Takkan mampuku membalas budi baikmu IBU... =(


~"Nikmat yang paling besar adalah nikmat Iman dan Islam"..
Asbab pengorbanan Nabi S.A.W lah kita hari ini dapat megenal ALLAH SWT..
Berjuta,berbilion org kat dunia ni,tapi ALLAH memilih kita untuk mendapat hidayahNYA..
Dan berjuta org lagi yg tak kenal ALLAH dan tak dapat nikmat iman dan islam ni..bayangkan apa nasib mereka di akhirat nanti..NAUZUBILLAH.....
Jadi bersyukurlah kerana kita di beri nikmat berharga ini..
Buktikan kesyukuran itu dengan melakukan ketaatan kepada ALLAH dan ikut Sunnah Nabi SAW."~


Semoga BIRTHDAY GIRL kali ini membawa sebuah perubahan yang besar ke atas diri ini...
Teringat kata2 seorang sahabiah...

"Jika kamu berada dalam perjuangan Islam atau tidak, Islam tetap akan bertemu kemenangan. Kerana Islam tidak memerlukan kamu, akan tetapi kamu yang memerlukan Islam..

Sekiranya kamu tidak bersama dengan perjuangan Islam, Islam tidak akan sesekali rugi, bahkan sebenarnya kamu lah yang teramat rugi, kerana destinasi akhirat itu hanya dua, neraka dan juga 
 syurga.."


Azam hari ini adalah ingin MERAWAT HATI...


HATI-HATI menjaga HATI... Bimbang dalam tempoh meniti.... Tersungkur ke lembah MATI..

HATI tempat jatuh pandangan ILAHI.. Maka... Jagalah HATI sebaik mungkin... ♥

Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati,.. Disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan ksedihan akibat dosa, kemudian dieganti pula dengan harapan dan keinginan untuk berubah mnjadi insan bersih...

Ya Allah.. betapa aku tersangat cemburu dengan si dia yang begitu solehah dalam menjaga hatinya sebelum tiba waktunya..

Ya Allah.. aku tak mampu mempersembahkan hati yang sesuci-sucinya buatMU.. Namun, yang aku ada hanya hati yang mendamba kasih sayangMU.. ♥

#Bersidang di mahkamah hati sekarang moga diri ini tidak khilaf lagi dan mampu membezakan antara ALASAN atau URUSAN... moga Allah sentiasa tuntun HATI ini dalam semua keadaan.... Allahumma Aamiin^^





 ~JAGA IKHTILAT~ ^^

P/s:  * Syukran buat sahabat/iah, rakan-rakan yang buat surprise sempena Hari Lahir ana...
       * Syukran buat Housemate ana kerana buat jamuan ringkas tapi amat bermakna buat ana (Kak Tinie, Nisa, Liz, Fiet, Murni, Hasmah)...
       * Syukran buat keluarga Koleksi Kasih dan keluarga DN yang telah membuat Surprise...
       * Terima kasih juga buat sahabat/iah yang wish Hari Lahir ana tak kira secara langsung ataupun alam maya (telefon, Fb)....

MAAF ATAS SEGALA KEKHILAFAN ANA SELAMA INI...SECARA SEDAR ATAU TAK SEDAR...

SAYANG KAMU SEMUA KERANA ALLAH... 
 

2 comments: