Sunday, February 10, 2013

STEAMBOT???


Alhamdulillah, syukur pada Illahi...
disaat ana jatuh masih ada keluarga "Koleksi Kasih" yang sentiasa ada di sisi..
mereka gtau ana...
"Adk, ujian ini memang sukar, berat..namun itu tanda Allah sayang..."
"Adk, Allah takkan menguji hambanya mengikut kemampuan mereka.."

Menitis air mata bila memikirkan semula...
Layakkah ana persoalkan ujian yang ana hadapi...
Allah dah bagi macam2 kat ana..
Nikmat hidup,hidup yang selesa...macam2 lagi..tapi ana???
Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku...
Dosa-dosa keluargaku..dan dosa2 semua hamba-hambaMU...

Eh..apsal cerita sedih plak..
Di sini ana nak gtau, bahawa di saat ana jatuh tanpa kawan di sisi..
ana masih ada keluarga yang besar...yang sentiasa ada menemani ana...
yang sentiasa ingatkan ana..betapa INDAHNYA MUSIBAH...
seperti karya guru ana yang banyak mengajar ana tentang Perubatan Islam
terima kasih banyak2 Ustaz Syeikh Mohd Faizal bin Omar...

Tidak lupa juga buat keluarga Darun Nuraniyyah...
" Abg LOng, Ust Adham, Ust Hafiz, Abg Man, Adk nakal ana Izul, dan Adk comel ana Syira"
Tidak lupa juga buat adk ana Yan, Yat dan Hanim...ana sentiasa merindukan kalian semua...
Indahnya ukhwah jika ikhlas kerana Allah...
Terima kasih banyak-banyak..=)

Pada malam 09 Februari 2013 (sabtu)
Ana dijemput oleh Kak Siti & Cik (Ustazah Adibah-Pengasas Koleksi KAsih)
untuk makan steambot pada waktu malam...
hah? steambot???
Ana bertanya benda apalah tu..memang ana selalu dengar tapi tak pernah makan..hehe
Alhamdulillah, syukur pada Allah..kerana dapat merasa steambot air tangan Cik...
Sedap oh...hehe
Dapat makan bersama-sama Cik, Kak Ngah, Abg Ngah, Kak Lang, Kak Chik, Adk Man, Abg Samad, Kak SIti, Adk Yusuf....keluarga yang besar kan?hehe
Itulah keluarga "KOleksi Kasih"
Sesuai dengan nama, kerana memang benar penuh dengan koleksi kasih dan sayang...
orang yang hidup merantau mcm ana tidak rasa keseorangan di tempat orang...
Terima kasih banyak-banyak semua...=)


Tengok tu...macam2 ada...


Hah...ni baru separuh...


Wah..makanan...Alhamdulillah rezeki dari Allah...


Otak-otak...di import dari Johor..hehe


Udang pon ada...rajin Kak Lang pi bakooorr....hehe


Cik kata..,"kutip-kutip masukkan ke dalam ni...baru ambik..kemudian makan...sodap...".

Alhamdulillah...
Selamat mencuba...hehe

p/s: hari ini kawan ana kahwen..tahniah buat Fitriani..=)


 
 


MENJAHIT...MEMULAKAN LANGKAH PERTAMA..





Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana masih diberikan nafas untuk terus bernyawa...
syukur atas nikmat Iman dan Islam...
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah saw, keluarga, kerabat dan sahabat baginda...
tesis masih tertunggak..namun usaha kena di teruskan...
 go..go..go...

Dalam kesibukan untuk tahun akhir..
ana sempat belajar macam-macam perkara sewaktu cuti ini..
antaranya...menjahit...
baru nak memulakan langkah...hehe
walaupun dah pernah menjahit sebelum ini..tapi bakat yang kurang kena diasah selalu...
bak kata pepatah "Alah bisa, tegal biasa"..
InsyaAllah, ana akan terus belajar agar mahir..
almaklumlah..sekarang tempahan baju kurung semakin mahal..
apatah lagi design2 baju yang moden...huhu

Semalam, iaitu pada 09 Februsri 2013 (sabtu)
Ana belajar menjahit...
bukan kat Giatmara, bukan juga kat IKM...tapi kat Koleksi Kasih...
yang akan bertukar nama menjadi "Koleksi Rayyan Enteprise"...

Semalam belum lagi menjahit...
baru memulakan langkah...
namun ana dah tahu dah serba sedikit pasal jahitan...hehe
Alhamdulillah, syukur pada Illahi kerana berikan ana kesempatan untuk belajar...
sehari menghabiskan masa di kedai jahitan..
insyaAllah, hari ini nak belajar lagi..sambil fikir isi yang sesuai untuk tesis ana....
di sini ana ambil sedikit gambar...


 Hah...Ini dia cara nak pasang koci...



Alhamdulillah..kan dah jadi...=)

Senang je...kita cuma tekan kat bawa...alah..mcm kita naik kereta..kan ada minyak dan breknya...=)
Doakan ana ye...semoga dipermudahkan...
Syukran...

Assalamualaikum...


Tuesday, February 5, 2013

Rindu Menggamit Memori






Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua...
Alhamdulillah syukur pada Illahi kerana masih meminjamkan nyawa untuk terus bernafas & mengabdikan diri pada Illahi...
Sealawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, kerabat serta sahabat baginda...

Lama dah bersawang blog ana yang tak seberapa ini..
petang ni ana nak kenalkan kepada antum semua salah seorang kakak kesayangan ana...
Siapakah muslimat tersebut?
Beliau adalah insan yang ana sayang...Mawar Berduri...
Sentiasa tabah dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang bidadari dunia..

Tanpa ana sedari, dunia ini sangat kecil..
melalui FB seorang 'sahabat sejati' ana...ana mengenali beliau..
Seorang yang lemah lembut..dan sangat penyayang pada adik2nya...
Walaupun kami tak pernah berjumpa dahulu, tapi ukhwah kami sangat kuat kerana Allah...
sehinggalah pada suatu masa..
Beliau datang menziarahi ana dgn adk (Nurfatimazurin) di KHAR...

Ana pernah kecewa dengan sahabat yang tikam dari belakang..
tapi Alhamdulillah semua itu telah diganti dengan hadirnya seorang sahabiah yang juga merangkap sebagai kakak kami berdua...


 First time bertemu sepanjang perkenalan...(Adk Zurin, Kak Lin, Ana)

Ya Allah,
Berkatilah ukhwah yang telah dibina selama ini,
Semoga ukhwah ini tidak pernah putus,
Walaupun kami berjauhan, ana harap...kami selalu hadir dalam doanya..

Ya Allah,
Andai pendapat dan pandangan kami berbeza,
Kekalkanlah ukhwah kami,
Semoga dia menjadi muslimah yang sentiasa berada di dalam redhaMU...

p/s: Jauh di mata tapi dekat di hati...=)



 

Destinasi Cinta Fad'z & Yan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Perjalanan menuju "DESTINASI CINTA FAD'Z & YAN"...

Teringan rasanya ingin berkongsi kegembiraan sahabat ana..
FATMAWATY BINTI MAHAD 
MOHAMAD SOFIAN BIN YUSOF

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi..kerana sahabat ana telah selamat diijab kabulkan pada 26 Januari 2013 bersamaan 14 Rabiul Awal 1434H...di Pasir Gudang Johor...

25 Januari 2013 (Jumaat)
Banyak hal yang berlaku sepanjang pengembaraan ana ke Pasir Gudang...dengan badan yang letih selepas menyiapkan 'banner' untuk laman web pejabat...ana bergegas balik untuk berkemas sekitar pukul 4.00 petang.. dengan bantuan sahabat sejati ana... ana dapat beli tiket ke Kuala Lumpur pada jam 5.00 petang...Alhamdulillah...ana selamat sampai ke stesen bas pada jam4 lebih dengan bantuannya...Selesai solat asar...bas pun bergerak menuju ke destinasi yang dituju.

Jangkaan ana meleset..apabila bas tiba lewat ke Kuala Lumpur akibat kesesakan lalu lintas di sepanjang Sungai Buluh sehingga kawasan Bandar Kuala Lumpur.. Rasa bersalah kerana membiarkan sahabat ana (HERNI HENRY) menunggu lama di Pudu Raya...berbekalkan tenaga yang ada..ana meneruskan langkah untuk menemuinya..agak lucu kerana sepanjang perjalanan dia asyik mesej dan telefon ana bertanya tentang lokasi ana...hehe apapun ana yakin..insyaAllah perjalanan tersebut adalah perjalanan yang menarik...sahabat ana sempat beli selipar kat Pudu..hehe

Plaza Rakyat ke Terminal Bandar Tasik Selatan...salah naik LRT..sepatutnya naik LRT ke Petaling tp dah naik LRT ke Ampang..terpaksa turun di stesen LRT seterusnya untuk tukar LRT..risau juga..dalam keadaan kami yang sangat letih, kepala sakit meredah jalan yang penuh dengan orang ramai...Sampai sahaja di TBS kawan ana terus ke tempat penjual tiket...namun ana rasa nak tergelak sebab dari tadi kami tak tahu nak turun dan tidur mana pada malam tersebut...ana bergurau dengan sahabat kata kalau takda kenalan kat kawasan terdekat di Johor kami tidur kat Masjid/Surau berdekatan sahaja...semua nombor telefon sahabat yang lain tidak dapat dihubungi...dan pada malam tersebut Herni terpaksa mengganggu Pengantin perempuan untuk meminta nombor telefon sahabat yang terdekat..hehe..dalam masa yang sama, sahabat ana tu post kat FB sesiapa yang tinggal kat kawasan yang berdekatan..boleh tak menumpangkan kami semalam..atau pun kami tidur je kat Hotel..hehe. Tiket telah dibeli...RM66 untuk dua orang...

Alhamdulillah...Allah telah menghantar sahabat yang baik dan sudi menumpangkan kami berdua..terima kasih banyak2 Fatin Hakimah...=)...nampaknya tiket ana dan sahabat dah ada..tapi tiket tersebut pada pukul 11.00 malam..oleh itu, kami berjalan-jalan mencari baju kurung untuk sahabat ana @ Herni...solat dan makan di TBS...Namun, sahabat ana tukar fikiran dan rancang akan beli baju tersebut di Pasir Gudang atas cadangan sahabat kami (Fiet)...katanya harga di Pasir Gudang lebih murah...

26 Januari 2013 (Sabtu)
Alhamdulillah, syukur kepada Illahi..kami sampai di Pasir Gudang lebih kurang pada pukul 3.30 pagi...hehe.. dan sahabat kami Fatin datang ke stesen bas bersama maknya..untuk menjemput kami..dalam keadaan yang mamai..kami balik..dan memohon maaf kerana terpaksa menumpang di rumah mereka..Fatin dan keluarganya sangat baik dan mesra..Fatin sempat menemani kami sebelum membiarkan kami berehat seketika...pada paginya dalam pukul 9.30 pagi kami bergerak ke Masjid ****(ana lupa dah nama masjid tersebut..hehe) untuk nampak cara dan budaya masyarakat Johor khususnya di Pasir Gudang mengadakan Majlis Ijab Kabul...walaupun adk ana sudah bernikah..namun adat dan budaya kami berbeza...seronok rasanya dapat melihat budaya dan adat di negeri lain...dalam pukul 11 lebih..Alhamdulillah, Fad'z dan Yan selamat diijab kabulkan...






Alhamdulillah, Fad'z selamat menjadi isteri Yan...=)



Antara sahabat UPSI yang hadir di majlis Pernikahan Fad'z dan Yan...

Selesai sahaja majlis pernikahan Fad'z dan Yan..kami dijemput ke rumah pengantin lelaki untuk menjamu selera...Alhamdulillah..rezeki yang telah Allah kurniakan...ana, Eni, Fatin, Ayu, Nad..konvoi menaiki kereta ke rumah pengantin lelaki...selepas zohor kami memohon diri daripada keluarga lelaki untuk balik ke rumah Fatin...dapat buah tangan dari keluarga Yan..=) Selepas asar..kami bertiga bergerak semula ke pekan Pasir Gudang untuk memenuhi hasrat Eni untuk membeli baju kurung sempena majlis pernikahan Fad'z dan Yan pada esok hari..Seronoknya dapat berjalan-jalan melihat keindahan alam dan panorama di Pasir Gudang...Fatin telah membawa kami ke kedai pakaian yang dinamakan "First Lady". Sampai rambang mata sahabat ana memilih..pilih punya pilih..akhirnya ana pun ikut memilih..dengan pandangan pertama ana terpegun melihat jubah berwarna krim yang disalut manik yang sangat cantik walaupun ringkas...

Akhirnya ana membeli jubah tersebut bersama sehelai tudung 'pekedot' bidang 60..tanda kenang-kenangan dari Pasir Gudang..Alhamdulillah, ada sedikit rezeki untuk membeli sepasang jubah dan tudung..sahabat ana pula membeli sepasang baju kurung berwarna biru...

Kami bertemu dengan May dan Amal di bangunan tersebut...Eni dan Fatin sempat makan "Durian Creap" yang dijual RM10 = 6biji...Fatin belanja kami minum ABC, Ais Jagung & Air Jagung...Alhamdulillah..semoga murah rezeki Fatin...=) 




Gelagat sahabat ana, Fatin & Eni..

 Selepas minum petang..kami berjalan-jalan lagi...selepas menunaikan solat maghrib di bangunan tersebut baru kami bergerak balik dan mempersiapkan diri...namun, yang lucunya..dalam perjalanan balik..kereta ayah Fatin yang kami naiki..yang dipandu oleh Fatin pancit di tengah jalan...hehe..Nasiblah, kawasan tu dekat sahaja dengan kawasan rumah Fatin..Fatin pun menelefon ayahnya untuk datang tolong kami berlima...=)




Ayah & adik lelaki Fatin datang tukar tayar yang pancit...

Alhamdulillah...selepas bersiap2..kami berlima ke rumah Fad'z untuk menghadiri Majlis Malam berinai..kami sampai dalam pukul 10 lebih..walaupun lewat..kami disambut dengan senyuman keluarga Fad'z dan Fotografer Fad'z dengan baik...banyak adegan yang berlaku..dan kami sempat bergambar beramai..maklumlah..berkongsi kegembiraan bersama sahabat tersayang sempena hari yang bahagianya...


Terima kasih Fatin kerana tolong tangkap gambar ini...=)

27 Januari 2013 (Ahad)
Pada keesokan harinya, selepas zohor..kami pergi ke rumah Fad'z untuk melihat Majlis Perkahwinan Fad'z dan Yan..ramai juga sahabat UPSI yang hadir...Alhamdulillah...





Antara sahabat UPSI yang menghadirkan diri..ada lagi yang tak masuk dalam gambar..



Alhamdulillah...dalam pukul4 lebih kami balik ke rumah Fatin...belum sempat menghilangkan penat..kami berjalan lagi ke Johor Bharu..untuk berjumpa dengan keluarga Eni (Abg Ijam)...sebelum ke Johor Bharu, Fatin bawa pi beli tiket ...wau..mahalnya ke Kuala Lumpur...RM40 kerana tiket dah nak habis sempena cuti...sempat juga berjalan-jalan..rasanya macam melancong kerana kami bukan sahaja berjalan-jalan namun setiap bangunan yang kami lalui Fatin akan bercerita tentang latar belakang, penubuhanya, serta tahunnya secara terperinci..memang budak "SEJARAH"..ana bangga sangat dapat berjalan-jalan macam ni..walaupun tidak selalu tapi Alhamdulillah ia sangat berbaloi...bila difikirkan balik..syukur sangat dapat belajar Sejarah dengan lebih terperinci walaupun pada awalnya tidak mnyukai subjek tersebut..terima kasih banyak2 buat Fatin dan Eni kerana sudi meluangkan masa bersama ana...=)  

Sampai di Johor Bharu, jumpa Abg saudara Eni (Abg Ijam) dan Makcik Eni di ****hehe dah lupa tempatnya..kemudian Abg Ijam belanja makan...di satu Restoran **** (maaflah ana lupa nama restoran tersebut,,..hehe)...dalam perjalanan nak balik ke pasir Gudang plak..kami sempat singgah ke Danga Bay...dan Eni terpaksa berjumpa dengan adk saudara perempuannya di Restoran Singgah Selalu berhadapan dengan Danga Bay...Selepas itu, kami pun balik ke rumah Fatin...dapat buah tangan dari keluarga Fad'z yang dikenali sebagai "berkat" kalau di Johor.

28 Januari 2013 (Isnin)
Alhamdulillah, hari ini tak ke mana-mana..sempat bermesra dan duduk di ruang tamu bersama keluarga Fatin..hidup yang sederhana tapi keluarga yang sangat bahagia...sebelum balik..Fatin sempat membawa kami makan makanan yang terkenal di Johor..salah satunya adalah Mee Rebus...




Terima Kasih Fatin kerana belanja kami makan untuk hari yang terakhir di Johor pada hari ini...=)

Dalam pukul1 lebih Fatin dan Maknya menghantar kami ke stesen bas..Bas kami bertolak pukul 2.30 petang...dan kami solat di Pesir Gudang...kami samapai di Kuala Lumpur pada pukul8.30 malam..hal ini kerana ada penumpang yang tersilap naik bas dan pemandu bas terpaksa menghantarnya ke Seremban..dalam keadaan jalan yang sesak..semua penumpang keletihan dan pemandu Bas pun dah letih...selepas mengucapkan terima kasih..kami berdua pun turun di TBS...makan dan solat...
Alhamdulillah..perjalanan yang menyeronokkan dan memenatkan..namun hanya Allah yang tahu betapa indahnya perjalanan yang kita lalui jika berada dalam redhaNYA...

p/s: 

*Terima kasih banyak-banyak buat Fatin sekeluarga kerana menumpangkan kami serta membawa kami berjalan-jalan..segala jasa Fatin sekeluarga takkan kami lupakan...
*Buat keluarga Fad'z..terima kasih kerana sudi menjemput kami bertandang ke Majlis perkahwinan Fad'z dan Yan...
*Buat Fad'z dan Yan semoga ikatan suci yang terbina sentiasa berada dalam redha Allah, ana doakan semoga khalifah kecil yang lahir nanti akan menjadi anak yang solah dan solehah...terima kasih banyak2 kerana sudi menjemput ana ke Majlis kalian berdua...I MISS YOU so much...Fad'z....=)

Sampai di sini sahaja cerita ana Menuju Destinasi Cinta Fad'z & Yan...=)







Sunday, February 3, 2013

Menanti Sinar


Assalamualaikum wr. wb...
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam..Pemilik, Pencipta, dan Penentu atas segala sesuatu...
Ya Rabbulalamin..
Selawat serta salam ke atas junjungan besar RASULULLAH SAW..
keluarga dan para sahabat baginda...
Syukur Alhamdulillah pada Illahi...
atas nyawa yang masih dipinjamkan..
atas nikmat iman dan islam..
moga matiku kelak juga dalam iman...
Aamiin Ya Robbi...

Di dunia ini..kadang-kadang sukar untuk kita mempercayai seseorang..
sedangkan orang yang rapat dengan kita boleh menyakiti kita..
apatah lagi orang lain..
masalah, kesakitan, dan pengalaman yang dilalui banyak mengajar ana..
kadang-kadang..
terasa lebih baik jasad yang sakit..
daripada "HATI" kita...

Andai jasad yang sakit...insyaAllah ia akan sembuh dengan cepat..
namun..HATI? hanya Allah yang lebih mengetahui...

Semoga Allah beri kekuatan buat diri untuk terus melangkah..
Melangkah setapak demi setapak untuk menjauhkan diri..
daripada insan-insan yang tak dapat dilupakan...
perit, sakit, kecewa atau terluka..biarlah hanya Allah yang tahu...

Buat keluarga DN yang ana sayangi...
maafkan diri ini kerana sering membuat kalian susah dan risau..
insyaAllah, mungkin ini jalan yang terbaik...
semoga matahari yang ditunggu-tunggu selama ini..
keluar memancarkan sinarnya...


Ya Allah, Ya Robbi...
Andai daku terluka lagi...
Cukuplah ENGKAU penawar hati...
Untuk meneruskan hidup di dunia ini...

Ya Allah, Ya Robbi...
Berilah ketabahan dan kekuatan buat diri ini...
Agar dapat meneruskan langkahku ini...
menuju syurgaMU yang sudah pasti...

Ya Allah, Ya Robbi...
Campakkanlah rasa bersalah pada diri...
juga perasaan berdosa padaMU Illahi...
Kerana selalu leka dan lalai...

Ya Allah, Ya Robbi...
Semoga kami menjadi hamba yang taat pada Illahi..
Melangkah mencari keredhaan-MU Ya Robbi...
Agar selamat dan bahagia di syurga Firdausi...Aamiin...



Sunday, December 30, 2012

Anak Soleh...


Assalamualaikum wr. wb...
Selamat petang semua...ngeh3...
Alhamdulillah..petang ni hujan turun renyai-renyai..
Seronok bila dapat main hujan...hehe
(Kenakalan mula menjelma..ngeh3..hihi)

Hari ni dari "Koleksi Kasih"...
Tau x apa tu? Itu sebenarnya...
Kedai kelengkapan Haji dan Umrah...
Kenapa ana selalu pi sana?
Nak tau sebabnya...?
hehe...ada seorang muslimin yang buat ana tertarik kat sana...
Nak tahu siapa...



Inilah muslimin tu...hehe 
Comel tak?
~Muhammad Yusuff Rayyan~
Nama yg cantik...buat khalifah kecil yg tersayang...

Mak Long : Yusuff, besar nnt jadi ank yg soleh ye syg..
Yusuff       : InsyaAllah mak long...=)
Mak Long : Alhamdulillah...=)

Walaupun takda keluarga di bumi Tanjung Malim ni...
Namun ana tetap gembira kerana ada kuarga DN yg syg kat ana..
Syukur Alhamdulillah...Allah kurniakan seorang khalifah kecil yg sentiasa membuat ana ceria..
Telatahnya..
Gelak tawanya..
Membuat ana tersenyum...dan terus tersenyum...
Terima Kasih atas segalanya buat adk Yusuff dan keluarga...

InsyaAllah..mak long sntsa mendoakan kejayaan
adk Yusuff dunia n akhirat...Aamiinnn..=)



My New FaCe...


Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…
Syukur Alhamdulillah pada Illahi
atas nyawa yang masih dipinjamkan...
atas nikmat Iman dan Islam...
Moga matiku juga kelak dalam Iman...Aamiin Ya Robbi...

Hari ni...ana meng"UPDATE" blog yg tak sebarapa ni..
lama sudah tidak merapu di sini...
Alhamdulillah...hari ni ana nk post pasal blog ana...
Ni gambar blog baru ana..warna warni...hehe


Comel x? hehe
pedulilah apa orang nak kata yg penting ana happy...
kanak2 riang gitu...

Senyuman dalam Tangisan...=)