Friday, May 11, 2012

Mencari Redha Allah...



 Alhamdulillah... diberi kesempatan untuk berkongsi sesuatu pada pagi  nie... moga catatan hari ini memberi manfaat kepada semua pembaca.... Dua tiga hari nie.. tak dapt dinafikan hati ana nie serabut.. erk memikirkan tentang proposal, tentang mid term .. dan macam2 lagi la kan..... Entah lah.. semoga segalanya berjalan dengan lancar... teringat nasihat seorang akak ... Apa2 yang kita buat ingat Allah .. doa byk2.. minta pada Allah.. yess.. itulah yang ana lakukan.. berserah segalanya pada yang Esa....Kadang2 waktu kite lemah nie lah..kite perlu cr seseorang yang boleh beri semangat.. supaya kita tak terus hanyut.. Tq pada kak  diatas nasihat yang cukup bermakna dan juga perkongsian pengalaman ... (^_^)
Jom..kita muhasabah diri kite balik.. antara cara terbaik yang kita boleh lakukan...
01.
Mengingati mati. Ini cara terbaik untuk bermuhasabah. Mengingatkan diri tentang kematian yang pasti terjadi membantu kita mengkoreksi diri. Secara tidak langsung menjadi pendorong untuk kita menambah amal kebaikan.
02.
Mengingati kelemahan diri. Dengan kita menilai kelemahan diri kita secara tidak langsung membantu dalam memperbaiki kelemahan diri. Cara lain ialah dengan menukar kelemahan itu menjadi kekuatan. Sebagai contoh kita cuba kurangkan sifat suka berkata perkara-perkara lagha dengan berzikir, mungkin nampak jauh sangat perbezaannya, namun andai cuba diamalkan, InsyaAllah akan jadi kekuatan akhirnya.
03.
Tidak membesarkan kekurangan orang lain. Janganlah dibesar-besarkan kekurangan orang lain kerana hakikatnya Allah menutup-nutup kekurangan kita. Andai kita menutup kelemahan orang lain, Allah akan melindungkan kelemahan kita.
04.
Menjadikan kebaikan orang sebagai kayu ukur untuk kita. Dalam hal amalan kebaikan, amatlah wajar untuk kita meniru orang lain. Jadikan ia sebagai penanda aras untuk kita dan letakkan sasaran untuk menjadi yang lebih baik dari orang lain.
05.
Menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan utama. Sangat jelas bahawa Nabi junjungan mulia contoh terbaik buat kita. Mulakan dengan mengamalkan perkara-perkara yang menjadi sunnah baginda.
06.
Berdoa sebanyak-banyaknya agar Allah mudahkan kita untuk berubah dan memperbaiki diri. Allah yang memegang hati kita dan Dia jugalah mampu membuka hati kita untuk suka kepada kebaikan dan membenci kejahatan. Hidayah itu milik-Nya jua.
Sahabat-sahabatku, marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah, biiznillah.
Doakan moga kita berjaya bermujahadah ke arah kebaikan dan kekal istiqamah dalam beramal..aameen.

No comments:

Post a Comment