Tuesday, November 30, 2010

Cahaya Mujahidah...Cinta muslimin???


Muslimat yang suci adalah muslimat yang dijaga oleh Allah…
Tidak sedikitpun Allah membenarkan mana-mana muslimin menyentuh dirinya walaupun hatinya…
Kerana Allah amat menyintainya…
Namun, andai kita bergelumang dengan cinta muslimin…
Di mana Allah untuk menjaga kita…?
Allah seperti melepaskan kita pada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita …
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang muslimin…
Ini bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA…
Mengapa masih ragu-ragu…?
Kekuatan usah ditunggu tetapi dicari…
Hargailah atas kesempatan yang Allah telah berikan,…

( Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita merasa berdosa melakukannya…) – Imam Ghazali –

Saudari,
Ana bangga melihatmu derita dalam perjuanganmu…
Dari melihatmu gembira dalam kelalaian…

Saudari…,
Ana bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbananmu…
Daripada melihat tawamu dalam pengkhianatan…
Aku bangga andai dikau mati di medan kebenaran…dari hidup dalam kesesatan…
Kerana jangan lupa saudari…, Muliamu bukan pada pangkat & harta tetapi kerana Islam….

Kerana……ISLAM….agama Allah yang Suci…

~Ya Allah…berikanku kekuatan & kesempatan agar diriku terus mampu berjuang dalam menegakkan agamaMU...Amin… ~

No comments:

Post a Comment