Tuesday, February 5, 2013

Rindu Menggamit Memori






Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua...
Alhamdulillah syukur pada Illahi kerana masih meminjamkan nyawa untuk terus bernafas & mengabdikan diri pada Illahi...
Sealawat serta Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, kerabat serta sahabat baginda...

Lama dah bersawang blog ana yang tak seberapa ini..
petang ni ana nak kenalkan kepada antum semua salah seorang kakak kesayangan ana...
Siapakah muslimat tersebut?
Beliau adalah insan yang ana sayang...Mawar Berduri...
Sentiasa tabah dalam melayari bahtera kehidupan sebagai seorang bidadari dunia..

Tanpa ana sedari, dunia ini sangat kecil..
melalui FB seorang 'sahabat sejati' ana...ana mengenali beliau..
Seorang yang lemah lembut..dan sangat penyayang pada adik2nya...
Walaupun kami tak pernah berjumpa dahulu, tapi ukhwah kami sangat kuat kerana Allah...
sehinggalah pada suatu masa..
Beliau datang menziarahi ana dgn adk (Nurfatimazurin) di KHAR...

Ana pernah kecewa dengan sahabat yang tikam dari belakang..
tapi Alhamdulillah semua itu telah diganti dengan hadirnya seorang sahabiah yang juga merangkap sebagai kakak kami berdua...


 First time bertemu sepanjang perkenalan...(Adk Zurin, Kak Lin, Ana)

Ya Allah,
Berkatilah ukhwah yang telah dibina selama ini,
Semoga ukhwah ini tidak pernah putus,
Walaupun kami berjauhan, ana harap...kami selalu hadir dalam doanya..

Ya Allah,
Andai pendapat dan pandangan kami berbeza,
Kekalkanlah ukhwah kami,
Semoga dia menjadi muslimah yang sentiasa berada di dalam redhaMU...

p/s: Jauh di mata tapi dekat di hati...=)



 

No comments:

Post a Comment