Thursday, April 28, 2011

Bicara Hati...

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ya Allah..terlebih dahulu inginku panjatkan sejuta rasa syukur kepadaMU Illahi kerana masih memberikanku masa dan peluang tuk terus menghirup udara di duniaMU yang fana ini…selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan sahabat baginda…

Sudah lama kiranya ana tak melayarkan bahtera hati di dalam blog ini…bukan kerana kesibukan masa tetapi kerana ketidaktenangan yang berlaku di dalam diri ini…namun ana tak mampu nak meluahkan segala-galanya di dalam blog ini…ana hanya mampu menceritakan sedikit suka dan duka hidup ini…selama beberapa bulan ini, ana menghadapi ujian yang sangat berat…bukan untuk menyalahkan takdir atau memarahi Allah atas sebab ana menghadapi ujian yang seberat ini…namun dalam keadaan sekarang emosi ana amat terganggu dan sekarang…ana masih lagi melawan gelombang arus hati yang semakin kencang,,..

Kadang-kadang teruji iman ini…dan kadang-kadang sakitnya hati ini…namun perasaan itu ana campak jauh kedasar laut…tidak kuharap perasaan itu datang..dan tidak kuharap perasaan itu muncul di dalam diri ini…dan ana takkan berhenti dalam perjuangan ini….bak kata “Bulan Hijau” (orang yg paling ana hormati)…sia2 pengorbanan ana selama ini andai ana kalah…dengan mengalah…Ya..insyaAllah pasti ana boleh…ana akan pegang ayat ini..”Biar rebah jangan berubah, Biar terbuang teruslah berjuang”…

Ana pun tak tahu nak post apa tuk enter kali ini…sebab, ana sendriri takda idea nak luahkan perasaan yang sudah lama terbuku di hati….ana rasa sampai sini sahaja untuk kali ini….wassalam…

No comments:

Post a Comment