Sunday, September 25, 2011

Gelombang Jiwa...


Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Tertunduk ana mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat ana, hambaNya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan yang masih punya compang-campingnya ini. Namun kurnia Allah tidak pula ada surutnya buatku yang sentiasa dihidangkan dengan laluan dan lorongan ilham hingga ana terpandu lalu terhasil bingkisan sederhana ini buat tatapan semua yang bersamaku. Alhamdulilllah, syukurku padamu Ya Allah…

Sembah salam penuh kasih sayang bersulam keampunan ana titipkan buat dua insan yang bagiku, satu bagai nyawa satu umpama jiwa yang setia menelan segala perit, menahan setiap pedih membesarkan seorang insan sehina ana di dunia ini. Namun pemergian arwah ayah sejak kecil telah membuatku begitu merindukannya…setiap yang hidup pasti akan mati..begitu juga dengan diri ana..mungkin hari ini, esok, dan bila-bila sahaja ana pun akan pergi menghadap Illahi… Kerana redhamu mama yang menjadi jambatan tuk ana melangkah setapak demi setapak merentasi bumi Tuhan dalam mencari seribu satu kerahmatan yang tiada terlihat dek mata tidak tergapai dek tangan.. Apapun, terima kasih ayah… terima kasih mama…

Sekalung budi buat insan yang muncul di celah-celah kekalutan insan-insan yang mendampingi ana saban waktu, lalu mempersembahkan rasa percaya tanpa ragu pada ana. Lantas ana berani mencipta impian dan cita-cita untuk menjadi insan yang luar biasa, yang mana sebelum ini ana sendiri belum mampu menikmati suatu impian yang pasti.. Terima kasih buat green family, keluarga LPS dan sahabat/iah ana..

No comments:

Post a Comment