Thursday, February 3, 2011

Merancang Program Mengulangkaji...

1/ Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan...
Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh pensyarah anda...
2/ Rujuk kepada pensyarah apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran...
3/ Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan...
4/ Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas...
5/ Sediakan nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar...
6/ Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran...
7/ Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan...
8/ Tumpukan pada topik utama sahaja...Tanya pensyarah anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam...
9/ Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran...Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit...
* Selamat Mencuba....(^_^)V

1 comment: