Saturday, January 29, 2011

~ Terengganu…”Ganu Kita”…~


Assalamualaikum semua…salam ukhwah…terlebih dahulu syukur dan segala puji bagi Allah Tuhan Pencipta Sekalian Alam serta selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.

Gembira rasanya dapat memulakan hari pada pagi ini…dengan berkongsi rasa suka duka dengan kau wahai sahabat ku ‘GreenTop’ iaitu, lettop kesayangan ana…huhu ana harap kau akan sentiasa sihat bersama diri ini…dan setia menemani jiwa ini yang tengah asyik melawan gelombang arus hati…

Ermmm…hari ni ana nak ajak sahabat/sahabiah semua belajar bahasa Terengganu…hihi (mcm jak ana ni pandai kan)…sebenarnya kalau ada pengayaan diri tuk bahasa2 negeri orang lain boleh gak ana ambik…ni tak…pengayaan diri cuma ada bahasa lain,…(tidak termasuk bahasa Arab sebab ana minat bahasa Arab walaupun tak pandai sangat...hihi)..

Ana ada suatu cerita nak dikongsikan bersama…dahulu, masa first meeting RE ana ditempatkan dalam Lajnah Tarbiyah & Dakwah…namun selang beberapa hari ketua Unit Tarbiyah ingin membuat meeting bagi unit kami…So, ana pun pergi la dgan beberapa orang muslimat Kelantan & Muslimat Terengganu…Meeting pun dibuka dengan bacaan Al-Fatihah….selepas tu meeting pon bermula…yang ana tak tahan tu…pasal ketua unit ana ni…muslimin…dia tak tanya pon ana asal mana…direct jak dia ‘kecek klate’ ..bahasa standardnya cakap Kelantan….yang ana baru masuk sem1 ni…ternganga jak di situ…entah apala yang mereka bincangkan…namun masa min. tu suruh bagi respon barulah ana kata yang ana tak faham satu pun apa yang mereka katakan…hehe..dia kata..,”ha? Ana cakap berjela-jela tp enti x pehe? Pehe dok apo kawe oyak?”..ana pun kata, “entahla, benda apa yg ust sebut..tambah ana x faham…huhu”..lebh kurang mcm tu lah dia tnya…ana xpndai sangat mo tulis loghat Kelantan..


Ermmm…sapa suru kecek klate kan ana tak faham da…sama juga dgn ganu…mungkin kalau 20 patah perkataan mereka ckap ana cuma fham tiga perkataan jak..hehe…tp Alhamdulillah skrg ana da dpat fham da ckit2…sampaikan ramai org sngka ana orang Kelantan @ Terengganu tapi ana cuma pelajar yang datang merantau dari Sabah…hihi..apapun tahniah pada diri ana kerana dapat kelirukan orang…hehe…

Ha? Ni plak crita masa pi jumpa lecture Kelantan kat bilik dia…nak wat perbincangan dan minta pendapat dia tentang tajuk individu ana tapi yang lucunya…dia jawab guna bahasa Kelantan…ana pun diam je la & senyum2 di situ..…lagipon ana faham ckit2 apa yg beliau terangkan…nak kuar dari bilik lecture tu baru ana gtau yg ana bukan pelajar Kelantan…tp pelajar Sabah…beliau dengan muka selamba gelakkan ana…dan kata kat ana..napa demo tak oyak awal2…hehe..aduhai…apapun, pengalaman ni takkan pernah ana lupa…hehe seronok gak belajar jauh2 dari kuarga…cuma rndu tu la…msalahnya…huhu

Aduhai…lari sudah ni dari tajuk…hehe…apapun jum kita blajar bahasa Terengganu…nnt lain hari lain masa kita blajar plak bhasa lain..ya..hehe….Majulah Ganu Tuk Islam…”,)

p/s: Sebenarnya ada maksud ni mo blajar bhasa Terengganu @ bahasa2 lain…hehe..mna la tau diizinkan Allah posting kat semenanjung…@ kuarga benarkan cari Zauj kat semenanjung…ble minta tolong Abg Long @ Adik @ Akak2 carikn,..hihi…gurau jak…xda kaitan antra yg hidup ataupun yg telah mati…saja nak merapuh dlm blog ni…hehe lagipun sume org dah balik kampung…huhu

No comments:

Post a Comment