Friday, May 11, 2012

Rindu Yang Terpendam


Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…
Syukur Alhamdulillah pada Illahi
atas nyawa yang masih dipinjamkan...
atas nikmat Iman dan Islam...
Moga matiku juga kelak dalam Iman

Tika orang lain sibuk dibuai mimpi..ana masih celik pada malam hari...
Teringat kata-kata ex-roomate ana dulu..

Kak: Adk ni...tak sah klu xlewat tdo...mcm brung hantu...
Ana: masih mampu tersenyum...hehe
Kak: Tapi, bgus juga ada teman akak bercengkang mata menyiapkan tesis...
Ana: "Kan? Ada hikmah mata tak tdo awal" hehe

Lama tak menghubunginya...
Tadi sempat "Chatting" dengannya...
Walaupun sekejap tetapi terubat rindu denganya...

Di sini ana tertarik untuk berkongsi dan memetik dari pesanannya kat wall FBnya...:
1.
Inginku berpesan pada adik2 yang masih di bumi Universiti Pentarbiyah Syuhada2 Islam (UPSI), hadirkan dirimu dalam majlis ilmu terutamanya dalam kuliah tauhid, fikh.Tiada masalah nak jd perawat islam namun jgn terlalu leka. Teringat pada pesanan ust yusri mazlan selepas brmuzakarah kitab dgn beliau, katanya, gangguan tu ibarat anjing y menyalak. Kalu kita ikut menyalak, makanya anjing tu pun akan makin kuat salakan.Pengalaman kak dalam merawat, setiap kali nak pegi bukit bujang, pasti ada yg kene gangguan.bila kak soal pd bdk y tgh kerasukan,katanya, dia tak bg kak pegi kuliah krn akan meningkatkan kekuatan dalaman.Jadi, kak harap sgt,hati2 dalam rawatan islam.
2.
Sekadar berkongsi pesanan salah seorg mudir, dalam fatrah bertunang, muslimat cuba jadi garang dan tegas skit dgn tunang. Tak yah tunjukkan bahawa awk ni ibarat bakal isterinya.
 
Pertama: 
- Ana bersetuju dengan pendapatnya...dan ana suka akan analogi "gangguan tu ibarat anjing y menyalak. Kalu kita ikut menyalak, makanya anjing tu pun akan makin kuat salakan."...insyaAllah ana akan ambil sebagai contoh dan kuatkan diri untuk terus berjaya meraih redhaNYA tanpa gangguan mereka..insyaAllah...tiada yang mustahil dalam dunia ini...kerana semua yang terjadi datang dariNYA...
Kedua:
- Ini ana tujukan pada diri ana, sahabiah2 yang lain tak kiralah yang dah bertunang atau belum...renungkanlah dan fahamilah makna yang tersirat darinya...insyaAllah, buat perlahan2...pasti akan berjaya. Kerana ana pernah mendengar dari seorang ustaz katanya manusia ni seperti kapal terbang...kapal terbang yang ingin berlepas memerlukan banyak tenaga...begitu juga dengan manusia yang ingin berubah...perlukan kekuatan dan kecekalan hati yang sangat kuat untuk berubah...maka mohonlah kekuatan itu daripadaNYA...insyaAllah pasti akan berjaya...
 
p/s: Syukran jazilan buat ukhtiku syg atas perkongsian bersama...

No comments:

Post a Comment