Friday, May 11, 2012

Konvo Dunia Semata-mata



Bismillah dan Alhamdulillah pembuka bicara,
Selesai dan selamat dengan izin Allah,
Sujud syukurku kepadaNYA,
Atas nikmat Iman dan Islam yang diberikan olehNYA,

Akhirnya masa telah tiba,
Detik yang ditunggu2 olehnya,
Sebagai simbol tamat sudah ijazahnya,
Namun tidak bererti tamat pula pencarian ilmunya,

Ijazah ini hanya di dunia semata-mata,
Gembira namun masih berfikir juga,
Bagaimana ijazah akhirat pula,
Adakah mampu memperolehinya dengan mudah,?

Ana juga ikut tumpang gembira,
Melihat senyumannya,
Walaupun tersembunyi kedukaannya,
Sekurang-kurangnya dia mampu ceria,

Alangkah gembiranya dia,
Kak Ngah & Uminya datang melihatnya,
Umi yang sentiasa memberi dorongan dan semangat kepadanya,
Serta kasih sayang yang tidak ada bandingnya,

Walaupun abahnya telah tiada,
Janganlah dikau mudah berduka,
Kerana dikau telah buktikannya,
Dikau anak yang berguna pada keluarga,

Dia pernah berkata,
Jangan terlalu gembira sehingga terleka,
Takut tak lepas "Konvo Akhirat" pula,
Membuat ana setuju dengan kata-katanya,

Ana sentiasa doakannya,
Moga dirinya sentiasa berada di dalam lindunganNYA,
Kerana ana yakin padaNYA,
Semua yang terjadi ada hikmahnya,

Jadi, dikau jangan berduka,
Sekiranya dugaan dan ujian sering melanda,
Redha dan sabarlah menghadapinya,
Kerana itu tanda kasih sayangNYA...

P/s: Ikhlas dari adik buat insan yang dihormati...



No comments:

Post a Comment