Monday, September 26, 2011

"Alah bisa, tegal biasa.."


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…dengan lafaz “bismillah..” jari jemari hamba Allah yang dhaif ini mula mengukir sebuah cerita suka dan duka seorang pelajar yang bergelar muslimah…


Disaat jiwa dalam keadaan gundah..terdetik di hati untuk melayarkan bahtera hati kat dalam blog ini…walaupun entry pada kali ini hanyalah secebis dari perasaan hati ana namun harap ia menjadi renungan dan pengajaran buat diri kita semua…Hari ini dengan perasaan bersemangat ku melangkah menyusuri hari-hari yang penuh onak dan duri…walaupun pada awalnya rasa malas menjadi teman hamba Allah yang hina ini…namun kaki tetap melangkah dan terus melangkah ke kelas…akan tetapi kelas pada pagi ini telah dibatalkan malah urusan add-drop juga terpaksa ditangguhkan pada petang ini atas sebab-sebab tertentu.…fikiran pun dalam keadaan berserabut dan rasa tidak tahu mahu buat apa pada hari ini…lagipun badan ini masih letih akibat aktiviti yang ana lalui semalam…jadi tidak sempat mencipta sebuah harapan tuk hari ini agar jalan yang ana lalui tidak terpesong menjauhi diriNYA…Maha Pencipta Sekalian Alam…


Dalam keadaan tidak dirancang, kaki melangkah dan terus melangkah…hati hanya mengikut kaki menuju ke destinasi yang dicari…tak ana sangka kaki sampai ke destinasinya iaitu sebuah gedung ilmu (buat pengetahuan antum/na hari ini bermulanya pesta buku di perpustakaan tempat pengajian ana)…tiba-tiba, teringat kenangan bersama seorang roommate ana sewaktu berada di semester tiga juga merangkap sebagai Da’ie dan kakak kesayangan ana…beliau berkata,”dik, ilmu amat penting pada kita…malas macam mana pun kita, kita kena lawan..tuntutlah ilmu Allah Yang Luas ini sebanyak mungkin.” Ya Allah, hanya Engkau yang lebih mengerti dan mengetahui apa yang ana rasakan pada saat ini…rindu yang teramat pada dirinya…sumber kekuatan pada diri ini…walaupun secara jujurnya jarang berkongsi rasa dengan dirinya namun belaian kasih sayangnya membuat diri ana begitu berharga…


Beliau juga pernah berkata tentang seorang sahabat..banyak yang ana dapat dari cerita seorang sahabat yang telah diceritakan oleh kakak kesayangan ana ini…namun Allah s.w.t lebih menyayanginya kerana sahabat tersebut telah kembali ke rahmatullah dijemput Illahi…ana doakan agar sahabat tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman…AL-FATIHAH….Allahumma Amin3x.. (Jangan kata al-Fatihah je tau, doakan sekali..syukran=))… Apa yang ana dapat dari cerita beliau, arwah sahabat tersebut banyak diam dan berfikir kebesaran Allah, mencintai Allah dari segalanya…istiqamah berkhalwat…tenang…agak menjaga…makan ala kadar…sayangkan amalan dan ilmu dan yang paling penting ana nak highlightkan di sini sahabat tersebut banyak menggunakan duit untuk ilmu tak kiralah dalam keadaan senang atau susah…mula dari saat itu,ana dapat banyak hikmah daripada cerita tersebut..(opssss….banyak dah ana melalut…suka hati analahkan..ini blog ana…suka hati analah nak kata apa….asif..takpa mari teruskan cerita..=))


…………….Ni mud gembira sikit, sebab hari ini ana dapat beli sebuah buku dengan keizinanNYa…andai bukan dengan izinNYA tidak dapatlah ana nak beli buku tersebut…walaupun dalam keadaan duka ana masih mampu tersenyum kerana diberi kesempatan waktu dan nikmat membaca buku..walaupun mungkin buku tersebut hanya ringkas dan biasa sahaja tetapi insyaAllah pasti ada ilmu yang tersirat di dalam buku tersebut…buku tersebut bertajuk “BERDIALOG DENGAN ALLAH DI KEHENINGAN MALAM”… Mungkin ada yang kata,” buku tu cuma buku biasa” dan mungkin juga ada yang kata, “dari tajuk buku tersebut pasti isi kandungannya tentang Qiamullail”…mungkin ada juga yang kata,”alah, QIAM…dah biasa buat”..tapi bagi ana..buku ini sangat bermakna…kerana tidak semua orang dapat melakukannya dengan baik…dan tidak semua orang dapat melakukannya…di sini, ana nak kongsikan suatu cerita tentang KERETA MANUAL DAN QIAMMULAIL….walaupun ana tak pandai memandu tetapi ana tahu kereta auto lebih senang digunakan daripada kereta manual…tetapi andai tidak ada pilihan atau kereta auto tidak ada, kita terpaksa menggunakan kereta manual juga untuk belajar memandu kan....dan kebanyakan di setiap pusat belajar memandu pun banyak menggunakan kereta manual daripada kereta auto…jadi antum/na terpaksa menyesuaikan diri untuk menggunakan kereta manual semasa memandu…bak kata pepatah, “alah bisa, tegal biasa.”…


Macam tu jugalah dengan Qiammulail…kadang-kadang memang berat untuk bangun malam, apatah lagi bila dah terlalu penat…kadang-kadang ada yang berasa gusar apabila waktu tidur mereka tidak mencukupi kerana terpaksa bangun malam tuk mendekatkan diri pada Allah...ingatlah wahai sahabat/iah semua…ajal dan maut di tangan Allah..iaitu Pencipta kita sendiri…ikhlaskanlah diri tuk mengabdikan diri kepadanya…..secara jujurnya dulu ana sendiri pun payah nak bangun QIAM..almaklumlah,tidur tak menentu…namun jika kita ikhlas kerana Allah….insyaAllah, pasti lama kelamaan terasa kemanisan bangun QIAM….sama-samalah kita menjadi hamba Allah yang terbaik walaupun tidak sempurna…mana ada manusia yang sempurna kan….di sini ana sisipkan panduan ringkas tuk bangun malam…


Banyakkan istighfar sebelum terbenam matahari..

Tidak makan yang berlebihan sebelum tidur..

Menutup hari dengan kebaikan (di antaranya dengan membaca tasbih, selawat, dan zikir menjelang tidur.)

Menjaga mata dari pandangan yang haram.

Tidak terlalu cenderung kepada dunia.

Tidak semua orang dapat berjaga pada satu pertiga malam yang akhir untuk menunaikan solat Tahajjud. Kalaupun terjaga, kerap kali dihanyutkan oleh syaitan untuk tidur lagi..Mari sama-sama kita kuatkan tekad tu bangun malam…merintihlah sepuas-puasnya dengan Pencipta kita…hanya Allah yang mampu merawat semua luka dan derita yang terkandung dalam hati kita…yakinlah...insyaAllah…semua dengan izinNYA…..semua suka dan duka hati ana tiada siapa yang dapat merawatnya melainkan diriMU wahai PENCIPTAku YANG MAHA SEMPURNA…wallahua'lam...

No comments:

Post a Comment