Sunday, February 24, 2013

Baitul Muslim 2.0: Slot 1

Sambungan...

Slot 1: Cari Jodoh; Langkah 1, 2, 3...
(oleh: Ustaz Pahrol Md Juoi)

Bagaimana nak tahu yang si dia adalah jodoh kita??? kita tak tahu tapi Allah Maha Mengetahui..
so...bersangka baiklah.... Ustaz ada kata..." Siapa pasangan kita sebelum berkahwin itu penting, tapi siapa dia selepas kita berkahwin itu lebih penting..."

1/ Siapa dia yang kita sangkakan...
2/ Siapa dia yang kita impikan...
3/ Siapa dia yang sebenarnya/ siapa dia selepas berkahwin...

Dalam seminar tersebut, ada seorang peserta bertanya dgn ustaz..katanya, "Ustaz, kawan saya selalu kata Are You Ready? Bagi pandangan ustaz..apakah maksud Ready bagi ustaz?"...

Ustaz pun tersenyum dan bertanya semula kepada peserta tersebut...peserta tersebut tersipu malu...
Ustaz pun menyatakan bahawa Apa persiapan kamu selepas berkahwin..? are you ready..hal ini kerana perkahwinan adalah proses yang berterusan...

Setiap insan yang ingin mendirikan rumahtangga..kena ada persiapan dalaman dan luaran...adakah anda sudah bersedia??? 

Persiapan dalaman termasuklah akal, pemikiran, jiwa, emosi...di sini kita dapat lihat bahawa dari segi emosi...seseorang itu perlulah pandai mengawal perasaan...dari segi pemikiran..dia kena tahu banyak perkara...seperti ilmu, ilmu agama macam fardu ain, fardu kifayah..feqah, 10 sifat mazmumah, aqidah, tasawuf...dan macam2 lagi...seseorang kena ada ilmu akademik dan pelbagai ilmu lain lagi...misalnya ilmu mengatur perbelanjaan, ilmu berkomunikasi, ilmu membuat keputusan dll....biarlah seseorang/ kita ni matang dengan ilmu....insyaAllah..sama-samalah kita berusaha untuk menimba ilmu...

Persiapan luaran- material..kita kena bersiap sedia dari pelbagai sudut...kalau nak nikah dengan bergantung pada PAMA (Papa & Mama)..pastikan anda dapat meyakinkan mereka..how???

Setiap apa yang kita rancang kena ada jangka masa...contohnya..hanya setahun je kita bergantung pada PAMA..dan selepas itu berdikari dan hidup dengan hasil titik peluh sendiri..dan yang paling penting...sumber pendapatan adalah yang halal..
Buat sunnah dan sunat insyaAllah kita cuba untuk dapatkan kasih sayang Allah...

Bolehkah perigi cari timba???
BOLEH...B...O...L...E...H....!!!
*** asalkan kita tidak melanggar syariat/ tidak bertentangan dengan akal...
MENCARI JODOH ADALAH MELAKUKAN KEBAIKAN..
SATU KEBAIKAN HENDAKLAH BERKALI-KALI...
KEGAGALAN ADALAH YURAN BAGI KEJAYAAN...
BERSANGKA BAIKLAH...& TERUS BERUSAHA...
JAGA ALLAH..IN SHAA ALLAH...
ALLAH AKAN MENJAGA KITA...



"PERKAHWINAN DIMULAKAN DENGAN PERCINTAAN, DIAKHIRI DENGAN TANGGUNGJAWAB"

Muslimah...(solat, tutup aurat, puasa...kenallah muslimah dari pelbagai sudut..)
*** Muslimah yang berkah adalah muslimah yang...

1/ Cepat nikahnya
2/ Banyak anaknya
3/ Murah mas kahwinnya
4/ Baik akhlaknya

"KITA MEMILIH KERANA ISLAM, BUKAN KERANA KITA" 

Muslimin...
*** Pilihlah muslimin yang;

1/ Bertanggungjawab
2/ Menepati janji
3/ Kepimpinan- bijaksana memimpin akal wanita yang relatif
4/ Membuat keputusan dengan cepat dan tepat
5/ Pemikiran dan penglihatannya bukan hanya luaran tapi sampai ke dasar...
6/ Ada kemampuan jadi Murabbi dan Mendidik anak dan isteri...

Sampai di sini sahaja perkongsian ana...bagi slot 1 bagi seminar Baitul Muslim 2.0...ilmu yang sedikit tapi harap mendapat manfaat bersama....in shaa Allah..akan bersambung dengan entry bagi Slot 2 yang bertajuk "PENGURUSAN JIWA"....

Assalamualaikum...wr..wb..

No comments:

Post a Comment