Friday, May 11, 2012

Setia pada "dia"...kerana Allah kutemui "dia"...



Assalamualaikum warahmatullah...
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…
Syukur Alhamdulillah pada Illahi
atas nyawa yang masih dipinjamkan...
atas nikmat Iman dan Islam...
Moga matiku juga kelak dalam Iman 
Seronok rasanya buat tugasan pada hari ini..
Alhamdulillah...
Namun, tiba2 terdetik nak cerita pasal..."dia"
Hanya luahan seorang muslimah...
 Persoalan yang sering ditanya oleh muslimat lain : "Bagaimana anda maintain perasaan cinta anda kepada orang yang anda cintai? Sebab saya asyik tak kekal dalam mencintai seseorang. Wujud perasaan cinta, kemudian tidak lama lepas itu, hilang."

Hendak maintain perasaan cinta ini,
pada ana kenalah ada reason yang kuat, mengapa kita mencintai si dia.

Kalau sekadar sebab dia kacak,
nanti bila kita terjumpa yang lebih kacak,
atau bila kita terfikir: "Kalau ada yang lebih kacak?"
maka cinta kita dengan mudahnya mengendur.

Kalau sekadar kerana dia berharta,
nanti bila kita berjumpa yang lebih berharta,
atau bila kita terfikir: "Kalau nanti terjumpa yang lebih berharta?"
maka cinta kita dengan mudahnya mengendur.

Cintalah seseorang itu kerana dia adalah dia.

Mungkin asasnya kita cari yang beragama,
yang wajahnya menyenangkan,
yang punya harta,
dan dari keturunan yang baik. 
(bukan hanya untuk memilih seorang isteri tetapi boleh juga memilih untuk seorang suami)

Namun bila sudah memilih untuk mencintai,
maka letaklah satu 'pemberat' yang membuatkan dia lebih istimewa daripada yang lain, yang wujud di atas muka bumi ini.

----------------------------------------------------
Pemberat ana kepada lelaki yang ana cintai adalah:
"Sebab dia sederhana. Sederhana dia itu pula just nice."

So, lebih sederhana dari sederhana dia ni ana tak berapa berkenan.
Kurang sederhana dari sederhana dia ini pun ana tak berapa berkenan.

Sederhana lelaki yang ana cintai itu macam kadar oksigen untuk bumi ini. 21% yang just nice untuk Bumi dan kehidupannya. Lebih 1% bumi terbakar. Kurang 1% bumi dan kehidupannya tidak akan dapat hidup.(apa ana merepek ni? huhu)

So, ana kekal mengingatkan diri ana akan perkara ini, membuatkan ana kekal mencintainya. Tidak memandang kepada yang lain, walau mungkin ada yang 'lebih' segala bagai dari lelaki yang ana cintai. Sebab saya tidak perlukan 'lebih' atau 'kurang'. Saya perlukan 'just nice'. Macam itulah. ^^

Hinggalah nanti kalau Allah izin - ana minta jauh - perasaan itu hilang.
Sebab itu, selepas bertunang dengan dia, ana sentiasa berdoa untuk perasaan ini kekal, dan mohon agar kami ini disatukan.
Kerana di tangan Allah SWT jugalah perasaan ini berjalan.
^^
p/s:  Semua ini hanya pendapat ana...segala yang di atas tiada kaitan dengan ana terutama ayat yang berwarna merah...just pendapat...cintaku selain Allah & Rasul hanyalah untuk Zauj tercinta....=) (tp blum ditemui zauj yg sentiasa bersembunyi...mungkinkah di dunia ini..ataupun di akhirat kelak ana menemuinya..hanya Allah lebih mengetahui..hehe

No comments:

Post a Comment