Tuesday, September 27, 2011

Islam agama yang Indah...


Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam. Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda…

Saat roommate ana tengah lena dibuai mimpi, jari-jemari ini masih terus mengorak langkah tuk menulis apa yang tersemat di fikiran…satu demi satu ayat ditaip tuk menghasilkan suatu kepuasan yang ingin ana perolehi pada malam ini..mungkin asbab dah tertidur petang tadi sehingga tak dapat tidur pada malam hari…

“Tanya sama pokok…apa sebab goyang….jawab angin yang goncang…”. Inilah lagu yang sering meniti dibibir generasi sekarang… apa yang ana nak gtau di sini bahawa tidak ada ribut, tidak ada taufan tiba-tiba entry ana pada kali ini pasal cinta…tidak ada maksud apa-apa cuma sebagai renungan buat diri dan sahabat-sahabat yang dihormati…

Pertama sekali, memang tidak dapat disangkal bahawa CINTA ALLAH yang utama…selepas itu datanglah CINTA RASULULLAH..yang kedua terpenting..dan yang penting juga, CINTA IBU AYAH…semua orang ada ibu dan ayah kan…kemudian, pastinya CINTA DIRI SENDIRI…ini pilihan…namun ada juga yang tak nak….

CINTA ITU FITRAH, BETUL……ana tak tipu, memang cinta itu fitrah…

“…cinta itu cahaya sanubari,kurnian Tuhan, fitrah insane…dan di mana terciptanya cinta, disitu rindu bermula…”

Allah ciptakan perasaan cinta ini, dan campakkan ke dalam setiap hati makhluknya…bukan sia-sia..pasti ada gunanya…perasaan anugerah Allah, mesti dilayan..cuma ada batasannya..kita tidak boleh menafikan cinta ini tau 100%..... Cinta yang diredhai, adalah cinta ikut batas agama, syariatnya terjaga dan jauh dari segala fitnah dan larangan Allah….Ingat tu, yang payah nak dijaga adalah syariat Allah…sebab tu ramai orang cakap, manusia ni tak payahlah nak bercinta, iman kita memang tak kuat nak jaga syariat Allah…aish…,mana boleh cakap macam tu….

Mengikut pengalaman ana, dan melalui pemerhatian dalam hidup rakan-rakan ana…ramai student agama yang betul-betul sihat akal fikirannya akan larikan diri daripada cinta…

Mereka percaya pada cinta selepas kahwin…so, its normal..banyak kebaikan dan ada juga keburukannya…Maklumlah, dunia sekarang ni penuh tipu daya…semua tidak boleh dipercayai sangat, kena berhati-hati dalam mencari cinta untuk membina sebuah masjid yang kukuh menuju redhaNYA…

Namun, ada juga yang bercinta tetapi mereka amat menjaga pergaulan mereka..hanya bicara melalui doa,malah muslimin tersebut tak tahu pun muslimat tersebut sukakannya…hanya Allah dan diri sendiri jak yang tahu…Ini lumrah, manusia suka pada benda yang cantik dan baik…

Kalau antum/antumna tidak pernah terlintas dalam hati untuk suka pada sesiapa…ha, cukup..itu memang menipu…semuanya bergantung pada diri kita, ilmu dan agama, juga tahap iman kita…Kalau nak benda itu jadi halal, kan banyak caranya… Merisik, kemudian bertunang, proses taaruf yang terjaga, pastu NIKAH…wah! Indahnya macam tu…cinta perlu untuk saling mengenali….

Kalau tak, macam mana boleh wujud pepatah,..tak cinta maka tak kenal..hah! logik kan… Tapi ingat, tunang bukan tiket untuk duduk berduaan, untuk pegang-pegang tangan, untuk buat perkara maksiat.. Tunang hanya ikatan, mengikat dua hati… Lelaki lain tidak boleh kacau tunang seorang lelaki lain, kerana mereka masih saling mengenali, taaruf hati budi masing-masing….

Akhir sekali pesanan ana, jagalah hati…Ikut kemampuan, fikir baik dan buruk…baru ambil keputusan…Jangan ikut nafsu dan jangan terburu-buru..Muamalat Islam sangat indah kalau dihayati..insyaAllah….Doaku.."Ya Allah,tidak aku mampu memenuhi setiap syariatMU dalam hidup seharianku..makanya, ampuni daku Ya Robbi..".

No comments:

Post a Comment