Saturday, March 30, 2013

HATIKU MILIK SIAPA??? (smbungn)

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Alhamdulillah atas nikmat Iman & Islam...
Semoga kita semua mati dalam Iman kelak...
Enter post kali ini adalah sambungan daripada “HATIKU MILIK SIAPA?”

Perbezaan Cinta ALLAH dan cinta NAFSU
CINTA ALLAH
CINTA NAFSU
*Allah ciptakan tangan
*si “dia” belikan buah tangan
*Allah ciptakan mata (mcm2 mata ada...ada mata kucing, mata air, matahari dll..hihi)
*si “dia” main kenyit-kenyit mata
*Allah sangat & lebih special
*andai dia handsome/cantik
*Allah bagi ayat2 cinta (Al-Quran)
*andai dia bagi ayat2 power
*Korbankan jiwa raga untuk Allah
*bukan korbankan jiwa raga untuk si “dia” yang tidak HALAL
*Allah cemburu bila mana ada orang lain selain Allah di hati kita
*Uruskan syg dengan cara yang Allah redha, jangan biar Allah cemburu.
***dikutkan dengan surah At-Taubah :24



Ustazah Fatimah Syarha ada mengingatkan bahawa "Kalau kamu nak berkata-kata dengan Allah maka berdoalah, Allah pasti akan mengabulkan Doamu...kalau kamu nak Allah berkata-kata dengan kamu maka bacalah al-Quran...itu adalah cinta Allah yang akan merawat resah gelisahmu..."

Cinta NAFSU takkan tenang, tapi cinta ALLAH ketenangan pasti akan hadir dalam hidup kita..

Jangan salurkan CINTA pada yang tak selayaknya... 
* xboleh bercouple/berdua-duaan - menghampiri diri dengan zina..
(kalau nak jumpa bawa ibu bapa/keluarga (ada mahram).
* Kalau berdua-duaan dia ada dunianya sendiri (ada yang sampai taknak ke majlis ilmu)
-syaitan (perancang) + nafsu (mendesak)  : kombinasi yang kuat untuk merosakkan diri.
* Jangan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan kerana syaitan akan datang untuk jadi orang ketiga.
* Jangan bersentuh-sentuhan.
* Jaga pandangan mata (Jangan saja nak tengok min/mat)
* Cuba elakkan benda yang sia-sia. Pilahn yang ada KAHWIN, tapi kalau tidak mampu MUJAHADAH, Persiapkan diri dalam ILMU RUMAHTANGGA.
* Jaga Pergaulan "IKHTILAT".
* Kalau buat maksiat "XBEST" sebab akan hilang keberkatan selepas berkahwin (ALLAH tarik keberkatan itu).

Kita kena melihat orang dengan pandangan hati, bukan pandangan mata.
Kalau ada keberkatan..bila dah kahwin kita lihat isteri/suami kita semakin cantik/handsome walaupun dah dimamah usia. Oleh itu, impaknya sangat banyak hasil daripada "Menjaga" sebelum berkahwin..maksudnya jaga Ikhtilat.

Syarat masuk syurga adalah dengan KASIH SAYANG tapi andai kita letakkan cinta pada yang tidak selayaknya, adakah Allah memandang kita dengan keberkatan. Bukalah minda & INSAFLAH...

"Jangan engkau sedih jika kamu pisahkan sesuatu dari dirimu, tapi renungkanlah andai ALLAH terpisah dari diri kamu"-Imam al-Ghazali.

 

No comments:

Post a Comment