Sunday, February 24, 2013

Meniti Alam Baru




 Tahniah Buat Azrul & Fitriani @Fit
Alhamdulillah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Syukur Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam...
Alhamdulillah masih bernafas untuk terus mengabdikan diri kepada Allah...
Selawat dan salam atas junjungan besar kita Rasulullah saw...

lama tak meng"update" blog yang dah bersawang ni..
Alhamdulillah entry pada kali ini adalah berkisahkan sahabat ana yang baru sahaja meniti ke alam baru..
yakni alam rumahtangga...
insyaAllah ana doakan yang terbaik buat kalian berdua...

Maafkan ana kerana tak dapat menghadirkan diri..
seorang demi seorang sahabat ana meninggalkan zaman bujang..
gembira rasanya...

Sedih juga kerana tidak dapat menghadirkan diri ke Majlis Perkahwinan mereka..
Yela..perkahwinan kan sekali dalam seumur hidup..
lainlah kalau lelaki yang bermadu atau sebab-sebab tertentu..
apapun..ana berharap dan berdoa agar hubungan kalian kekal hingga ke syurga...
insyaAllah amin...

Kadang-kadang teringin juga untuk berkahwin..
namun bila berfikir semula..kenapa belum sampai jodoh untuk ana...
Kembali semula kepada Allah..mungkin banyak dosa-dosa yang lalu..
dan mungkin Allah nak ana dan si "dia" masing-masing mempersiapkan diri...

KAHWIN? memang senang untuk mengungkapkannya..
namun hanya orang yang dah kahwin dan betul2 faham sahaja yang faham akan tanggungjawab 
yang sangat berat...
bukan ana tak bersedia tapi belum tiba masanya...
insyaAllah..
Allah dah tentukan setiap orang ada pasngannya masing-masing..jadi buat apa nak gusarkan...?

Lagipun..ana bukannya Single..
Allah selalu ada di sisi hambaNYA yang bersabar...

Buat sahabat ana yang tersayang,
Jagalah keluarga dengan baik..
Fit...jangan lupa..kamu tu sudah jadi isteri orang..hehe

Antara sahabat yang hadir (Eni shinoda & Liz Patrick)

Cemburu rasanya kerana melihat mereka hadir ke perkahwinan sahabat kami..huhu
insyaAllah, kalau tiada halangan, ada majlis di sebelah suaminya..
teringin nak pergi...hehe tinggalkan Eni dengan Liz..hehe
Fit...ingatlah...
"HATI SUAMI ADA DENGAN IBUNYA"
hehe
Sayang kamu semua kerana Allah...
Rupanya kita dah meniti ke alam dewasa...
Kadang-kadang terlupa yang umur sudah meningkat..hehe
Mudah-mudahan peningkatan usia kita selari dengan peningkatan amalan...
Semoga kita bertemu semula di syurga yang kekal abadi...
Saya amat merindukan kamu semua...=)
Tahniah sekali lagi buat PUAN FITRIANI...=) 
10 Februari 2013 Sah menjadi isteri si abang...hehe

2 comments: