Thursday, March 7, 2013

Lintang Pukang Dunia Kampus..





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah kepada Illahi kerana masih diberi
Peluang untuk menghirup udara yang segar di dunia-NYA ini...
Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...

Pada entry kali ini, biarlah gambar yang berbicara...
Liz Patrick (Norhaliza Mohamat)



dan juga Fiet (Pn Fitriani Mahi)


Seronok jalan-jalan dengan mereka...pada hari kelmarin...
Selepas mencari bahan di Library UM...
Kami bersama-sama ke Kedai BUKU untuk mencari buku di Kedai Buku 1 Malaysia yang terdapat di Pudu Sentral..
 Habis baucer buku RM100 ana gunakan untuk membeli 7 buah buku..huhu 
Mahu beli lagi tapi buku dah banyak, nanti xlarat mahu bawa...hehe
in shaa Allah kalau ada kelapangan, mahu jalan lagi cari buku bersama mereka..
tak kiralah di mana..
 



Sahabat ana Liz, telah menemui buku yang dia inginkan...
begitu juga dengan fiet, dia gembira melihat telatah Liz...
Ana sanagt gembira bila melihat senyuman mereka..
Lama dah tak jalan-jalan bersama..

Sahabatku, 
Pada suatu ketika, andai kita semua berpisah dan membawa haluan masing-masing,
ingatlah kenangan kita bersama,
suka duka bersama,
gelak tawa, 
pasti mengubat rindu di hati...

Sahabatku Fiet,
Bersabarlah bila di uji...
ini tandanya Allah masih sayangkan kamu..
Allah takkan menguji hambanNYA diluar kemampuan..
in shaa Allah, Allah pasti telah menentukan yang terbaik buat kamu...
kalau bukan di dunia, in shaa Allah di akhirat yang sudah pasti..
Terima kasih ana ucapakan kerana menjadi sahabat ana selama ini...

Sahabatku Liz,
Terimah Kasih menjadi sahabat ana sejak dari Form1 sehingga sekarang..
Macam-macam yang dilalui bersama..
dulu tidak pernah serumah..
tapi sekarang kita serumah sebelum kamu berlalu pergi..
mengakhiri dunia sebagai seorang pelajar ijazah...
Namun, ana menunggu saat dikau mengakhiri zaman bujangmu...hehe
entah sempat entah tidak..
Apapun, ana doakan yang terbaik buat kamu...

ANA SANGAT MENYAYANGI KALIAN BERDUA..

Ini adalah antara buku yang ana beli..

Tentang isu "Alam Rumahtangga" bukan alam ghaib ya..hehe


Buku ini plak...buku yang ana beli untuk mentarbiyah diri sendiri...


Buku ni, ana beli di SITC dua hari lepas sempena PC Fair bersama mereka..

Buku ni, ana beli di depan kampus...Alhamdulillah sangat best tapi belum habis baca...
sedih betul...=(
Tapi bila muhasabah balik,
ujian yang menimpa kami sangat kecil berbanding ujian yang menimpa saudara kami di Bumi Palestin..
Allah...


Ini lagi buku..entah mcm mana mau bawa balik Sabah...huhu
Buku "Kujemput Jodohku" sahaja yang dihadiahkan orang semester ini...yang lain ana beli..


Ini buku ana pinjam, tapi tak pulang-pulang lagi..
Maaf ya, Ummi Adibah..huhu
Selalu lupa bawa...

Bagi ana, setiap buku mempunyai pengajarannya yang tersendiri...
Belajar/menuntut ilmu sehingga hujung nyawa..
tidak semestinya nak kahwin baru boleh baca buku kahwin2 kan..
Mana tahu boleh jadi Dr. Kahwin buat Pn. Fiet dan Cik Liz..hehe
jangan marah...=)

Sampai sini sahaja entry pada kali ini...
Assalamualaikum...
 
 


1 comment:

  1. hihihih.......
    nak tggu aku hbs zaman bujang masi lama lorhhhh..
    sabo yeeee

    ReplyDelete