Sunday, January 30, 2011

Hari Pertama Cuti Chinese New Year...

Ni la dapur tempat kami memasak....


Ni baru balik dari Pasar Malam (Sabtu)...barang2 di atas meja tu semua baru beli...nyummy2...


Ni la ruang tamu kami...ringkas, kecil tapi selesa tuk kami berenam hidup bersama selama satu semester...

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..”
Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam.Pemilik, Pencipta dan Penentu atas segala sesuatu Ya Rabbulalamin. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga dan para sahabat baginda. Tertunduk aku mensyukuri nikmat serta hidayah kurniaan Allah buat aku, hambaNya yang sering lupa dan selalu pula ingkar dalam penghambaan kepadaNYa…


Salam ukhwah…selamat pagi…buat sahabat/iah yg ana kasihi…serta tak lupa juga pada ‘GreenTop’ yang ana sayangi…moga hari-hari cuti tahun baru cina ini dapat ana manfaatkan sebaik mungkin…insyaAllah…moga DIA sentiasa meredhai segala apa yang ana lakukan…amin.

Cuti Tahun Baru Cina @ Happy Chinese New Year telah bermula semalam…ramai sahabat/iah telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan ana masih setia di bumi UPSI ini…khususnya KUO tercinta…rasa berat hati ingin meninggalkan kolej kediaman kerana semua kenangan bermula di sini…namun insyaAllah ana akan tetap setia di sini sehingga tamatnya perjuangan ana di bumi UPSI…

Kelmarin merupakan hari pertama cuti, kepala berserabut melihat rumah yang bertaburan dan tidak tersusun…almaklumlah rumah Lajnah makanan LPS …oleh itu, selepas sahaja melakukan ibadat seperti biasa…jari ini mula menari-nari mengikut rentak hati dan fikiran ana…mencari diri yang telah lama hilang…selepas beberapa minit…terdetik di hati tuk mengemas rumah…lagipun sebenarnya agak selesa bila mengemas rumah seorang diri…belajar berdikari…dan sebagai persediaan bila dah berumahtangga kelak…namun ia dah jadi rutin biasa kita sebagai muslimah kena pandai mengemas rumah dan bersihkan semua apa yang patut…

Lagipun hanya kami bertiga yang masih setia di rumah ini…(Kak Ain Fikri, Kak Syah, & ana sendiri). Kak Dalilah dan Kak Zira telah ke Kem Kepimpinan…manakala Kak Afieda pula telah pulang ke kampung halaman. Pagi kelmarin Kak Syah telah pergi ke kampus…so, Kak Ain dengan sukarela membantu ana mengemas rumah…selepas sahaja mengemas rumah, kami berdua keluar tuk membeli makanan tengah hari…terasa letih dan bahan tuk memasak dah habis jadi oleh kerana dah terlalu lapar kami hanya mampu membeli di Café Khar…

Selepas makan, ana pun bersiap-siap tuk tunaikan kewajipan ana sebagai seorang muslim…apabila dah selesai…ana tertido sekejap lagipun badan masih keletihan dari KL…So, selepas bangun jk..terus wat nota kejap tuk subjek Mikroekonomi…namun masih sempat berfikir & mencari idea tuk menulis cerpen @ novel…oleh kerana kesunyian…terdetik di hati tuk mengepost sesuatu buat adk tersayang…yang bertajuk “Maafkan Kak Ngah”…terlalu rndu padanya…dialah salah seorg insan yg amat bermakna buat ana…sahabat baik & juga kekasih hati ana…

Tiba-tiba Kak Syah dan Kak Ain mengajak ana ke pasar malam yang dibuka pada setiap hari sabtu…pergi awal sikit jadi kurang orang..jalan pun tidak seberapa sesak..dalam bas masih sempat menelefon along ( Kak Aini ) kerana semalam dia pulang ke kampung halaman tanpa menunggu ana balik dari KL..tapi ana tak salahkan dia…sebab ana syangkan dia…

Sampai sahaja di pasar, tidak ramai orang yg datang pada waktu tersebut…lagipun ramai pelajar UPSI yang telah balik kampung. Namun semasa nak balik keadaan dan suasana di pasar dah semakin sesak dan bising..kepala mula sakit…dengan keadaan sesak seperti itu…sebelum berangkat pulang…ana sempat beli buah limau, rojak, air kelapa & yg paling penting roti boom pun ada gak…hehe…

Waktu asar, kami bertiga menjejaki villa kami di KUO ni…selepas menunaikan kewajipan pada petang tu, kami bertiga pun makan…& sempat mengajak akak berdua tu main badminton @ berjoging tp mereka tak nak…sebabnya Kak Syah nak balik dah malam tu…Kak Ain plak sakit kaki dari wat kajian kat Gunung Lang…jadi nak tak nak, ana terpaksa duk umah wat nota…sebab kalau ana g main badminton sorang2 nnt mreka kata ana gila…klu jogging xapa..tp segan plak nak jogging xda teman…huhu.

Selepas isya’…kawan ajak g makan(ana , fit, liza & Eni )…sebenarnya malas nak kuar tapi kena kuar juga sebab tak baik rasa dihati menolak ajakan kawan lagipun mreka teman ana dr sekolah lagi…So, ana pun kuar dgn mereka…time makan tu..rasa diperhatikan…rasa takut, x sedp hati….mcm ada sesuatu yg berlaku…kwan ajak g perjumpaan BAKSIS kat café KHAR tapi ana rasa x sedap hati…jd ana terus balik bilik..lgpun dah lewat…

Balik bilik…ana rasa tmbh sakit…persaan tmbah takut…ana terpaksa melwan semua itu lagipun semalam hanya ana dan Kak Ain jak yang tinggal…kesian plak sekiranya ana sakit tba2 semalam…ana menangis sekuat hati…melwan sekuat hati…ana x nak ‘sesuatu’ menghubingi ana….seseorg yg rapat dg nana beritahu kena sabar & byakkn selawat..ingat Allah…kuatkn smangt…hati terus tercabar,,..napa org lain boleh ana tak boleh…

Tiba-tiba black out, semua lampu padam…mahu teriak jak masa tu…sebab sejak ana sakit ana mula takut bila mana lampu tiba-tiba terpadam secara mengejut…entahla mengapa…Kak Ain pun datang dan menenangkan ana…pkul1 lebih mcm2 bunyi kat umah B-1-1 & B-1-14 mcm ad jak org di umah tu..bila tgok bukn org tp..huhu .Alhamdulillah ana mampu melawan…namun perasaan takut dlm diri msh ada pd pagi ini…insyaAllah pagi ni nak jogging….hehe…biarlah apa org nak kata…yg penting ana happy…JUM PI JOGGING…!!!=)

No comments:

Post a Comment