Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera...
Syukur ke hadrat
Illahi...kerana masih diberi peluang untuk mengabdikan kepada-NYA...
Selawat serta Salam
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...kerabat dan sahabat Baginda...
Alhamdulillah..bahagia
rasanya kerana petang semalam Kak Sa...telah menemani ana untuk merealisasikan
impian untuk memelihara seekor ikan pelaga..=)
Ana
bagi nama dia “DIDI” yang bermaksud...”Dunia Ini Dipenuhi Impian”... Mcm ana
juga yang penuh dengan pelbagai impian dan cita-cita..kadang-kadang tercapai
dan kadang-kadang tidak..kita hanya merancang tapi Allah sahaja yang
menentukannya...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Alhamdulillah,
syukur...Allah telah beri kesempatan masa untuk pergi ke Kuliah Rawatan Islam
yang dianjurkan oleh Pusat Rawatan Islam Darun Nuranniyah...yang diasakan oleh
guru ana sendiri iaitu Ustaz Syeikh Mohd Faizal bin Omar,..
Terima kasih banyak
Ustaz...
Tadi
beliau ada kata..apapun ujian atau masalah yang kita hadapi..kita kena
sabar...sabar banyak-banyak...SABAR itu adalah martabat yang paling
tinggi...kita kena redha dan sabar dengan ujian yang telah Allah
tentukan...memang ana akui ia sanagt payah untuk dilakukan...tapi kita kena
terus berusaha..jangan mudah putus asa..kita kena yakin bahawa... pasti ada kemanisan
di sebalik ujian yang kita hadapi...SABAR juga adalah SEBAHAGIAN daripada
IMAN....
Allahu...Allahu...Allahu..
Oh Tuhanku berikanlah ketenangan yang abadi...
Allahumma Aamiin...3x
No comments:
Post a Comment