Friday, May 11, 2012

Andainya...



Andainya lelaki tahu, dalam hati seorang perempuan
Ada naluri untuk di sayangi,
Ada rasa untuk di beri perhatian,
Ada rasa untuk di dengari keluh kesahnya,
Ada waktu-waktu minta di temani kesedihannya,


Andainya lelaki tahu rajuk seorang perempuan minta di pujuk,

Marah seorang perempuan perlu di dekati,
Sedih seorang perempuan perlu di dengari,
Gembira seorang perempuan ingin di kongsi,



Andai lelaki tahu di sebalik seribu satu rasa itu

Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk di manjai,
Bukan jua untuk di tatang bagai minyak yang penuh,
Hanya perlu sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu wujud walau di saat jauh,



Kerana andai lelaki tahu hati ini akan sentiasa bertanya

Wujudkah cinta itu di hati lelaki??????
Bila saat jauh tanpa perkhabaran??????



Sayangilah seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang,

Bukan atas dasar siapa dirinya sebelum ini,
Cintailah seseorang itu kerana hatinya,
Bukan paras rupa semata2...


p/s: Tetiba je ni...huhu...jiwang karat...ngeh3...suka hatilah..blog ana...takda kaitan antara yang hidup ataupun yang dah mati..huhu ( RINDU AYAH..='( )



Bahagiakan Hati


Belajar Untuk Memahami Agar Difahami....

Belajar Untuk Menyayangi Agar Disayangi...

Semester Dua Sesi 2011/2012


Moga diberi kekuatan oleh Allah...

Dah Minggu "Pecutan Terakhir" tapi banyak tugasan lagi yang tak siap...

1. Ulasan Kajian (Week 11)

2. Draf Proposal & Proposal Penuh (Week 11)

3. Asia Timur Abad 20 (Analisakan krisis di antara Jepun & Rusia & Kesannya ke atas Korea & Manchuria) -    Bentang lah.......(Week 12)

4. Artikel Asia Tenggara Abad 20 (Week 11)

5. Makroteaching (Week 12)

6. Refleksi Makro & Mikro (Week12)

7. Submit all tutorial eko math (Week 12)

8. Kajian Tindakan (Week 13)

Mid Term

1. Eko Math (Week 12)
2. Asia Timur Abad-20 (Week 12)
3. Eko Islam (Week 12)

Exam

05/06            Eko Math

07/06            Asia Timur Abad-20

08/06            Eko Islam

12/06            Penyelidikan & Penulisan Sejarah

15/06            Asia Tenggara Abad-19


Moga Dipermudahkan Semua...semester yang amat berat....Alhamdulillah syukur atas kerja yang banyak...mengajar ana belajar mengawal hati dan perasaan...menguji kesabaran dan kekentalan diri ana sendiri....chaiyok3!!!...minggu kritikal....

Rindu Yang Terpendam


Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…
Syukur Alhamdulillah pada Illahi
atas nyawa yang masih dipinjamkan...
atas nikmat Iman dan Islam...
Moga matiku juga kelak dalam Iman

Tika orang lain sibuk dibuai mimpi..ana masih celik pada malam hari...
Teringat kata-kata ex-roomate ana dulu..

Kak: Adk ni...tak sah klu xlewat tdo...mcm brung hantu...
Ana: masih mampu tersenyum...hehe
Kak: Tapi, bgus juga ada teman akak bercengkang mata menyiapkan tesis...
Ana: "Kan? Ada hikmah mata tak tdo awal" hehe

Lama tak menghubunginya...
Tadi sempat "Chatting" dengannya...
Walaupun sekejap tetapi terubat rindu denganya...

Di sini ana tertarik untuk berkongsi dan memetik dari pesanannya kat wall FBnya...:
1.
Inginku berpesan pada adik2 yang masih di bumi Universiti Pentarbiyah Syuhada2 Islam (UPSI), hadirkan dirimu dalam majlis ilmu terutamanya dalam kuliah tauhid, fikh.Tiada masalah nak jd perawat islam namun jgn terlalu leka. Teringat pada pesanan ust yusri mazlan selepas brmuzakarah kitab dgn beliau, katanya, gangguan tu ibarat anjing y menyalak. Kalu kita ikut menyalak, makanya anjing tu pun akan makin kuat salakan.Pengalaman kak dalam merawat, setiap kali nak pegi bukit bujang, pasti ada yg kene gangguan.bila kak soal pd bdk y tgh kerasukan,katanya, dia tak bg kak pegi kuliah krn akan meningkatkan kekuatan dalaman.Jadi, kak harap sgt,hati2 dalam rawatan islam.
2.
Sekadar berkongsi pesanan salah seorg mudir, dalam fatrah bertunang, muslimat cuba jadi garang dan tegas skit dgn tunang. Tak yah tunjukkan bahawa awk ni ibarat bakal isterinya.
 
Pertama: 
- Ana bersetuju dengan pendapatnya...dan ana suka akan analogi "gangguan tu ibarat anjing y menyalak. Kalu kita ikut menyalak, makanya anjing tu pun akan makin kuat salakan."...insyaAllah ana akan ambil sebagai contoh dan kuatkan diri untuk terus berjaya meraih redhaNYA tanpa gangguan mereka..insyaAllah...tiada yang mustahil dalam dunia ini...kerana semua yang terjadi datang dariNYA...
Kedua:
- Ini ana tujukan pada diri ana, sahabiah2 yang lain tak kiralah yang dah bertunang atau belum...renungkanlah dan fahamilah makna yang tersirat darinya...insyaAllah, buat perlahan2...pasti akan berjaya. Kerana ana pernah mendengar dari seorang ustaz katanya manusia ni seperti kapal terbang...kapal terbang yang ingin berlepas memerlukan banyak tenaga...begitu juga dengan manusia yang ingin berubah...perlukan kekuatan dan kecekalan hati yang sangat kuat untuk berubah...maka mohonlah kekuatan itu daripadaNYA...insyaAllah pasti akan berjaya...
 
p/s: Syukran jazilan buat ukhtiku syg atas perkongsian bersama...

Konvo Dunia Semata-mata



Bismillah dan Alhamdulillah pembuka bicara,
Selesai dan selamat dengan izin Allah,
Sujud syukurku kepadaNYA,
Atas nikmat Iman dan Islam yang diberikan olehNYA,

Akhirnya masa telah tiba,
Detik yang ditunggu2 olehnya,
Sebagai simbol tamat sudah ijazahnya,
Namun tidak bererti tamat pula pencarian ilmunya,

Ijazah ini hanya di dunia semata-mata,
Gembira namun masih berfikir juga,
Bagaimana ijazah akhirat pula,
Adakah mampu memperolehinya dengan mudah,?

Ana juga ikut tumpang gembira,
Melihat senyumannya,
Walaupun tersembunyi kedukaannya,
Sekurang-kurangnya dia mampu ceria,

Alangkah gembiranya dia,
Kak Ngah & Uminya datang melihatnya,
Umi yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya,
Serta kasih sayang yang tidak ada bandingnya,

Walaupun abahnya telah tiada,
Janganlah dikau mudah berduka,
Kerana dikau telah buktikannya,
Dikau anak yang berguna pada keluarga,

Dia pernah berkata,
Jangan terlalu gembira sehingga terleka,
Takut tak lepas "Konvo Akhirat" pula,
Membuat ana setuju dengan kata-katanya,

Ana sentiasa doakannya,
Moga dirinya sentiasa berada di dalam lindunganNYA,
Kerana ana yakin padaNYA,
Semua yang terjadi ada hikmahnya,

Jadi, dikau jangan berduka,
Sekiranya dugaan dan ujian sering melanda,
Redha dan sabarlah menghadapinya,
Kerana itu tanda kasih sayangNYA...

P/s: Ikhlas dari adik buat insan yang dihormati...



Saturday, May 5, 2012

Kesibukan melanda

Assalamualaikum warahmatullah...

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…

Lama rasanya ana tak edit blog yang x seberapa ini...
Bukan sebab malas nak edit tetapi asbab kekangan masa program2 yang ana ikuti 
untuk semester ini...

Alhamdulillah ... Alhamdulillah.... Alhamdulillah….Syukur pada Allah, syukur segala nikmat, syukur kerana masih dipinjamkan nyawa tuk terus bernafas dibumi Allah yang sungguh indah ini..namun akibat kerakusan manusia bumi Allah hampir dihancurkan oleh tangan-tangan makhlukNYA yang tidak bertanggungjawab..

Semester ini merupakan semester yang sangat sibuk...
Mikroteaching, Makroteaching, Kajian Tindakan, Proposal, Midterm, Dan Tugasan2 lain terlalu banyak...
Namun, insyaAllah semua pasti akan ana cuba siapkan 

Dalam sibuk membuat tugasan, tetiba teringat untuk mengedit blog ni..
Blog ni teman di kala suka dan duka sewaktu masa dulu...
Kini, ia agak terbiar...insyaAllah ada masa nanti hajat di hati ingin meng"update" dirinya..
Harap bersabar ye..wahai blog...hehe

Nak tau...semester ini hajat ana untuk memijak rumput/padang semula tercapai..
Walaupun bukannya seluas padang sekolah dahulu
Akan tetapi ia memberi seribu erti buat ana...

Teringat kenangan lalu sewaktu di bangku sekolah..
Masa banyak dihabiskan di padang...
Akademik & Olahraga terpaksa diseimbangkan...
Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar...

Dan kini...ana masuk Seni Mempertahankan Diri..
Warisan & Budaya Melayu...
Setiap kali latihan terasa letih tetapi....
Fuyyyyyoooooooo....berbaloi...=)

Silat Cekak Malaysia Terbaik!!!

Hatiku berkembang seperti bunga yang mekar...Allahurobbi...

Tuesday, October 11, 2011

Sekeping DOA buatmu...yang bernama muslimin yang bakal menjadi IMAMku..


YA RABBI Aku berdoa utk seorang muslimin, yg akan menjadi sebahagian daripada hidupku...
Seorang muslimin yg sungguh mencintaiMu lebih dari segala sesuatu...
Seorang muslimin yg akan meletakkanku pd kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau...
Seorang muslimin yg hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untukMu...
Seorang muslimin yg mempunyai sekeping hati yg sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu...
Seorang muslimin yg mengetahui bg siapa dan utk apa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia...
Seorang muslimin yg memiliki hati yg bijak bukan hanya sekadar otak yg cerdas...
Seorang muslimin yg tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku...
Seorang muslimin yg tidak hanya memujaku tetapi dpt juga menasihati ketika aku berbuat salah...
Seorang muslimin yg mencintaiku bukan kerana kecantikanku tetapi kerana hatiku...
Seorang muslimin yg dapat menjadi sahabat terbaikku dalam tiap waktu dan situasi...
Seorang muslimin yg dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya...
Seorang muslimin yg memerlukan sokonganku sebagai peneguhnya...
Seorang muslimin yg memerlukan doaku utk kehidupannya...
Seorang muslimin yg memerlukan diriku utk membuat hidupnya menjadi sempurna...

Dan aku memohon ya ALLAH
Berikan aku sekeping hati yg sungguh mencintaiMu, sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu, bukan mencintainya dengan sekadar cintaku,berikn kpdku tgn supya aku mampu berdoa untuknya,kurniakn aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu dan pemberi semangat kepadanya AMIN YA RABBAL ALAMIN...