Tuesday, September 27, 2011

ALLAH adalah jalan penyelesaian....


Assalamualaikum wr.wb…..dan selamat pagi semua…..=))

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah….Syukur pada Allah, syukur segala nikmat, syukur kerana masih dipinjamkan nyawa tuk terus bernafas dibumi Allah yang sungguh indah ini..namun akibat kerakusan manusia bumi Allah hampir dihancurkan oleh tangan-tangan makhlukNYA yang tidak bertanggungjawab..

Subhanallah…Allah masih memberi ana peluang untuk bercerita di pagi hari yang indah, segar dan tenang ini…pada waktu pagi-pagi ini lah kebanyakkan pelajar akan tidur selepas bersengkang mata pada malam hari tuk menyiapkan tugasan…itupun andai tidak ada kelas pada pagi tersebut…

Saat ini, ana ingin berkongsi cerita Hati dengan antum/antumna yg ana sayangi…sayang kerana Allah…semoga kita dapat mengambil pedoman,ikhtibar, renungilah kata-kata ana dan menghayatinya… InsyaAllah semuanya datang dari Allah melalui ana….

Itulah jalan IllaHI, INDAH PADA MASANYA…Allah tak beri apa yang kita harapkan..tapi Allah beri apa yang kita perlukan..Inilah aturan Allah,sebaik-baik pengatur dan perancang…

Kadang-kadang kita rasa pelik sangat bila dengar kisah cinta kawan-kawan….dari sekolah sampai sekarang ..bercinta bagai nak rak, seronok betul kisahnya…Tup!...Tup!..tiba-tiba jak putus…Clash la kan… MasyaAllah, selepas tu bercinta lagi…bila ditanya, macam-macam jawapannya…Alaa, minat biasa jak…huhu Mudahnya hati itu suka pada seseorang, sayang seseorang, cintakan seseorang. Dan kemudian lepaskan macam itu sahaja….Maaf , seseorang pernah kata pada ana..cinta dan hati yang amat murah tidak layak untuk dipanggil kasih sejati….

Cinta itu tak salah,..tapi bila jadi macam kisah di atas inilah, orang tua-tua tidak bagi kita bercinta time belajar…Cinta buat kita terpedaya, mudah terpengaruh, selepas itu bila clash terus sedih…menangis tak tentu hala…Cinta macam ini seolah-olah buat kita merana, kita seksa hati kita…ni namanya zalim pada diri sendiri…Nauzubillahi min dzalik…mohon jauh dari dugaan ini Ya Allah…

Mesti ada yang tertanya-tanya…kenapa tiba-tiba ana cerita pasal cinta di pagi hari ini….sebenarnya tidak ana sangka, entry yang ana post semalam telah memberi kesan pada seorang sahabiah yang tidak ana kenali…ana rasa ingin sangat membantu enti bila enti tanya bagaimana nak jaga hati dan perasaan…bukan seorang sahaja yang pernah tanya ana…tapi ramai dah tanya sebelum ini…Subhanallah…indahnya jalan Illahi…namun buat pengetahuan, kita ni manusia…kadang-kadang tersilap langkah…tapi ingatlah Allah itu ada..dan DIA penjaga yang terbaik…TAwakkaltu Billah..Innallaha ma’ana..=))…berdoalah, merintihlah padaNYA…asif andai enti masih belum dapat jawapan dan asif juga sebab ana belum dapat buat entry pasal SAAT LAFAZ SAKINAH atas sebab-sebab tertentu….tapi jawapan ana KEMBALILAH KEPADA ALLAH…insyaAllah…..semua masalah pasti ada penyelesaian dan penyelesaian yang paling mudah hanya dengan satu perkataan iaitu ALLAH….

Sekian dulu tuk entry cinta…Wallahua’lam…

p/s: Jangan nangis macam baby tu tau...hehe..=)

No comments:

Post a Comment