Sunday, January 30, 2011

~ Info ~

Sebelum pergi jogging...ni senarai tugasan yg ana rancang tuk cuti ni...moga Allah permudahkan insyaAllah amin...

- Subjek 2P…
· Mahu buat portfolio
· Buat modul
· Hantar refleksi dgn Dr. Razak

- Subjek Mikroekonomi…
· Cari artikel + draf asignment + asignment
· Buat modul
· Sambung buat nota

- Subjek Makroekonomi…
· Cari artikel + draf asignment + asignment
· Buat nota

- Subjek Asia Tenggara abad ke-19…
· Draf assignment
· Assignment
· Ulangkaji

- Subjek Asia Timur abad ke-19…
· Send nama dgan no. matrik kump. dgn Dr. Suffian
· Hafal peta & belajar lukis peta (fobia ana..huhu)
· Draf assignment
· Buat nota
· Ulangkaji

- Bola Baling…
· Hafal nota
· Buku log (dia kata mesti sekurang2nya 5kg beratnya…nnt ana buat dlm fail yg berat2..hehe)
· Ulangkaji

- Subjek Bahasa Arab Komunikasi I…
· Buku Khas (500 pp)
· Ulangkaji…

- RPA…
· Fikirkan kaedah & pendekatan tuk wat halaqah seterusnya…




- Muhasabah diri jangan dilupa…=) tingkatkan amal...doakan ana...Sayang Kalian Semua...

Majulah sukan tuk Kumblak...hehe...badan cergas otak cerdas...

Hari Pertama Cuti Chinese New Year...

Ni la dapur tempat kami memasak....


Ni baru balik dari Pasar Malam (Sabtu)...barang2 di atas meja tu semua baru beli...nyummy2...


Ni la ruang tamu kami...ringkas, kecil tapi selesa tuk kami berenam hidup bersama selama satu semester...

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..”
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda. Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambaNya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan kepadaNYa…


Salam ukhwah…selamat pagi…buat sahabat/iah yg ana kasihi…serta tak lupa juga pada ‘GreenTop’ yang ana sayangi…moga hari-hari cuti tahun baru cina ini dapat ana manfaatkan sebaik mungkin…insyaAllah…moga DIA sentiasa meredhai segala apa yang ana lakukan…amin.

Cuti Tahun Baru Cina @ Happy Chinese New Year telah bermula semalam…ramai sahabat/iah telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan ana masih setia di bumi UPSI ini…khususnya KUO tercinta…rasa berat hati ingin meninggalkan kolej kediaman kerana semua kenangan bermula di sini…namun insyaAllah ana akan tetap setia di sini sehingga tamatnya perjuangan ana di bumi UPSI…

Kelmarin merupakan hari pertama cuti, kepala berserabut melihat rumah yang bertaburan dan tidak tersusun…almaklumlah rumah Lajnah makanan LPS …oleh itu, selepas sahaja melakukan ibadat seperti biasa…jari ini mula menari-nari mengikut rentak hati dan fikiran ana…mencari diri yang telah lama hilang…selepas beberapa minit…terdetik di hati tuk mengemas rumah…lagipun sebenarnya agak selesa bila mengemas rumah seorang diri…belajar berdikari…dan sebagai persediaan bila dah berumahtangga kelak…namun ia dah jadi rutin biasa kita sebagai muslimah kena pandai mengemas rumah dan bersihkan semua apa yang patut…

Lagipun hanya kami bertiga yang masih setia di rumah ini…(Kak Ain Fikri, Kak Syah, & ana sendiri). Kak Dalilah dan Kak Zira telah ke Kem Kepimpinan…manakala Kak Afieda pula telah pulang ke kampung halaman. Pagi kelmarin Kak Syah telah pergi ke kampus…so, Kak Ain dengan sukarela membantu ana mengemas rumah…selepas sahaja mengemas rumah, kami berdua keluar tuk membeli makanan tengah hari…terasa letih dan bahan tuk memasak dah habis jadi oleh kerana dah terlalu lapar kami hanya mampu membeli di Café Khar…

Selepas makan, ana pun bersiap-siap tuk tunaikan kewajipan ana sebagai seorang muslim…apabila dah selesai…ana tertido sekejap lagipun badan masih keletihan dari KL…So, selepas bangun jk..terus wat nota kejap tuk subjek Mikroekonomi…namun masih sempat berfikir & mencari idea tuk menulis cerpen @ novel…oleh kerana kesunyian…terdetik di hati tuk mengepost sesuatu buat adk tersayang…yang bertajuk “Maafkan Kak Ngah”…terlalu rndu padanya…dialah salah seorg insan yg amat bermakna buat ana…sahabat baik & juga kekasih hati ana…

Tiba-tiba Kak Syah dan Kak Ain mengajak ana ke pasar malam yang dibuka pada setiap hari sabtu…pergi awal sikit jadi kurang orang..jalan pun tidak seberapa sesak..dalam bas masih sempat menelefon along ( Kak Aini ) kerana semalam dia pulang ke kampung halaman tanpa menunggu ana balik dari KL..tapi ana tak salahkan dia…sebab ana syangkan dia…

Sampai sahaja di pasar, tidak ramai orang yg datang pada waktu tersebut…lagipun ramai pelajar UPSI yang telah balik kampung. Namun semasa nak balik keadaan dan suasana di pasar dah semakin sesak dan bising..kepala mula sakit…dengan keadaan sesak seperti itu…sebelum berangkat pulang…ana sempat beli buah limau, rojak, air kelapa & yg paling penting roti boom pun ada gak…hehe…

Waktu asar, kami bertiga menjejaki villa kami di KUO ni…selepas menunaikan kewajipan pada petang tu, kami bertiga pun makan…& sempat mengajak akak berdua tu main badminton @ berjoging tp mereka tak nak…sebabnya Kak Syah nak balik dah malam tu…Kak Ain plak sakit kaki dari wat kajian kat Gunung Lang…jadi nak tak nak, ana terpaksa duk umah wat nota…sebab kalau ana g main badminton sorang2 nnt mreka kata ana gila…klu jogging xapa..tp segan plak nak jogging xda teman…huhu.

Selepas isya’…kawan ajak g makan(ana , fit, liza & Eni )…sebenarnya malas nak kuar tapi kena kuar juga sebab tak baik rasa dihati menolak ajakan kawan lagipun mreka teman ana dr sekolah lagi…So, ana pun kuar dgn mereka…time makan tu..rasa diperhatikan…rasa takut, x sedp hati….mcm ada sesuatu yg berlaku…kwan ajak g perjumpaan BAKSIS kat café KHAR tapi ana rasa x sedap hati…jd ana terus balik bilik..lgpun dah lewat…

Balik bilik…ana rasa tmbh sakit…persaan tmbah takut…ana terpaksa melwan semua itu lagipun semalam hanya ana dan Kak Ain jak yang tinggal…kesian plak sekiranya ana sakit tba2 semalam…ana menangis sekuat hati…melwan sekuat hati…ana x nak ‘sesuatu’ menghubingi ana….seseorg yg rapat dg nana beritahu kena sabar & byakkn selawat..ingat Allah…kuatkn smangt…hati terus tercabar,,..napa org lain boleh ana tak boleh…

Tiba-tiba black out, semua lampu padam…mahu teriak jak masa tu…sebab sejak ana sakit ana mula takut bila mana lampu tiba-tiba terpadam secara mengejut…entahla mengapa…Kak Ain pun datang dan menenangkan ana…pkul1 lebih mcm2 bunyi kat umah B-1-1 & B-1-14 mcm ad jak org di umah tu..bila tgok bukn org tp..huhu .Alhamdulillah ana mampu melawan…namun perasaan takut dlm diri msh ada pd pagi ini…insyaAllah pagi ni nak jogging….hehe…biarlah apa org nak kata…yg penting ana happy…JUM PI JOGGING…!!!=)

Saturday, January 29, 2011

~ Maafkan Kak Ngah ~

“ Ya Allah, lindungilah adikku walau di mana dia berada…ku memohon perlindungan untuk dirinya hanya padaMU kerana aku yakin hanya diriMU yang mampu melindungi dirinya…Amin…”

Kak Ngah ingat lagi…selepas beberapa hari tamatnya hari terbuka KHAR…time dlm kelas Kak Ngah sempat msej adk & kata rindu pada adk..masa tu adk kata adk di Tasik Proton sorang2…lepas tu adk kata ad masa adk akan bawa Kak Ngah g sana sama2…adk jga msej dan adik ajak Kak Ngah jalan-jalan pada waktu malam…namun pada malam tu adik terlewat disebabkan adik kena menghadiri meeting…namun Kak Ngah masih setia menanti…dan terus menanti…di hadapan tv…akhirnya adik muncul di belakang Kak Ngah..tapi kak Ngah tak sedar sejak bila adik ada di belakang Kak Ngah…Kak Ngah hanya sedar bila mana adik kritik pelakon drama kat tv tu…Kak Ngah sakit perut tahan gelak pada masa tu…tapi Kak Ngah malu nak gelak…ramai orang…hihi



Selepas tu, Kak Ngah masih ingat lagi…kita sama-sama makan kat Bistro…adik order Nasi Goreng Cili Padi + Milo Cincau…Kak Ngah order Nasi Goreng Cili Padi + Air Sirap Bandung…masa tu adik kuat sangat makan…Kak Ngah hanya mampu perhatikan…makanan adik habis dahulu dari Kak Ngah namun air Kak Ngah habis dahulu dari adik kan…=)


Sebenarnya, Kak Ngah tak pandai nak makan Nasi Goreng Cili Padi…sebab Kak Ngah tak tahan pedas…huhu tapi Kak Ngah tak tahu mahu order apa…jadi Kak Ngah ikut jak apa yang adk makan…seronok & gembira hati Kak Ngah bila nampak adk makan…bagai masalah yang ada di fikiran Kak Ngah ni tak ada…tenang jak nampak adk…Masa tu Kak Ngah ada mesej dgan Abg Long…gtau dgn Abg Long kita makan sama-sama & saja ajak Abg Long sekali…tapi keadaan tak mengizinkan kehadirannya pada masa tu…ingin sahaja Kak Ngah menjerit dan kata pada semua orang yang Kak Ngah sayang sangat kat adk…Kak Ngah syang sangat dgn ‘keluarga hijau’ kita…Nanti…bila mana Abg Long dah tak da…Kak Ngah hanya ada adk dalam keluarga tu…=(


Kak Ngah tak sangka Allah temukan kita bertiga…namun tak da yang mustahil bagi Allah…yang DIA tak boleh lakukan…secara kebetulan kite bertemu dalam dunia rawatan & secara kebetulan Kak Ngah dan adk punya tarikh lahir yg sama…banyak persamaan ant. kita namun terdapat juga sedkit perbezaan…cthnya, adk lebih pandai memimpin…namun Kak Ngah bangga punya keluarga macam kalian…Abg Long sibuk dalam dunia rawatan, adk plak sibuk dlm dunia kepimpinan..Kak Ngah plak? Masih tengah tercari-cari identiti diri yg sebenar…Ya Allah, tolonglah hambaMU ini…:'(…


Selepas tu, Abg Azmee ada mesej kata nak belanja aiskrim…namun abg azmee pun sibuk merawat pesakit dari KZ…takpa abg Azmee…kami faham…=)…So, selepas makan Kak Ngah sempat teman adk jalan-jalan cari bahan (kertas2 & fail) tuk assignment adk…seronok rasanya dapat jalan-jalan macam malam tu…lgpun kita bukan dapat selalu bersama seperti malam tu…After that, Kak Ngah teringin nak makan aiskrim…Kak Ngah beli aiskrim tuk kita bertiga…”Of Course, We are Family…right?.:) …Selepas tunggu dan bagi abg long aiskrim..kita pun pi bilik tv perempuan nonton sambil makan aiskrim…adk masih dgn perangai adk..kritik pelakon drama tu…seronok tgok adk makan aiskrim…comel…mcam kartun2..=) hehe…


Pukul 11.10 malam, adk kata dah lewat dan adik hantar Kak Ngah sampai ke pagar KHAR dan tengok Kak Ngah balik…kalau boleh Kak Ngah tak nak pisah dgn adk pada malam tu…tapi terpaksa kita masing2 ada tanggungjawab masing2…Esok paginya Kak Ngah kata nak pi Tasik Proton..adk kata cari helmet kita pergi…


Pada keesokan paginya, Kak Ngah tak sabar nak pi tasik proton…namun Kak Ngah call adk,…tp adk x angkat…lama2 adk mesej kata adk tgah meeting..meeting urgent…Kak Ngah pun duk sorang…adk mesej lg…kata lepas asar kita g Tasik Proton…namun akak call lepas asar adk x angkat juga…Kak Ngah sedih…tp takkan Kak Ngah nak marah2 adk..lagipun Kak Ngah selalu ingat pesan abg long…dia kata ‘marah itu syaitan’ jd takkan Kak Ngah nak marah…Hari ni baru ada berita tentang adk…Kak Ngah x msej adk sebab Kak Ngah takut adk sibuk…So, Kak Ngah pun berdiam diri jak…Kak Ngah g Tasik Proton sorang2…naik motor sorang2…walaupun Kak Ngah sebenarnya masih risau dengan keadaan Kak Ngah…Kak Ngah g KL sorang2…semuanya sorang2…adk buka fb beberapa ari ni pun adk x hubungi Kak Ngah..tp adk jan risau Kak Ngah faham…=).


Hari ni plak adk pergi Kursus JMK di Hulu Langat, Selangor…sebelum adk pergi…adk sempat hantar beberapa pesanan buat Kak Ngah…


Kirimannya di ruang chat FB…:
- “Salam...salam kak ngah marah adik ke? Hum...maaf ye kak...sudah dua kali buat kamu begini...erm, kita g kem 3 hari...maafkan salah kita...lau tak jumpa lagi...asif jiddan ya ukhti...salam.”

Kirimannya di wall ana…:
- “Salam asif Jiddan ya Ukhti..erm..moga kamu gembira selalu walaupun kita tiada lagi...Moga Allah terus melindungi kamu..salam.”

Kirimannya di ruang mesej FB...:

- maafkan adik kak ngah..adik tak dapat teman akk buat kali kedua ke tasik proton city..hum..ada meeting urgrnt petang dan malam tue..hum...ada perubahan tarikh tok semua pgram kak..dalam bulan 2 langsung tak boleh buat program termasuk maulidurrasul..hum akk bayangkan..sebab nak jaga pilihan raya kampus kita dah tak boleh sambut maulidurrasul..hum..kami dah perjuangkan tapi suara kami tetap tidak didengar..huhuhu .”


Dan utk pengetahuan adk…Kak Ngah tak balas semua itu bukan kerana Kak Ngah ambil hati @ marah dengan adk…tp Kak Ngah xnak ganggu adk…Kak Ngah faham keadaan adk…lagipun tentu adk penat…tp JMK yg adk pegang ni adalah suatu amanah…yg akan dipertanggungjawabkan kelak…jadi Kak Ngah xnak kerana Kak Ngah…adk yg kena jawab…Kak Ngah nak bantu tp Kak Ngah tak mampu…mungkin hanya inilah cara Kak Ngah bantu adk…Kak Ngah harap adk faham lagipun Kak Ngah yakin adk bijak…=).


Ingatlah suatu perkara…ukhwah yg terjalin di antara kita takkan pernah putus walaupun Kak Ngah pergi jauh…sebab adk sendiri kata bukan mudah mencipta syang sebab nilai kasih sayang hanya bererti pada yg memahami dan mengerti betapa berharga anugerah Illahi…Kak Ngah ikhlas dgan adk…lgpun dulu abg long pernah kata…harapan terakhir dia sebelum meninggalkan UPSI adalah jaga hubungan Kak Ngah dgn adk…takkan Kak Ngah nak hampakan ahli keluarga hijau kita…apapun yg terjadi, walau Kak Ngah xhubungi adk dgn abg long namun..doa Kak Ngah sentiasa mengiringi kalian berdua…Kak Ngah harap adk jaga diri baik2 di Kursus JMK tu…jan nakal2 tau…=).


Mungkin setakat ni dahulu Kak Ngah mengarut ye…Kak Ngah nak pi pasar malam…cari makan…huhu Apapun, maafkan Kak Ngah ya adk..andai adk terasa dgn Kak Ngah…syang adk…senyum sokmo..kirim salam dgn ibu…=). Kak Ngah pun syang dgn ibu…=).

~Semester 4 Sesi 2 2010/2011...~

Tanpa kusedari…kini dah minggu keempat ana menghadiri kuliah…pejam celik ndak terasa masa semakin jauh meninggalkan kita…khususnya ana…naik tahun ini…usia pun dah mula meningkat…namun adakah amalan dan keimanan ana selari dengan peningkatan usia ana…Allahuakbar, banyak lagi perkara yang ana ndak mampu buat..dengan fikiran yg macam ni…adakah ana mampu menggalas tanggungjawab yg berat kelak…kadang2 terasa diri ini amat jauh dari sahabat2…entahlah mengapa…mungkin juga kerana kematangan ana tidak meningkat selari dengan peningkatan usia ana…jadi adalah baik sekiranya ana mampu bermuhasabah diri dan mengubah persepsi orang lain terhadap diri ini…

Ana berdoa mohon pada Illahi agar semester ini adalah semester yang akan membahagiakan diri ini…walaupun ramai sahabat/iah yang terpaksa meninggalkan ana…termasuk orang2 yg rapat dengan ana…orang2 yg ana sayangi…kesedihan yang ditanggung ndak dapat diluahkan namun…dengan kekuatan dan keyakinan pada Illahi ana cuba tuk terus bangun berdiri seorang diri…mula berdikari tanpa orang2 yg disayangi di samping diri ini…

Kehidupan ana semester ini juga amat tak menentu…kadang2 ana lupa apa ana mahu buat…kadang-kadang ana lupa matlamat ana…jadi ‘kraudet’ ckit hidup ana semester ni…tapi Alhamdulillah jadual waktu semester ini tidak terlalu padat tetapi amat berat…

Jadual Kuliah Semester Ini…

ISNIN: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg _DKL
MAKROEKONOMI – 1.00-4.00 ptg_TS4A
ASIA TIMUR ABAD KE-19 – 5.00-7.00 ptg_PC16

SELASA: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg_DKJ
MIKROEKONOMI – 2.00-4.00 ptg_TS4A
BOLA BALING – 5.00-7.00 ptg_GELANGGANG BOLA JARING

RABU: ASIA TENGGARA ABAD KE-19 – 8.00-10.00 pg_PC5
MIKROEKONOMI – 12.00-1.00 ptg_BLOK D
TUTORIAL ASIA TENGGARA – 3.00-4.00 ptg_MAKMAL 1.

KHAMIS: TUTORIAL ASIA TIMUR – 12.00-1.00 ptg_MAKMAL 1.
BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1 – 2.00-4.00 ptg_DKN


Moga Allah permudahkan urusan ana pada semester ini…moga dipermudahkan semua urusan dunia ana agar tak mengganggu urusan akhirat ana…aminnn.

Semua tugasan bagi setiap subjek da dapat…dan masih dalam proses..tapi ndak tau mcm mana mahu mulakan tuk membuat tugasan…huhu doakan ana…

~ Terengganu…”Ganu Kita”…~


Assalamualaikum semua…salam ukhwah…terlebih dahulu syukur dan segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Sekalian Alam serta selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.

Gembira rasanya dapat memulakan hari pada pagi ini…dengan berkongsi rasa suka duka dengan kau wahai sahabat ku ‘GreenTop’ iaitu, lettop kesayangan ana…huhu ana harap kau akan sentiasa sihat bersama diri ini…dan setia menemani jiwa ini yang tengah asyik melawan gelombang arus hati…

Ermmm…hari ni ana nak ajak sahabat/sahabiah semua belajar bahasa Terengganu…hihi (mcm jak ana ni pandai kan)…sebenarnya kalau ada pengayaan diri tuk bahasa2 negeri orang lain boleh gak ana ambik…ni tak…pengayaan diri cuma ada bahasa lain,…(tidak termasuk bahasa Arab sebab ana minat bahasa Arab walaupun tak pandai sangat...hihi)..

Ana ada suatu cerita nak dikongsikan bersama…dahulu, masa first meeting RE ana ditempatkan dalam Lajnah Tarbiyah & Dakwah…namun selang beberapa hari ketua Unit Tarbiyah ingin membuat meeting bagi unit kami…So, ana pun pergi la dgan beberapa orang muslimat Kelantan & Muslimat Terengganu…Meeting pun dibuka dengan bacaan Al-Fatihah….selepas tu meeting pon bermula…yang ana tak tahan tu…pasal ketua unit ana ni…muslimin…dia tak tanya pon ana asal mana…direct jak dia ‘kecek klate’ ..bahasa standardnya cakap Kelantan….yang ana baru masuk sem1 ni…ternganga jak di situ…entah apala yang mereka bincangkan…namun masa min. tu suruh bagi respon barulah ana kata yang ana tak faham satu pun apa yang mereka katakan…hehe..dia kata..,”ha? Ana cakap berjela-jela tp enti x pehe? Pehe dok apo kawe oyak?”..ana pun kata, “entahla, benda apa yg ust sebut..tambah ana x faham…huhu”..lebh kurang mcm tu lah dia tnya…ana xpndai sangat mo tulis loghat Kelantan..


Ermmm…sapa suru kecek klate kan ana tak faham da…sama juga dgn ganu…mungkin kalau 20 patah perkataan mereka ckap ana cuma fham tiga perkataan jak..hehe…tp Alhamdulillah skrg ana da dpat fham da ckit2…sampaikan ramai org sngka ana orang Kelantan @ Terengganu tapi ana cuma pelajar yang datang merantau dari Sabah…hihi..apapun tahniah pada diri ana kerana dapat kelirukan orang…hehe…

Ha? Ni plak crita masa pi jumpa lecture Kelantan kat bilik dia…nak wat perbincangan dan minta pendapat dia tentang tajuk individu ana tapi yang lucunya…dia jawab guna bahasa Kelantan…ana pun diam je la & senyum2 di situ..…lagipon ana faham ckit2 apa yg beliau terangkan…nak kuar dari bilik lecture tu baru ana gtau yg ana bukan pelajar Kelantan…tp pelajar Sabah…beliau dengan muka selamba gelakkan ana…dan kata kat ana..napa demo tak oyak awal2…hehe..aduhai…apapun, pengalaman ni takkan pernah ana lupa…hehe seronok gak belajar jauh2 dari kuarga…cuma rndu tu la…msalahnya…huhu

Aduhai…lari sudah ni dari tajuk…hehe…apapun jum kita blajar bahasa Terengganu…nnt lain hari lain masa kita blajar plak bhasa lain..ya..hehe….Majulah Ganu Tuk Islam…”,)

p/s: Sebenarnya ada maksud ni mo blajar bhasa Terengganu @ bahasa2 lain…hehe..mna la tau diizinkan Allah posting kat semenanjung…@ kuarga benarkan cari Zauj kat semenanjung…ble minta tolong Abg Long @ Adik @ Akak2 carikn,..hihi…gurau jak…xda kaitan antra yg hidup ataupun yg telah mati…saja nak merapuh dlm blog ni…hehe lagipun sume org dah balik kampung…huhu

Wednesday, January 26, 2011

~ Cengkerang ~


Entry ana pada kali ini lebih kepada cerita “Cengkerang”…bukan hanya cengkerang biasa, bukan juga cengkerang kura-kura…ha…cengkerang ini terlalu bermakna buat ana…& amat luar biasa…huhu…ia bagaikan ‘poket Doraemon’ yang mengandungi pelbagai macam benda di dalamnya….

Ha? Cengkerang ana ni berwarna biru…mesti sahabat/iah tanya napa cengkerang ana berwarna biru…tak warna hijau…bgini ceritanya….sebab masa kat kedai ari tu tak da pon cengkerang berwarna hijau...huhu. Nama cengkerang ana = ‘MC CIT’ hehe…Sebenarnya roommate ana berikan nama cengkerang ana ni ‘MC KAS’..huhu tetapi apa bole wat…MC KAS tu nama ana….huhu berak nannang roommate ana…semasa nak pi buat rawatan ada seorang sahabiah ana bertanya…

Kak Na: Adik, napa selalu bawa cengkerang tu?

Ana: (Dalam hati ku bermonolog sendirian, ramai juga org da perasan ana selalu bawa cengkerang ni..dengan muka selamba ana pun menjawab)…Saja jak kak,..

Sebab kalau tak bawa cengkerang ni nanti payah pula…kalau tercicir barang-barang yang dibawa…almaklumlah…ana ni kadang-kadang lalai…huhu da berapa kali da kad pengenalan dan duit hilang…huhu

Santapan Cengkerang ana…di dalam perutnya…hihi


- Buku Lukisan (Sketch) = tempat ana luahkan segala rasa…dengan melukis perkara2 yang mengembirakan @ mendukacitakan…
- Buku Hamba (Berwarna Hitam) = Academic Planner Sem.4 sesi 2010/2011…
- Buku 555 = Bukan buku hutang tau…tp buku tuk tulis info @ homework yg lecture bagi…just sebgai peringatan…nnt lupa plak..apa asgnmnt yg mo dibuat…
- Buku Hijau 1 ( Tuk kuliah ) = nota2 kuliah conteng kat dalam…campur je…jd rojak…hehe
- Buku Hijau 2 ( Tuk Maklumat Penting @ Santapan Jiwa ) = apa2 jak maklumat yg berkaitan ana masukkan, kata-kata mutiara…dll..
- Buku Hijau 3 ( Tuk Luahan Rasa ) = luah segala suka duka dalam buku tu…huhu
- Buku bertajuk “Jundullah-Jihad Fisabilillah” = ingin belajar berjuang, ingin berubah ke suatu keadaan yg lebih baik…insyaAllah…
- Buku bertajuk “Diari Sufi” = buku yg amat memberi kesan kepada diri ini…akan dibawa kemana sahaja sebagai teman dikala sunyi…
- Al-Mathurat
- Tasbih
- Buku ‘Death Note’…(berwarna hijau)…
- Pencil Box
- Kalkulator
- Kad Matrik
- Dompet
- Kunci Rumah Greeny World
- Telefon
- Ubat penawar
- Minyak kasturi kuning

Ha…tu la semua isi kandungan cengkerang ana…huhu siapa kata sume tu tak penting…mungkin tak penting bagi sahabat/iah tapi semua tu penting bagi ana…So, jangan tanya lagi kenapa ana selalu bawa cengkerang tu…ok…hehe Nasib baik tak muat motorsikal..klu tak terigin juga nak masukkan motorsikal di dalam cengkerang tu….hehe




Cengkerang...Oh...Cengkerang...



Friday, January 21, 2011

Salam Ukhwah Kak Chu...(~_^)V

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkat kepada Penguasa Seluruh Alam, yang telah mengatur perjalanan kehidupan dengan teratur dan penuh bijaksana. Dan Yang telah mengurniakan kita semua hidup didalam Islam dan Iman yang sempurna. Tidak dilupakan kepada Insan yang agung, sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w, serta para sahabat baginda ridwanullahiajmain yang telah mengorbankan jiwa raga, harta benda demi untuk memperjuangkan agama Allah, Yakni Islam sehingga kini kita dapat merasakan nikmat berada didalam Islam dan Iman..


Enter ana pada kali ini adalah tentang seorang “muslimah” yang baru ana kenali…namun terasa bagai berabad lamanya…tak pernah bertemu namun ikatan yang terbina…telah membuatkan diri ini masih ada teman tuk berbual…nama beliau adalah…”Kak Norazlin Amran”…atau “Kak Chu”…kata-kata yg kuar dari mulutnya banyak memberi kesedaran pada diri ini…syukran kak…=)

Pagi ini…Kak Chu kata nak berkongsi ilmu dengan ana…


Kak Chu: Adik…mahu tau tak mcm na nak berfikiran positif apabila kita di uji dengan pelbagai ujian…

Ana pun…membisu…

Ana: Napa akak tanya adk mcam tu?

Kak Chu: Adik nak tau tak? Saja…kongsi ilmu bersama…

Ana: Ya…nak…

Kak Chu: Bagi akak, kalau kita yakin adanya Allah dan kekuasaanNya…kita akan jadi positif ..setiap yang berlaku ada hikmahnya…Allah tak akan mungkin menganiaya hamba-hambanya…semua yang berlaku adalah ujian…mungkin Allah nak menguji tahap kesabaran kita…

Ana: Ermmm…betul kata Kak Chu…

Kak Chu: Adik, akak suka pegang kata-kata ini… “Ku minta kepada Tuhan setangkai bunga segar, namun Dia beri kaktus yg berduri..ku mnta kupu-kupu diberi ulat berbulu…ku sedih…dan kecewa..namun kemudian..kaktus itu berbunga indah sekali…dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..tanpa kuduga…itulah jalan Tuhan..indah masanya…Tuhan tak kan beri apa yang kita kehendaki atau harapkan tetapi..Allah memberi apa yang kita perlukan..”. Adik faham tak?

Ana: InsyaAllah..adik faham kak…syukran kak…

Kak Chu: Afwan..feling pagi-pagi plak…hehe

Ya Allah, di lubuk hati ini…terasa begitu dekat dengan Kak Chu walaupun tak pernah jumpa walaupun sekali…seandainya diizinkan Allah teringin rasanya nak bertemu dengan dirimu ya ukhti…moga ukhwah kita kekal selamanya…insyaAllah…syukran atas kata-kata pembakar semangat wat adk pada pagi-pagi ni….InsyaAllah ada masa yg terluang…adk akan wat cerita tentang “Kak Chu & Adik Chu”…




Sayang Kak Chu...(~_^)V....

Sunday, January 16, 2011

Petang Ahad...

Ya Allah,…kiniku sedari bahawa banyak lagi ilmu yang ana belum pelajari…ilmuMU terlalu luas…


Hari ini..tiba-tiba datang dua orang pelajar perempuan ke bilik…ingin menemuramah ...dengan kepala yang pening memikirkan masalah….rasa macam tak nak diganggu…namun oleh kerana adik-adik tersebut banyak kali memberi salam maka ana pun membuka pintu…lagipun adalah baik jika kita memuliakan tetamu yang datang ke rumah…


Kedua-dua adik ni datang dari kursus sains pertanian semester dua…namun ada sesuatu yang ana dapat rasakan…mereka kata temu ramah ini adalah assignment mereka namun ana tidak rasa begitu…sebab ana dapat rasakan sesuatu…

Mereka ingin bertanya tentang “Akhlak”…namun ana tidak dapat menjawab sebab ana masih rasa ada sesuatu…dan kedua-dua pelajar ini juga merahsiakan sesuatu… Alhamdulillah…syukran ana ucapkan buat roommate ana kerana menjawab semua pertanyaan ana…di sini ana dapat bermuhasabah balik bahawa inilah sebab ana tidak di bawa berjuang dan inilah juga sebab apa semua terjadi…ILMU ITU PENTING…di sini ana postkan sesi dialog antara roommate ana dengan adik-adik tersebut…


Adik A: Apakah pendapat akak tentang akhlak?

Roommate: Akhlak adalah penampilan luaran yang lahir dari hati…

Adik A: Oh, macam tu…(tapi wajah adik-adik tersebut masih kebingungan… )

Kemudian, roommate ana pun menerangkan dengan lebih lanjut…baru adik tu faham…

Adik A: Apa pandangan akak, adakah remaja sekarang berakhlak?

Namun, roommate ana menyoal plak adik-adik tadi…sebelum menjawab soalan mereka..

Roommate: Apa beza akhlak dan moral?

Adik A: Moral adalah nilai-nilai murni…

Roommate: Akak bagi contohlah, seandainya seorang gadis naik motor bersama seorang lelaki tetapi belum berkahwin…dia bersalam.., dia cium di tangan lelaki tu..adakah dia berakhlak? Senario tu menunjukkan bahawa kita nampak mereka bermoral tetapi tidak berakhlak sebab melanggar syariat Islam…

Adik B: Oh, jadi sekarang ni..orang ramai bermoral daripada berakhlak…

Roommate: (Mengangguk tanda setuju)

Adik A: Akak dari kursus mana?

Roommate: Akak? Akak dari kursus Biologi…

Adik A: (Dia mengangguk) Bagaimanakah akak nak terapkan nilai-nilai Islam dengan kursus yang akak ambil…?

Roommate: Kalau akak, akak nak ikut contoh seperti guru tingkatan tiga akak..dulu sebelum beliau mengajar beliau akan member tazkirah..kenapa kita dijadikan? Kenapa perlu kita belajar? Misalnya, subjek biologi ada belajar tentang anggota tubuh…kita boleh terapkan Islam di situ..contohnya, semua anggota tubuh ni adalah ciptaan Allah Yang Agung…Kita ni guru…mengajar dan mendidik ni tidak sama dik.. kita sebagai guru bukan hanya ingin mengajar atau hanya menghabiskan silibus buku teks tetapi kita juga harus mendidik…(Roommate ana member penjelasan yang panjang..huhu)

Adik A: Oh…(hanya menggangguk...)

Ana duk tersengih-sengih sebab perasaan ini ada sesuatu yang mereka rahsiakan…ana tak tahu mereka faham atau tak…apa yang mereka terangkan…namun mereka tak bagi tahu dengan lebih lanjut tentang mereka..tetapi nak tahu banyak tentang kami..yang ana nak gelak..mereka tanya nama ana..tapi roommate ana bagi nama gelaran jak tuk ana…”MC KAS”. Ana pon tak tau apa maksud nama tu..hihi mcam MC Donald jk…=) Entahlah adik-adik tu faham @ tak..

Adik A: Takpala kak, kalau macam tu kami balik dulu..terima kasih banyak-banyak…maaflah mengganggu…(memang mengganggu pon..huhu gurau jk..hihi)

Roommate ana dan ana pun bersalam-salaman dengan adik-adik tersebut…mereka pun berundur diri…ana masih tetap rasa tak selesa..entah la kenapa..huhu hanya Allah yang tahu…
Watak-watak di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati…tetapi hanya kena mengena dengan kami….hihi… Moralnya, jangan berburuk sangka pada orang..n gtau mereka apa yg benar & kemungkinan penerangan tentng akhlak td dpt buka hati mereka...aminn..sume tu dgn izinNya...

Saturday, January 15, 2011

Perjuangan...

Di saat sahabat/iah semua pergi berjuang…ana hanya tinggal di rumah duduk di hadapan lettop… cuba bermuhasabah diri semula…ana tidak tahu bagaimana nak luahkan perasaan cemburu terhadap sahabat/iah ana yang ada kesempatan masa dan kelebihan yang Allah berikan tuk menegakkan agamaNya…kelebihan tuk berucap di hadapan khalayak ramai…kelebihan tuk bercakap dan menyuarakan pendapat…kelebihan tuk terus teguh berdiri dalam perjuangan…yang ana hanya duduk berdiam diri di dalam bilik seorang diri…terasa sedih hanya Allah yang mengetahui…rasa disisihkan, rasa diabaikan, rasa tidak dipedulikan…namun ana rawat luka ini…hilangkan perasaan buruk sangka.., hilangkan perasaan sedih…, namun ana tetap rasa seorang diri… Namun, benarlah kata-kata yang pernah ana dengar bahawa…jika kita sayangkan manusia, manusia tu akan tinggalkan kita…sama ada dengan cabaran kehidupan @ kematian…tetapi Allah tak pernah meninggalkan kita…walau hanya sesaat…” Jika kita jaga Allah, maka Allah akan menjaga kita”, nasihat seorang kakak kepada adiknya…

Di kesempatan ini ana mengambil peluang tuk bermuhasabah diri sendiri…Pernah seorang sahabiah ana juga along ana berkata…”bila lagi enti nak matang..? harap bertambahnya umur kita maka bertambahlah kematangan kita dalam setiap tindak tanduk…kami sayangkan angah lebih dari diri kami sendiri…dan kita juga sepatutnya sayangkan diri kita daripada segalanya…diri kita yang akan menentukan jalan dan arah yang bakal kita hadapi nanti..keep in touch although we’re not always together...”. Terasa diri ini tercabar dengan kata-kata tersebut...Ya Allah, rawatlah luka dihati ana...hanya Engkau yang mampu menyembuhkannya...=( hanya Engkau yang mampu menenangkan hati ana...

Dalam ku bermonolog sendirian, tiba-tiba datang sahabat yang sering menemaniku yakni air mata yang sering membasahi pipi yang Allah anugerahkan pada diri ini...deraian air mata ini..titisan air mata ini...terus mengalir bagaikan air sungai yang mengalir ke lautan...tanpa berhenti....perasaan dihati meronta-ronta ingin keluar...ingin ikut berjuang dalam menegakkan agamaNya...Ya Allah, takutnya hati ini...bila ditanya kelak...’Apakah yang ana telah buat semasa hidup? Apa yang telah ana buat semasa muda? Seberapa banyak ana berkorban tuk Islam? Apakah aktiviti harian ana hanya tuk Islam?’...Ku cekalkan diri ini, ku pasrahkan diri ini...tuk menerima semua dugaan ini...Namun, kekuatan semangat kadang-kadang hilang...Seorang abang pernah berkata, “mungkin Allah dah aturkan yang terbaik untuk adik...adik kena bersabar”. Namun, tiada siapa pun yang tahu isi hati kita selain ‘DIA’....

Ya Allah, jangan biarkan diri ini sentiasa mengeluh...jangan biarkan diri ini sentiasa tangisi sesuatu yang berlaku...tegarkan hati ini, tabahkan hati ini, kuatkan hati ini...sekuat ombak yang menghempas pantai...sekencang taufan yang menghancurkan semua benda-benda yang ada dihadapan...jangan pernah mengeluh dengan penderitaan..sebab kita perlu sedar penderitaan dan kesusahan di dunia ini adalah bersifat sementara daripada menanggung penderitaan yang lebih berat dan hina di akhirat kelak...

Wahai hati...bersabarlah...mereka masih menyayangi diri ini... Wahai hati....kuatlah...kuatlah...kuatlah...!!!

Saturday, January 8, 2011

~ My Life...Greeny World...~

~My Dream...huyyo!!...hehe...~
~Jum cari ilmu...di perantauan...=)...best...~


~ Skuad...Sedia!!!...~


~ Muhasabah Diri ~




~ Kuliah...Kuliah...Kuliah ~



~ Chaak!!!...hehe Adui...jangan la lalai baca al-Quran ye... ~



~ Nyummy...Nyummy....mkanan pun hjau..heehe~




~ Tapak kaki sapa ni?? ana ka?? ~



~ Hadiah terakhir kak wani dari Cameron...Miss You kak..=( ~



~ Kasut Green Rangers...hehe ~



~Death Note..hihi... ~



~ Hadiah my mum...Greeny World... ~


_ Ubat-ubatan...air Ruqyah jk xda d cni...hehe...klu penat mnum la air Ruqyah... Sodaaaaappp_


~ Harumnya....minyak kasturi...~

~ Pil Penawar ~


~ Ana mo ceria mcm ni selalu..insyaAllah...tangisan dlm senyuman... ~

~ Kunci tuk memasuki Dunia Hijau...hehe ~

~ Gelas ~

~ Bekas Doraemon ~

~ Buku ~


~ Buku ~

~ Tempat beradu puteri Greeny World ~

~ Sahabat baik ana di UPSI ~

~ Hambur...hambur...hihi..ish2...~




~Dunia ku...Greeny World...~





_My Room_
~ Lena di buai mimpi...moga mimpi seindah taman syurgawi...~
Nak ke sana perlukan pengorbanan yg besar....
Ingat...!!!
" Jangan pernah mengeluh dengan penderitaan. Sebab kita perlu sedar penderitaan dan kesusahan di dunia ini adalah bersifat sementara daripada menanggung penderitaan yang lebih hebat dan hina di akhirat kelak..."
Apapun...siapkan lah bekal secukupnya tuk ke sana....
Ya Allah...permudahkanlah urusan duniaku...agar tak mengganggu urusan akhirat ku....
Ku mohon pengampunan dpda Mu....
Moga ana masih mampu tuk sentiasa bahagiakan orang lain...insyaAllah amin...
_Nursyahidah Mu'izzah@Greeny World_

































Friday, January 7, 2011

Kebun…Oh…Kebun…


Sayur Bendi...



Sayur Petola...& Sayur Tanggilong...



Bayam...oh..Bayam...


Papaya & Sayur Terung...hehe



Da hampir seminggu ana meninggalkan kampung halaman terasa rndu plak dengan kuarga tersyang…Namun, perjuangan kena diteruskan juga…
Chaiyok2…!!!
Rindu dgn tumbuh-tumbuhan yg ad di sabah...huhu
_Greeny World_







Penampilan luaran vs Penampilan dalaman…


“ Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkat kepada Penguasa Seluruh Alam, yang telah mengatur perjalanan kehidupan dengan teratur dan penuh bijaksana. Dan Yang telah mengurniakan kita semua hidup didalam Islam dan Iman yang sempurna. Tidak dilupakan kepada Insan yang agung, sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w, serta para sahabat baginda ridwanullahiajmain yang telah mengorbankan jiwa raga, harta benda demi untuk memperjuangkan agama Allah, Yakni Islam sehingga kini kita dapat merasakan nikmat berada didalam Islam dan Iman..
Hari demi hari…sering terdengar perkataan-perkataan yang tak elok keluar dari mulut manusia. Biasalah, kita ni manusia yang sering melakukan kesilapan…sedar @pun tidak dalam masa 24 jam kita lebih banyak melakukan dosa daripada pahala…Allahuakbar! Terasa begitu hinanya diri ini…moga Allah mengampunkan dosa kita semua…dan meredhai sume apa yg kita lakukan…

Wahai sahabat/iah yang ana kasihi…
Sedarkah kita bahawa kita lebih banyak mementingkan penampilan luaran daripada penampilan dalaman yang ada pada diri kita? Bayangkan…, jika baju kita kotor atau muka kita berjerawat…apa yang sahabat/iah akan katakan atau lakukan?

Selalunya…, kalau baju kita kotor…kita pasti akan rasa tidak selesa…rasa malu… “kalau bajuku kotor, nanti apa orang akan kata…ah! Mahu tukar baju yang lainlah.”…begitu juga kalau muka kita berjerawat walau hanya ‘sekecil tahi lalat’…kita pasti akan cuba sedaya upaya untuk menghilangkannya….”Ee…malunya aku, ada jerawat lagi..nanti orang tengok tak cantik plak..”..

Di sini, kita dapat simpulkan bahawa kita lebih pentingkan penampilan luaran kita walaupun sekecil mana kekurangan tersebut. Kita lebih pentingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah..Namun, kita tak sedari bahawa kekurangan tersebut merupakan suatu kelebihan buat kita…dan pasti ada hikmah disebaliknya…kerana apa yang pasti Allah tak menciptakan sesuatu dengan sia-sia…

Bayangkan pula bagaimana kita menjaga penampilan dalaman kita? Andai hati kita kotor dengan sifat-sifat yang buruk…pernahkah kita berusaha dengan sedaya upaya untuk menghilangkannya? Seperti mana jerawat pada situasi tadi. Pasti jarang sekali kita lakukan…malah ana sendiri mengakui bahawa ia bukan mudah tuk dilakukan…tp kita kena wat juga…kerana Allah…

Pernahkah kita mengatakan “ Ya Allah, hatiku ini amat kotor,..malunya hambaMu ini pada diriMu..”. Jarang sekali kita mendengarnya kan…kita lebih pentingkan pandangan manusia yang mementingkan penampilan luaran. Namun, kita lupa pandangan Allah itu lebih utama. Allah tak melihat penampilan luaran kita…tapi Allah melihat penampilan dalaman kita iaitu hati kita…

Adakah hati kita bersih? Adakah hati kita sering mengingatiNya? Adakah hati kita rindukan syurgaNya? Adakah hati kita…??? Adakah hati kita benar-benar ikhlas beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah sebagai hambaNya…

Marilah sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri..Moga kita sentiasa berada di bawah paying rahmat Allah..insyaAllah…Amin…

Marilah kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik daripada semalam…peringatan buat diri ana juga yang sering alpa dan lalai terhadap tanggungjawab ana sebagai hambaNya…Allahuakbar!

Sunday, January 2, 2011

Musibah Dan Sikap Yang Betul…

Umat Islam menyedari sejak awal lagi, dunia adalah tempat ujian dan tribulasi. Syurga adalah tempat kesenangan yang abadi. Justeru. Umat Islam bersedia untuk bersabar dengan segala ujian di dunia. Pada masa yang sama, mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai matlamat. Allah memberitahu dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami pasti mengujimu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.”

Walau bagaimanapun, ujian yang menimpa ini tidak berterusan selama-lamanya. Ia hanyalah satu proses pendidikan dan pembangunan diri yang diperlukan sebelum kejayaan dan kemenangan dicapai. Inilah yang dijanjikan Allah dalam surah as-Syarh ayat 5 hingga 6 yang bermaksud, “Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kesenangan.”

Hal ini diperkukuhkan lagi melalui kata-kata nabi yang dilaporkan oleh Imam Tirmizi yang bermaksud, “Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya beserta dengan kepayahan adalah kesenangan.”

Selain itu, ujian menggugurkan dosa. Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim, nabi berkata, “ Tidak ada satu pun musibah yang menimpa ke atas Muslim, sama ada kepenatan, sakit yang kronik, kerisauan, kesedihan, sebarang kesakitan dan kemurungan, sehingga duri yang terkena di badannya, melainkan ia akan menjadi kifarah baginya dari dosa-dosa.”

Oleh sebab itu, bukanlah perkara pelik apabila umat Islam berterima kasih serta bersyukur kepada Allah apabila ujian menimpa mereka. berhubung dengan ini, Umar bin Khattab pernah berkata, “Apabila aku mendapat ujian duniawi, aku bersyukur kerana terdapat padanya empat nikmat. Pertama,ujian itu tidak berkaitan dengan agama. Kedua, ia tidak begitu besar berbanding ujian agama. Ketiga, aku akan mendapat keredhaannya dengan ujian itu keempat aku mengharapkan pahala daripadanya.” Inilah fikiran positif yang sepatutnya dicontohi.

*** Moga ana dapat bersabar dengan semua ujianMU ini Ya Allah…

Tiga Bahagian Sabar...

Sabar bukan bermaksud menerima sahaja keadaan serta menanti perubahan tanpa usaha. Sebaliknya, umat Islam disuruh bersabar dan serentak dengan itu melakukan amal serta usaha. Justeru, Allah menyuruh umat Islam mencontohi kesabaran rasul ulul azmi.

Allah menyatakan dalam surah al-Ahqaf ayat 35 yang bermaksud, “ Bersabarlah sebagaimana bersabarnya rasul-rasul ulul azmi.” Rasul-rasul yang dimuliakan Allah ini adalah Nabi Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad.

Mereka beramal serta berusaha dengan bersungguh-sungguh di samping bersabar. Misalnya, Nabi Nuh membina bahtera, Nabi Ibrahim memecahkan berhala dan berdakwah dengan Namrud, Nabi Musa berdakwah kepada Firaun dan membawa Bani Israel keluar dari Mesir. Demikian juga dengan Nabi Isa dan Nabi Muhammad s.a.w.

Di dalam al-Asas fit Tafsir oleh Said Hawa disebutkan, sabar mempunyai tiga bahagian. Pertama, sabar dalam meninggalkan maksiat. Kedua, sabar dalam melakukan ibadah. Ketiga, sabar apabila ditimpa ujian dan musibah.

Sinar Pagi...

Assalamualaikum…apa khabar kepada semua sahabat/iah ana…
Pagi ini ana nak berkongsi tentang “SABAR & SIKAP POSITIF”…
Alhamdulillah…ana bersyukur pada Illahi kerana…bila ana sakit Allah bagi peluang kepada ana kerana ana masih mampu membuka minda ana tuk terus berjuang,,,
Disini ana ingin berkongsi kepada sahabat/iah supaya kita dapat sama-sama berfikir apa yang patut kita lakukan jika sesuatu musibah menimpa kita…

…………………………………………………………………………………………….

Akhlak yg mulia melahirkan sikap yg positif. Antara sikap yg perlu kita miliki dalam kehidupan hari ini adalah sabar dan cekal. Kesabaran dalam Islam mempunyai hubung kait dengan Allah. Umat Islam dididik untuk memahami kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Justeru, kesabaran mempunyai keuntungan dan kebaikannya di sisi Allah. Apabila umat Islam bersabar semasa menerima musibah, mereka menyedari bahawa kesabaran itu adalah jambatan bagi mendapat pertolongan Illahi. Di samping itu, gamjaran yang besar sedang menanti mereka.

Dalam surah al-Baqarah ayat 155, Illahi menjanjikan “berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar.” Ini bermaksud kesabaran ada khabar gembira dan ada keuntungannya. Jaminan ini sudah pasti melahirkan optimisme di hati orang yang diuji. Optimisme ini melahirkan usaha dan amal. Semua ini dilakukan dengan ketabahan dan kecekalan. Justeru, dalam Islam kesabaran tidak dapat dipisahkan daripada optimisme dan sikap positif. Semua ini lahir kerana keimanan dan keyakinan kepada Allah.

“ Sesungguhnya Tuhan menganjar mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”
Az-Zumar, 10

Saturday, January 1, 2011

Golongan Yang Menabjubkan...

Golongan yang menabjubkan ini adalah orang yang beriman. Nabi menggelar mereka sebagai golongan yang menakjubkan kerana sikap mereka yang positif dalam semua keadaan. Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Muslim, nabi berkata, “ Keadaan orang mukmin amat menakjubkan kerana segala keadaan yang dihadapinya menjadi baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Sebaliknya, jika dia menghadapi kesusahan dia bersabar dan itu adalah baik baginya.”

Pada zaman nabi, umat Islam terus bersabar dan beramal dengan keyakinan bahawa Allah akan memberikan pertolongan kepada mereka dalam berdepan dengan pelbagai rintangan. Pertolongan tersebut akhirnya datang dalam bentuk hijrah dari Makkah ke Madinah. Kesan daripada hijrah ini, tertegaklah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh nabi kita iaitu Nabi Muhammad. Negara ini kemudiannya berjaya menguasai Makkah dan meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Di atas keruntuhan itu, lahirlah empayar Islam yang dikagumi hingga ke hari ini. Pada saat kemenangan dan kejayaan, umat Islam tidak pernah melupakan Allah. Mereka sentiasa bersyukur kepadaNya. Mereka Berjaya mengukir sejarah yang gilang-gemilang ini kerana iman dan sikap yang betul dalam semua keadaan.

Masalah…Masalah…& Masalah…

Masalah? Adakah anda tension apabila dilanda masalah? Bagaimanakah antum semua melihat sesuatu masalah tersebut? Bagaimanakah sikap antum semua apabila menghadapi masalah?

Sikap kita ditentukan oleh cara kita melihat masalah. Apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan untuk membangunkan diri, kita berfikiran positif. Sebaliknya, apabila kita melihat masalah sebagai perkara yang bakal memusnahkan kita, kita berfikiran negatif.

Justeru, semasa berdepan dengan masalah, senyumlah dan berkata, “Alhamdulillah. Aku diberikan kesempatan untuk menjadi lebih berjaya.” Kemudian lakukan analisis ke atas masalah itu satu persatu. Jangan lupa, ‘antum tidak boleh menelan seekor kuda sekaligus. Namun jika antum memakannya sedikit demi sedikit, akhirnya antum akan Berjaya menelan seekor kuda.’

Jelas sekali, yang menjadi masalah bukannya kuda, tetapi cara kita. Jangan kita lupakan kata-kata nabi yang bermaksud, “ Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan adalah kesenangan.”

*** Ingatlah wahai hati…be yourself…senyum & cerialah selalu…