Saturday, January 29, 2011

~Semester 4 Sesi 2 2010/2011...~

Tanpa kusedari…kini dah minggu keempat ana menghadiri kuliah…pejam celik ndak terasa masa semakin jauh meninggalkan kita…khususnya ana…naik tahun ini…usia pun dah mula meningkat…namun adakah amalan dan keimanan ana selari dengan peningkatan usia ana…Allahuakbar, banyak lagi perkara yang ana ndak mampu buat..dengan fikiran yg macam ni…adakah ana mampu menggalas tanggungjawab yg berat kelak…kadang2 terasa diri ini amat jauh dari sahabat2…entahlah mengapa…mungkin juga kerana kematangan ana tidak meningkat selari dengan peningkatan usia ana…jadi adalah baik sekiranya ana mampu bermuhasabah diri dan mengubah persepsi orang lain terhadap diri ini…

Ana berdoa mohon pada Illahi agar semester ini adalah semester yang akan membahagiakan diri ini…walaupun ramai sahabat/iah yang terpaksa meninggalkan ana…termasuk orang2 yg rapat dengan ana…orang2 yg ana sayangi…kesedihan yang ditanggung ndak dapat diluahkan namun…dengan kekuatan dan keyakinan pada Illahi ana cuba tuk terus bangun berdiri seorang diri…mula berdikari tanpa orang2 yg disayangi di samping diri ini…

Kehidupan ana semester ini juga amat tak menentu…kadang2 ana lupa apa ana mahu buat…kadang-kadang ana lupa matlamat ana…jadi ‘kraudet’ ckit hidup ana semester ni…tapi Alhamdulillah jadual waktu semester ini tidak terlalu padat tetapi amat berat…

Jadual Kuliah Semester Ini…

ISNIN: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg _DKL
MAKROEKONOMI – 1.00-4.00 ptg_TS4A
ASIA TIMUR ABAD KE-19 – 5.00-7.00 ptg_PC16

SELASA: PENGURUSAN PEMBELAJARAN (2P) – 8.00-10.00 pg_DKJ
MIKROEKONOMI – 2.00-4.00 ptg_TS4A
BOLA BALING – 5.00-7.00 ptg_GELANGGANG BOLA JARING

RABU: ASIA TENGGARA ABAD KE-19 – 8.00-10.00 pg_PC5
MIKROEKONOMI – 12.00-1.00 ptg_BLOK D
TUTORIAL ASIA TENGGARA – 3.00-4.00 ptg_MAKMAL 1.

KHAMIS: TUTORIAL ASIA TIMUR – 12.00-1.00 ptg_MAKMAL 1.
BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1 – 2.00-4.00 ptg_DKN


Moga Allah permudahkan urusan ana pada semester ini…moga dipermudahkan semua urusan dunia ana agar tak mengganggu urusan akhirat ana…aminnn.

Semua tugasan bagi setiap subjek da dapat…dan masih dalam proses..tapi ndak tau mcm mana mahu mulakan tuk membuat tugasan…huhu doakan ana…

No comments:

Post a Comment