Thursday, March 21, 2013

Hatiku Milik Siapa?

Assalamualaikum dan Selamat malam...
Syukur ke hadrat Illahi kerana masih boleh bernafas di muka bumi ini...
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...
Alhamdulillah...
Seronok mendengar kuliah Ustazah Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi..
Yang diadakan di Auditorium (8.00-11.00pm)

Alhamdulillah, enter pada kali ini adalah berkisarkan dengan tajuk ceramah tadi...

"HATIKU MILIK SIAPA ???"

Terasa ingin berkongsi serba ringkas tentang ceramah tersebut...
Adakah milik si dia???
Adakah milik ibu? bapa?
@ adakah milik si DIA...? Yang Maha Pencipta..???

Ustazah Fatimah Syarha ada menyatakan bahawa kita kena saling berkasih sayang...
CINTA itu tidak salah..tapi cinta itu salah bercinta itu salah andai tidak diurus dengan baik..
Biasanya, secara realiti kita dapat lihat sendiri bahawa orang yang bercinta ini...BUTA, TULI kerana tidak mahu mendengar nasihat....

CINTA juga ibarat CANGKUL...
Jika cangkul digunakan untuk tanam buah-buahan...cangkul tersebut akan jadi baik, namun andai cangkul digunakan untuk kopek pintu rumah orang...cangkul itu akan jadi tidak baik...cangkul tidak akan masuk neraka..sebab cangkul tidak salah..tetapi orang yang menggunakan cangkul itu salah kerana menggunakannya ke arah yang tidak baik....macam itulah juga CINTA.....

ISLAM adalah selari dengan FITRAH manusia...
CINTA...cinta ini boleh membentuk individu, boleh membentuk kehidupan dan juga boleh membentuk dunia..dalam berdakwah, kita seharusnya sentiasa tersenyum dan menyelitkan konsep kasih sayang agar orang yang didakwah rasa aura kasih sayang yang hadir dalam hidup kita...lebih-lebih lagi kita saudara sesama Islam...Kena ada perasaan KASIH SAYANG....

Pada Siapakah kita letakkan CINTA NO. 1 ????? Jawapannya: Satu kuasa yang paling banyak berbakti pada diri kita...siapa??? Dia adalah ALLAH SWT...

Adakah perbuatan kita sehari-hari menunjukkan cinta kita kepada ALLAH???
Bagaimanakah cara kita mendekatkan diri pada si dia???
Adakah lebih si "dia" daripada si "DIA"...tanya diri anda...

Tunjukkanlah perasaan cinta kita kepada ALLAH dengan;
-Dekatkan diri kepada ALLAH...
-Banyakkan amalan- solat sunat, baca al-Quran
-Dekatkan diri dengan rumah ALLAH..

Cinta ALLAH yang UTAMA & yang PERTAMA...
kerana tanpa kita minta ALLAH beri apa yang kita tak minta...malah apa yang kita minta pun ALLAH akan beri...cuma cepat atau lambat sahaja...tapi kalau kita minta dengan manusia..kali pertama dia beri, kali kedua beri, nanti kali ketiga mungkin dia takkan beri dah pada kita...

CINTA yang berlandaskan NAFSU akan menyebabkan kita selangkah ke NERAKA... 
Anda mahu hal itu berlaku pada diri anda??? Fikir-fikirkan...peringatan untuk diri ana juga...

Adakah hubungan yang SPECIAL dengan Allah...inshaaAllah, kita akan rasa sangat CINTA pada Allah...

Bagaimana perasaan kita kalau Ipad kita hilang??? Rasa gusar, gelisah dan jadi tak menentu kan??? Tapi bagaimana andai kalau sesaat kita tak ingat ALLAH??? So, sama-samalah kita didik diri untuk mencintai Allah...

Air....*** akan dipengaruhi oleh kawasan sekeliling (molekul2 air akan berubah).
Air dalam badan kita,,,*** akan bergantung pada diri kita...kalau kita suka mengumpat, mengata, menyumpah dll maka molekul air takkan cantik malah akan berserabut..tetapi andai kita berkata dengan perkataan yang elok-elok...molekul air akan berubah dan cantik,,..maka sama-samalah kita insafkan diri....
Biar lidah cakap yang baik-baik sahaja...baikkan diri dan tegur kawan supaya menjadi baik....

in shaa Allah...perkongsian ana tidak sampai di sini sahaja...ia akan bersambung... Semoga sama-sama mendapat manfaat daripada perkongsia yang serba ringkas ini....
Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment