Friday, May 11, 2012

Setia pada "dia"...kerana Allah kutemui "dia"...



Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…
Syukur Alhamdulillah pada Illahi
atas nyawa yang masih dipinjamkan...
atas nikmat Iman dan Islam...
Moga matiku juga kelak dalam Iman 
Seronok rasanya buat tugasan pada hari ini..
Alhamdulillah...
Namun, tiba2 terdetik nak cerita pasal..."dia"
Hanya luahan seorang muslimah...
 Persoalan yang sering ditanya oleh muslimat lain : "Bagaimana anda maintain perasaan cinta anda kepada orang yang anda cintai? Sebab saya asyik tak kekal dalam mencintai seseorang. Wujud perasaan cinta, kemudian tidak lama lepas itu, hilang."

Hendak maintain perasaan cinta ini,
pada ana kenalah ada reason yang kuat, mengapa kita mencintai si dia.

Kalau sekadar sebab dia kacak,
nanti bila kita terjumpa yang lebih kacak,
atau bila kita terfikir: "Kalau ada yang lebih kacak?"
maka cinta kita dengan mudahnya mengendur.

Kalau sekadar kerana dia berharta,
nanti bila kita berjumpa yang lebih berharta,
atau bila kita terfikir: "Kalau nanti terjumpa yang lebih berharta?"
maka cinta kita dengan mudahnya mengendur.

Cintalah seseorang itu kerana dia adalah dia.

Mungkin asasnya kita cari yang beragama,
yang wajahnya menyenangkan,
yang punya harta,
dan dari keturunan yang baik. 
(bukan hanya untuk memilih seorang isteri tetapi boleh juga memilih untuk seorang suami)

Namun bila sudah memilih untuk mencintai,
maka letaklah satu 'pemberat' yang membuatkan dia lebih istimewa daripada yang lain, yang wujud di atas muka bumi ini.

----------------------------------------------------
Pemberat ana kepada lelaki yang ana cintai adalah:
"Sebab dia sederhana. Sederhana dia itu pula just nice."

So, lebih sederhana dari sederhana dia ni ana tak berapa berkenan.
Kurang sederhana dari sederhana dia ini pun ana tak berapa berkenan.

Sederhana lelaki yang ana cintai itu macam kadar oksigen untuk bumi ini. 21% yang just nice untuk Bumi dan kehidupannya. Lebih 1% bumi terbakar. Kurang 1% bumi dan kehidupannya tidak akan dapat hidup.(apa ana merepek ni? huhu)

So, ana kekal mengingatkan diri ana akan perkara ini, membuatkan ana kekal mencintainya. Tidak memandang kepada yang lain, walau mungkin ada yang 'lebih' segala bagai dari lelaki yang ana cintai. Sebab saya tidak perlukan 'lebih' atau 'kurang'. Saya perlukan 'just nice'. Macam itulah. ^^

Hinggalah nanti kalau Allah izin - ana minta jauh - perasaan itu hilang.
Sebab itu, selepas bertunang dengan dia, ana sentiasa berdoa untuk perasaan ini kekal, dan mohon agar kami ini disatukan.
Kerana di tangan Allah SWT jugalah perasaan ini berjalan.
^^
p/s:  Semua ini hanya pendapat ana...segala yang di atas tiada kaitan dengan ana terutama ayat yang berwarna merah...just pendapat...cintaku selain Allah & Rasul hanyalah untuk Zauj tercinta....=) (tp blum ditemui zauj yg sentiasa bersembunyi...mungkinkah di dunia ini..ataupun di akhirat kelak ana menemuinya..hanya Allah lebih mengetahui..hehe

Tinta Hati Seorang Hamba


 Hati Yang Sedih Jangan Dibiarkan Ia Berterusan...Senyumlah Wahai Diri Melalui Hati Yang Tabah...
HAri yang penuh menyentuh perasaan... ana ingin berkongsi bersama anda semua tentang suatu artikel yang mampu memberi kesedaran pada diri kita semua.. insyaAllah..
Seorang lelaki yang sedang mengembara bertemu dengan seorang rakannya yang juga seorang pengembara kambing di sebuah desa. Lalu dia pun bertanya;
Cuaca macammana yang akan kita tempuhi pada hari ini?
Rakan tersenyum lalu menjawab;
Oh..cuaca yang saya suka!
Pengembara terpinga-pinga
Macammana saudara tahu cuaca hari ini adalah cuaca yang saudara suka?
Jawab rakannya
Dulu ana suka cuaca cerah. Tapi ana dapati hari-hari yang kita lalui bukan sentiasa cerah seperti yang ana inginkan. Tapi perlukah ana terus membenci hujan? Ribut? Mendung? Dari situ ana belajar supaya suka dengan apa yang ana perolehi. Ana masih sukakan hari yang cerah, tapi ana juga sukakan hari hujan, mendung, rebut, berangin..semua punya keindahan dan keistimewaannya yang tersendiri.
Kesimpulan, lebih baik kita menghargai setiap apa yang kita lalui samaada ianya indah ataupun tidak kerana setiap sesuatu kejadian itu tetap ada indahnya. InsyaAllah...
Entah mengapa malam ni....banyak idea yang terkeluar...akhirnya semua entry dapat di post...Alhamdulillah.... 
Cukuplah untuk malam/awal pagi ni...jum tidur untuk bangun Qiamullail...
Amalan yang sikit lebih baik jika dilakukan secara istiqamah...ber"dating" dengan Allah...moga impian & hajat terlaksana....ikhlaskan hati....
Moga Ketenangan menjadi Benteng dalam diri...InsyaAllah...jumpa lagi pada post yang seterusnya....moga kalian dirahmati Allah...  zzzZZZZ

Mencari Redha Allah...



 Alhamdulillah... diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu pada pagi  nie... moga catatan hari ini memberi manfaat kepada semua pembaca.... Dua tiga hari nie.. tak dapt dinafikan hati ana nie serabut.. erk memikirkan tentang proposal, tentang mid term .. dan macam2 lagi la kan..... Entah lah.. semoga segalanya berjalan dengan lancar... teringat nasihat seorang akak ... Apa2 yang kita buat ingat Allah .. doa byk2.. minta pada Allah.. yess.. itulah yang ana lakukan.. berserah segalanya pada yang Esa....Kadang2 waktu kite lemah nie lah..kite perlu cr seseorang yang boleh beri semangat.. supaya kita tak terus hanyut.. Tq pada kak  diatas nasihat yang cukup bermakna dan juga perkongsian pengalaman ... (^_^)
Jom..kita muhasabah diri kite balik.. antara cara terbaik yang kita boleh lakukan...
01.
Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.
02.
Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.
03.
Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.
04.
Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.
05.
Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.
06.
Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri. Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.
Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah, biiznillah.
Doakan moga kita berjaya bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..aameen.

Ingat


 
 
 
 
~♥~ Lelaki soleh hanya tenang menanti si dia (kamu) , berubah menjadi

solehah sedikit demi sedikit. ~♥~


~♥> Mengapa gelisah dan putus asa? "Aku tak layak dapat dia yang


soleh.." Optimislah! Semua diberi peluang dan masa untuk berubah.


Ubahlah ! Akhirnya si dia yang kamu dambakan mampu kamu miliki jua


suatu hari nanti. Yakin pada diri dan imanmu. Sandar pada Tuhanmu


<♥~

✿~ Jodoh yang didamba mampu kau gapai dari tahajjud ~✿
InsyaAllah (n_n)
 
 

Nikmatnya Akan Datang...


 
 
"Penantian satu ujian, penantian satu renungan, penantian satu kesyukuran, penantian bukti kecintaan."

mencari dan terus mencari cinta ilahi...

Tika dlm mencari redha Allah... telah ku temui sebutir mutiara yang bisa menjadikan aku sebutir permata yang berharga... moga redha ALLAH sentiasa mengiringi segala apa yang dirancang....

Biarkan apa yang diharap menjadi kenyataan.. bukan sekadar anganan indah disiag hari... Kita masih banyak masa... masa yang digunakan untuk mengubah kearah kebaikkan.. bukan berubah untuk menjadi malaikat tetapi berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik...

kita merancang dan Allah menentukan..
Dan sebab itu perhubungan ini perlu dijaga mengikut syariaat yang betul tanpa sebarang perlakuan yang dimurkai Allah...

Dalam mimpi ingin menjadi seperti Ainul Mardhiyah..
setia menantikan hadirnya seoarang kekasih...

Terkesima membaca kisah Faitimah syarhah...
membina baitul muslim yang penuh indah....
batasannya cukup terjaga...
tidak pernah berhubung.. tidak pernah bersua muka..
sehingga tibanya detik bersejarah itu....

kunci nya adlah..

Sabar dan Setia pada yang satu itu...
 
 

Di Sebalik Diam Itu...

 
 
Dalam buku "Detik² Hidupku Hassan al-Banna":

‘Imam Hassan Al-Banna m'yampaikan ceramah m'genai al-Quran pd setiap hari Rabu di kwsn ‘Al Hilmiyah’. Pernah seorang pemuda m'gemukakan 1 soalan yg menarik:

"Adakah B'CINTA itu halal atau haram?"

Hassan Al-Banna t'senyum lama & kemudian m'jawab:

"Cinta yg halal itu halal & cinta yg haram itu haram."

p/s:
¸.•❤ Sukar utk m'cari dirimu krn dirimu bagaikan permata b'nilai di antara ribuan kaca m'yilau. Tp, aku pasti jika namamu yg t'tulis di Luh Mahfuz utk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dr dlm diri kita..

¸.•❤ Ya Allah,
Kurniailah aku cintaMu..... cinta org yg cinta kepadaMu....cinta org yg cinta kpd org yg boleh hampir kepadaMu & jadikan cinta t'hadap Engkau (Ya Allah) t'lebih aku cintai drpd air yg sejuk...
Ya Allah..
Jiwaku lemah...dengan ujian-Mu.. Tuntunkan hatiku dalam MENCARI redha-Mu... ☆

 
Sabar dan setia pada yany satu itu..InsyaAllah.. hubungan ini akan terjaga selagi

mana kita menjaga hubungan dengan Allah..

**A journey towards being a better muslim**
 
 
 
 
 
★•.•´¯`•.•★ 10 NASIHAT UNTUK ORANG YANG BERCINTA ★•.•´¯`•.•★

★═══════ ●❤● ═════...══★★═══════ ●❤● ═══════★★

Assalamualaikum wahai perindu syurga dengarlah pesananan ini ~>

Mencari Mardhotillah.....
...
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

✿~ Selamat Bercinta Sampai ke SYURGA ~✿
^_^
~ same2lah kite berMUHASABAH..