Thursday, February 3, 2011

Merancang Program Mengulangkaji...

1/ Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan...
Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh pensyarah anda...
2/ Rujuk kepada pensyarah apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran...
3/ Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan...
4/ Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas...
5/ Sediakan nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar...
6/ Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran...
7/ Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan...
8/ Tumpukan pada topik utama sahaja...Tanya pensyarah anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam...
9/ Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran...Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit...
* Selamat Mencuba....(^_^)V

Sunday, January 30, 2011

~ Info ~

Sebelum pergi jogging...ni senarai tugasan yg ana rancang tuk cuti ni...moga Allah permudahkan insyaAllah amin...

- Subjek 2P…
· Mahu buat portfolio
· Buat modul
· Hantar refleksi dgn Dr. Razak

- Subjek Mikroekonomi…
· Cari artikel + draf asignment + asignment
· Buat modul
· Sambung buat nota

- Subjek Makroekonomi…
· Cari artikel + draf asignment + asignment
· Buat nota

- Subjek Asia Tenggara abad ke-19…
· Draf assignment
· Assignment
· Ulangkaji

- Subjek Asia Timur abad ke-19…
· Send nama dgan no. matrik kump. dgn Dr. Suffian
· Hafal peta & belajar lukis peta (fobia ana..huhu)
· Draf assignment
· Buat nota
· Ulangkaji

- Bola Baling…
· Hafal nota
· Buku log (dia kata mesti sekurang2nya 5kg beratnya…nnt ana buat dlm fail yg berat2..hehe)
· Ulangkaji

- Subjek Bahasa Arab Komunikasi I…
· Buku Khas (500 pp)
· Ulangkaji…

- RPA…
· Fikirkan kaedah & pendekatan tuk wat halaqah seterusnya…




- Muhasabah diri jangan dilupa…=) tingkatkan amal...doakan ana...Sayang Kalian Semua...

Majulah sukan tuk Kumblak...hehe...badan cergas otak cerdas...

Hari Pertama Cuti Chinese New Year...

Ni la dapur tempat kami memasak....


Ni baru balik dari Pasar Malam (Sabtu)...barang2 di atas meja tu semua baru beli...nyummy2...


Ni la ruang tamu kami...ringkas, kecil tapi selesa tuk kami berenam hidup bersama selama satu semester...

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..”
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda. Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambaNya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan kepadaNYa…


Salam ukhwah…selamat pagi…buat sahabat/iah yg ana kasihi…serta tak lupa juga pada ‘GreenTop’ yang ana sayangi…moga hari-hari cuti tahun baru cina ini dapat ana manfaatkan sebaik mungkin…insyaAllah…moga DIA sentiasa meredhai segala apa yang ana lakukan…amin.

Cuti Tahun Baru Cina @ Happy Chinese New Year telah bermula semalam…ramai sahabat/iah telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan ana masih setia di bumi UPSI ini…khususnya KUO tercinta…rasa berat hati ingin meninggalkan kolej kediaman kerana semua kenangan bermula di sini…namun insyaAllah ana akan tetap setia di sini sehingga tamatnya perjuangan ana di bumi UPSI…

Kelmarin merupakan hari pertama cuti, kepala berserabut melihat rumah yang bertaburan dan tidak tersusun…almaklumlah rumah Lajnah makanan LPS …oleh itu, selepas sahaja melakukan ibadat seperti biasa…jari ini mula menari-nari mengikut rentak hati dan fikiran ana…mencari diri yang telah lama hilang…selepas beberapa minit…terdetik di hati tuk mengemas rumah…lagipun sebenarnya agak selesa bila mengemas rumah seorang diri…belajar berdikari…dan sebagai persediaan bila dah berumahtangga kelak…namun ia dah jadi rutin biasa kita sebagai muslimah kena pandai mengemas rumah dan bersihkan semua apa yang patut…

Lagipun hanya kami bertiga yang masih setia di rumah ini…(Kak Ain Fikri, Kak Syah, & ana sendiri). Kak Dalilah dan Kak Zira telah ke Kem Kepimpinan…manakala Kak Afieda pula telah pulang ke kampung halaman. Pagi kelmarin Kak Syah telah pergi ke kampus…so, Kak Ain dengan sukarela membantu ana mengemas rumah…selepas sahaja mengemas rumah, kami berdua keluar tuk membeli makanan tengah hari…terasa letih dan bahan tuk memasak dah habis jadi oleh kerana dah terlalu lapar kami hanya mampu membeli di Café Khar…

Selepas makan, ana pun bersiap-siap tuk tunaikan kewajipan ana sebagai seorang muslim…apabila dah selesai…ana tertido sekejap lagipun badan masih keletihan dari KL…So, selepas bangun jk..terus wat nota kejap tuk subjek Mikroekonomi…namun masih sempat berfikir & mencari idea tuk menulis cerpen @ novel…oleh kerana kesunyian…terdetik di hati tuk mengepost sesuatu buat adk tersayang…yang bertajuk “Maafkan Kak Ngah”…terlalu rndu padanya…dialah salah seorg insan yg amat bermakna buat ana…sahabat baik & juga kekasih hati ana…

Tiba-tiba Kak Syah dan Kak Ain mengajak ana ke pasar malam yang dibuka pada setiap hari sabtu…pergi awal sikit jadi kurang orang..jalan pun tidak seberapa sesak..dalam bas masih sempat menelefon along ( Kak Aini ) kerana semalam dia pulang ke kampung halaman tanpa menunggu ana balik dari KL..tapi ana tak salahkan dia…sebab ana syangkan dia…

Sampai sahaja di pasar, tidak ramai orang yg datang pada waktu tersebut…lagipun ramai pelajar UPSI yang telah balik kampung. Namun semasa nak balik keadaan dan suasana di pasar dah semakin sesak dan bising..kepala mula sakit…dengan keadaan sesak seperti itu…sebelum berangkat pulang…ana sempat beli buah limau, rojak, air kelapa & yg paling penting roti boom pun ada gak…hehe…

Waktu asar, kami bertiga menjejaki villa kami di KUO ni…selepas menunaikan kewajipan pada petang tu, kami bertiga pun makan…& sempat mengajak akak berdua tu main badminton @ berjoging tp mereka tak nak…sebabnya Kak Syah nak balik dah malam tu…Kak Ain plak sakit kaki dari wat kajian kat Gunung Lang…jadi nak tak nak, ana terpaksa duk umah wat nota…sebab kalau ana g main badminton sorang2 nnt mreka kata ana gila…klu jogging xapa..tp segan plak nak jogging xda teman…huhu.

Selepas isya’…kawan ajak g makan(ana , fit, liza & Eni )…sebenarnya malas nak kuar tapi kena kuar juga sebab tak baik rasa dihati menolak ajakan kawan lagipun mreka teman ana dr sekolah lagi…So, ana pun kuar dgn mereka…time makan tu..rasa diperhatikan…rasa takut, x sedp hati….mcm ada sesuatu yg berlaku…kwan ajak g perjumpaan BAKSIS kat café KHAR tapi ana rasa x sedap hati…jd ana terus balik bilik..lgpun dah lewat…

Balik bilik…ana rasa tmbh sakit…persaan tmbah takut…ana terpaksa melwan semua itu lagipun semalam hanya ana dan Kak Ain jak yang tinggal…kesian plak sekiranya ana sakit tba2 semalam…ana menangis sekuat hati…melwan sekuat hati…ana x nak ‘sesuatu’ menghubingi ana….seseorg yg rapat dg nana beritahu kena sabar & byakkn selawat..ingat Allah…kuatkn smangt…hati terus tercabar,,..napa org lain boleh ana tak boleh…

Tiba-tiba black out, semua lampu padam…mahu teriak jak masa tu…sebab sejak ana sakit ana mula takut bila mana lampu tiba-tiba terpadam secara mengejut…entahla mengapa…Kak Ain pun datang dan menenangkan ana…pkul1 lebih mcm2 bunyi kat umah B-1-1 & B-1-14 mcm ad jak org di umah tu..bila tgok bukn org tp..huhu .Alhamdulillah ana mampu melawan…namun perasaan takut dlm diri msh ada pd pagi ini…insyaAllah pagi ni nak jogging….hehe…biarlah apa org nak kata…yg penting ana happy…JUM PI JOGGING…!!!=)

Saturday, January 29, 2011

~ Maafkan Kak Ngah ~

“ Ya Allah, lindungilah adikku walau di mana dia berada…ku memohon perlindungan untuk dirinya hanya padaMU kerana aku yakin hanya diriMU yang mampu melindungi dirinya…Amin…”

Kak Ngah ingat lagi…selepas beberapa hari tamatnya hari terbuka KHAR…time dlm kelas Kak Ngah sempat msej adk & kata rindu pada adk..masa tu adk kata adk di Tasik Proton sorang2…lepas tu adk kata ad masa adk akan bawa Kak Ngah g sana sama2…adk jga msej dan adik ajak Kak Ngah jalan-jalan pada waktu malam…namun pada malam tu adik terlewat disebabkan adik kena menghadiri meeting…namun Kak Ngah masih setia menanti…dan terus menanti…di hadapan tv…akhirnya adik muncul di belakang Kak Ngah..tapi kak Ngah tak sedar sejak bila adik ada di belakang Kak Ngah…Kak Ngah hanya sedar bila mana adik kritik pelakon drama kat tv tu…Kak Ngah sakit perut tahan gelak pada masa tu…tapi Kak Ngah malu nak gelak…ramai orang…hihi



Selepas tu, Kak Ngah masih ingat lagi…kita sama-sama makan kat Bistro…adik order Nasi Goreng Cili Padi + Milo Cincau…Kak Ngah order Nasi Goreng Cili Padi + Air Sirap Bandung…masa tu adik kuat sangat makan…Kak Ngah hanya mampu perhatikan…makanan adik habis dahulu dari Kak Ngah namun air Kak Ngah habis dahulu dari adik kan…=)


Sebenarnya, Kak Ngah tak pandai nak makan Nasi Goreng Cili Padi…sebab Kak Ngah tak tahan pedas…huhu tapi Kak Ngah tak tahu mahu order apa…jadi Kak Ngah ikut jak apa yang adk makan…seronok & gembira hati Kak Ngah bila nampak adk makan…bagai masalah yang ada di fikiran Kak Ngah ni tak ada…tenang jak nampak adk…Masa tu Kak Ngah ada mesej dgan Abg Long…gtau dgn Abg Long kita makan sama-sama & saja ajak Abg Long sekali…tapi keadaan tak mengizinkan kehadirannya pada masa tu…ingin sahaja Kak Ngah menjerit dan kata pada semua orang yang Kak Ngah sayang sangat kat adk…Kak Ngah syang sangat dgn ‘keluarga hijau’ kita…Nanti…bila mana Abg Long dah tak da…Kak Ngah hanya ada adk dalam keluarga tu…=(


Kak Ngah tak sangka Allah temukan kita bertiga…namun tak da yang mustahil bagi Allah…yang DIA tak boleh lakukan…secara kebetulan kite bertemu dalam dunia rawatan & secara kebetulan Kak Ngah dan adk punya tarikh lahir yg sama…banyak persamaan ant. kita namun terdapat juga sedkit perbezaan…cthnya, adk lebih pandai memimpin…namun Kak Ngah bangga punya keluarga macam kalian…Abg Long sibuk dalam dunia rawatan, adk plak sibuk dlm dunia kepimpinan..Kak Ngah plak? Masih tengah tercari-cari identiti diri yg sebenar…Ya Allah, tolonglah hambaMU ini…:'(…


Selepas tu, Abg Azmee ada mesej kata nak belanja aiskrim…namun abg azmee pun sibuk merawat pesakit dari KZ…takpa abg Azmee…kami faham…=)…So, selepas makan Kak Ngah sempat teman adk jalan-jalan cari bahan (kertas2 & fail) tuk assignment adk…seronok rasanya dapat jalan-jalan macam malam tu…lgpun kita bukan dapat selalu bersama seperti malam tu…After that, Kak Ngah teringin nak makan aiskrim…Kak Ngah beli aiskrim tuk kita bertiga…”Of Course, We are Family…right?.:) …Selepas tunggu dan bagi abg long aiskrim..kita pun pi bilik tv perempuan nonton sambil makan aiskrim…adk masih dgn perangai adk..kritik pelakon drama tu…seronok tgok adk makan aiskrim…comel…mcam kartun2..=) hehe…


Pukul 11.10 malam, adk kata dah lewat dan adik hantar Kak Ngah sampai ke pagar KHAR dan tengok Kak Ngah balik…kalau boleh Kak Ngah tak nak pisah dgn adk pada malam tu…tapi terpaksa kita masing2 ada tanggungjawab masing2…Esok paginya Kak Ngah kata nak pi Tasik Proton..adk kata cari helmet kita pergi…


Pada keesokan paginya, Kak Ngah tak sabar nak pi tasik proton…namun Kak Ngah call adk,…tp adk x angkat…lama2 adk mesej kata adk tgah meeting..meeting urgent…Kak Ngah pun duk sorang…adk mesej lg…kata lepas asar kita g Tasik Proton…namun akak call lepas asar adk x angkat juga…Kak Ngah sedih…tp takkan Kak Ngah nak marah2 adk..lagipun Kak Ngah selalu ingat pesan abg long…dia kata ‘marah itu syaitan’ jd takkan Kak Ngah nak marah…Hari ni baru ada berita tentang adk…Kak Ngah x msej adk sebab Kak Ngah takut adk sibuk…So, Kak Ngah pun berdiam diri jak…Kak Ngah g Tasik Proton sorang2…naik motor sorang2…walaupun Kak Ngah sebenarnya masih risau dengan keadaan Kak Ngah…Kak Ngah g KL sorang2…semuanya sorang2…adk buka fb beberapa ari ni pun adk x hubungi Kak Ngah..tp adk jan risau Kak Ngah faham…=).


Hari ni plak adk pergi Kursus JMK di Hulu Langat, Selangor…sebelum adk pergi…adk sempat hantar beberapa pesanan buat Kak Ngah…


Kirimannya di ruang chat FB…:
- “Salam...salam kak ngah marah adik ke? Hum...maaf ye kak...sudah dua kali buat kamu begini...erm, kita g kem 3 hari...maafkan salah kita...lau tak jumpa lagi...asif jiddan ya ukhti...salam.”

Kirimannya di wall ana…:
- “Salam asif Jiddan ya Ukhti..erm..moga kamu gembira selalu walaupun kita tiada lagi...Moga Allah terus melindungi kamu..salam.”

Kirimannya di ruang mesej FB...:

- maafkan adik kak ngah..adik tak dapat teman akk buat kali kedua ke tasik proton city..hum..ada meeting urgrnt petang dan malam tue..hum...ada perubahan tarikh tok semua pgram kak..dalam bulan 2 langsung tak boleh buat program termasuk maulidurrasul..hum akk bayangkan..sebab nak jaga pilihan raya kampus kita dah tak boleh sambut maulidurrasul..hum..kami dah perjuangkan tapi suara kami tetap tidak didengar..huhuhu .”


Dan utk pengetahuan adk…Kak Ngah tak balas semua itu bukan kerana Kak Ngah ambil hati @ marah dengan adk…tp Kak Ngah xnak ganggu adk…Kak Ngah faham keadaan adk…lagipun tentu adk penat…tp JMK yg adk pegang ni adalah suatu amanah…yg akan dipertanggungjawabkan kelak…jadi Kak Ngah xnak kerana Kak Ngah…adk yg kena jawab…Kak Ngah nak bantu tp Kak Ngah tak mampu…mungkin hanya inilah cara Kak Ngah bantu adk…Kak Ngah harap adk faham lagipun Kak Ngah yakin adk bijak…=).


Ingatlah suatu perkara…ukhwah yg terjalin di antara kita takkan pernah putus walaupun Kak Ngah pergi jauh…sebab adk sendiri kata bukan mudah mencipta syang sebab nilai kasih sayang hanya bererti pada yg memahami dan mengerti betapa berharga anugerah Illahi…Kak Ngah ikhlas dgan adk…lgpun dulu abg long pernah kata…harapan terakhir dia sebelum meninggalkan UPSI adalah jaga hubungan Kak Ngah dgn adk…takkan Kak Ngah nak hampakan ahli keluarga hijau kita…apapun yg terjadi, walau Kak Ngah xhubungi adk dgn abg long namun..doa Kak Ngah sentiasa mengiringi kalian berdua…Kak Ngah harap adk jaga diri baik2 di Kursus JMK tu…jan nakal2 tau…=).


Mungkin setakat ni dahulu Kak Ngah mengarut ye…Kak Ngah nak pi pasar malam…cari makan…huhu Apapun, maafkan Kak Ngah ya adk..andai adk terasa dgn Kak Ngah…syang adk…senyum sokmo..kirim salam dgn ibu…=). Kak Ngah pun syang dgn ibu…=).

~Semester 4 Sesi 2 2010/2011...~

Tanpa kusedari…kini dah minggu keempat ana menghadiri kuliah…pejam celik ndak terasa masa semakin jauh meninggalkan kita…khususnya ana…naik tahun ini…usia pun dah mula meningkat…namun adakah amalan dan keimanan ana selari dengan peningkatan usia ana…Allahuakbar, banyak lagi perkara yang ana ndak mampu buat..dengan fikiran yg macam ni…adakah ana mampu menggalas tanggungjawab yg berat kelak…kadang2 terasa diri ini amat jauh dari sahabat2…entahlah mengapa…mungkin juga kerana kematangan ana tidak meningkat selari dengan peningkatan usia ana…jadi adalah baik sekiranya ana mampu bermuhasabah diri dan mengubah persepsi orang lain terhadap diri ini…

Ana berdoa mohon pada Illahi agar semester ini adalah semester yang akan membahagiakan diri ini…walaupun ramai sahabat/iah yang terpaksa meninggalkan ana…termasuk orang2 yg rapat dengan ana…orang2 yg ana sayangi…kesedihan yang ditanggung ndak dapat diluahkan namun…dengan kekuatan dan keyakinan pada Illahi ana cuba tuk terus bangun berdiri seorang diri…mula berdikari tanpa orang2 yg disayangi di samping diri ini…

Kehidupan ana semester ini juga amat tak menentu…kadang2 ana lupa apa ana mahu buat…kadang-kadang ana lupa matlamat ana…jadi ‘kraudet’ ckit hidup ana semester ni…tapi Alhamdulillah jadual waktu semester ini tidak terlalu padat tetapi amat berat…

Jadual Kuliah Semester Ini…

ISNIN: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg _DKL
MAKROEKONOMI – 1.00-4.00 ptg_TS4A
ASIA TIMUR ABAD KE-19 – 5.00-7.00 ptg_PC16

SELASA: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg_DKJ
MIKROEKONOMI – 2.00-4.00 ptg_TS4A
BOLA BALING – 5.00-7.00 ptg_GELANGGANG BOLA JARING

RABU: ASIA TENGGARA ABAD KE-19 – 8.00-10.00 pg_PC5
MIKROEKONOMI – 12.00-1.00 ptg_BLOK D
TUTORIAL ASIA TENGGARA – 3.00-4.00 ptg_MAKMAL 1.

KHAMIS: TUTORIAL ASIA TIMUR – 12.00-1.00 ptg_MAKMAL 1.
BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1 – 2.00-4.00 ptg_DKN


Moga Allah permudahkan urusan ana pada semester ini…moga dipermudahkan semua urusan dunia ana agar tak mengganggu urusan akhirat ana…aminnn.

Semua tugasan bagi setiap subjek da dapat…dan masih dalam proses..tapi ndak tau mcm mana mahu mulakan tuk membuat tugasan…huhu doakan ana…

~ Terengganu…”Ganu Kita”…~


Assalamualaikum semua…salam ukhwah…terlebih dahulu syukur dan segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Sekalian Alam serta selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.

Gembira rasanya dapat memulakan hari pada pagi ini…dengan berkongsi rasa suka duka dengan kau wahai sahabat ku ‘GreenTop’ iaitu, lettop kesayangan ana…huhu ana harap kau akan sentiasa sihat bersama diri ini…dan setia menemani jiwa ini yang tengah asyik melawan gelombang arus hati…

Ermmm…hari ni ana nak ajak sahabat/sahabiah semua belajar bahasa Terengganu…hihi (mcm jak ana ni pandai kan)…sebenarnya kalau ada pengayaan diri tuk bahasa2 negeri orang lain boleh gak ana ambik…ni tak…pengayaan diri cuma ada bahasa lain,…(tidak termasuk bahasa Arab sebab ana minat bahasa Arab walaupun tak pandai sangat...hihi)..

Ana ada suatu cerita nak dikongsikan bersama…dahulu, masa first meeting RE ana ditempatkan dalam Lajnah Tarbiyah & Dakwah…namun selang beberapa hari ketua Unit Tarbiyah ingin membuat meeting bagi unit kami…So, ana pun pergi la dgan beberapa orang muslimat Kelantan & Muslimat Terengganu…Meeting pun dibuka dengan bacaan Al-Fatihah….selepas tu meeting pon bermula…yang ana tak tahan tu…pasal ketua unit ana ni…muslimin…dia tak tanya pon ana asal mana…direct jak dia ‘kecek klate’ ..bahasa standardnya cakap Kelantan….yang ana baru masuk sem1 ni…ternganga jak di situ…entah apala yang mereka bincangkan…namun masa min. tu suruh bagi respon barulah ana kata yang ana tak faham satu pun apa yang mereka katakan…hehe..dia kata..,”ha? Ana cakap berjela-jela tp enti x pehe? Pehe dok apo kawe oyak?”..ana pun kata, “entahla, benda apa yg ust sebut..tambah ana x faham…huhu”..lebh kurang mcm tu lah dia tnya…ana xpndai sangat mo tulis loghat Kelantan..


Ermmm…sapa suru kecek klate kan ana tak faham da…sama juga dgn ganu…mungkin kalau 20 patah perkataan mereka ckap ana cuma fham tiga perkataan jak..hehe…tp Alhamdulillah skrg ana da dpat fham da ckit2…sampaikan ramai org sngka ana orang Kelantan @ Terengganu tapi ana cuma pelajar yang datang merantau dari Sabah…hihi..apapun tahniah pada diri ana kerana dapat kelirukan orang…hehe…

Ha? Ni plak crita masa pi jumpa lecture Kelantan kat bilik dia…nak wat perbincangan dan minta pendapat dia tentang tajuk individu ana tapi yang lucunya…dia jawab guna bahasa Kelantan…ana pun diam je la & senyum2 di situ..…lagipon ana faham ckit2 apa yg beliau terangkan…nak kuar dari bilik lecture tu baru ana gtau yg ana bukan pelajar Kelantan…tp pelajar Sabah…beliau dengan muka selamba gelakkan ana…dan kata kat ana..napa demo tak oyak awal2…hehe..aduhai…apapun, pengalaman ni takkan pernah ana lupa…hehe seronok gak belajar jauh2 dari kuarga…cuma rndu tu la…msalahnya…huhu

Aduhai…lari sudah ni dari tajuk…hehe…apapun jum kita blajar bahasa Terengganu…nnt lain hari lain masa kita blajar plak bhasa lain..ya..hehe….Majulah Ganu Tuk Islam…”,)

p/s: Sebenarnya ada maksud ni mo blajar bhasa Terengganu @ bahasa2 lain…hehe..mna la tau diizinkan Allah posting kat semenanjung…@ kuarga benarkan cari Zauj kat semenanjung…ble minta tolong Abg Long @ Adik @ Akak2 carikn,..hihi…gurau jak…xda kaitan antra yg hidup ataupun yg telah mati…saja nak merapuh dlm blog ni…hehe lagipun sume org dah balik kampung…huhu