Thursday, December 2, 2010

Ukhwah....

Ya Allah Ya Robbi…
Sungguh sejuk hembusan di malam hari…
Membuatku berfikir lagi…
Tentang alam kejadian ini…
Yang telah diciptakan oleh Illahi…

Semua teman dah dibuai mimpi…
Ana masih terjaga lagi…
Mengenangkan apa yang berlaku tadi…
Masih terpahat di dalam hati…

Mengapa diri sentiasa menyakiti…
Orang-orang yang ana kasihi…
Memang tidak dapat kunafikan lagi…
Diri tidak layak untuk disayangi…

Kenapa baru dikau tangisi…
Wahai diriku yang lupa diri…
Mem’benci’ insan yang ana hormati…
Tanpa belas kasihan lagi…

Adakah dikau terasa hati…
Pada ana yang kumblak ini…
Harap dah dibuang pergi…
Perasaan sakit hati…
Yang ada dalam dirimu kini…

Bukan niatku ingin membenci…
Tetapi tadi tak kawal diri…
Tak sedar keluar perkataan ini…
Hingga membinasakan diri…
Akibat mulut sendiri…

Duhai ‘walid’ku yang ana hormati…
Maafkanlah atas kesilapan diri…
Tak tertahanku menyimpan lagi…
Perasaan bersalah pada diri…
Sampai tak selera makan mee sup lagi…(cian kat mee sup tu…L)

Tidak kesiankah pada diri ini…
Yang cuba menagih simpati…
Dari ‘walid’nya sendiri…
Kerana telah menyakiti…
Hati dikau yang suci bersih…

Tadi dikau berkorban lagi…
Sebelum pergi meninggalkan UPSI…
Namun ana tidak hargai…
Pengorbanan yang telah dikau beri…
Bagai ana tak bersyukur…pada Illahi…

Adakah ini ketentuan Illahi…?
Yang telah DIA kehendaki…
Andai benar apa yang terjadi…
Merupakan rancangan Illahi…
Ana redha Ya Robbi…

Pada malam yang sunyi sepi…
Hanya tangisan yang menemani…
Memohon doa pada Illahi…
Adar dikau memaafkanku lagi…

Dikaulah ‘walid’ yang ana hormati…
Takkan ana lupa hingga mati…
Dirimu ‘bekeng’ bukan main lagi…
Namun tetap baik pada diri…

Terasa sedih sungguh malam ini…
Semangat pun mula luntur lagi…
Bersalah sungguh pada dirimu kini…
Namun ana tetap akui…
Semua apa yang berlaku kini…
Adalah kesilapan diri sendiri…

Andai dikau tak maafkanku lagi…
Ana tak mampu buat apa-apa lagi…
Adakah ukhwah yang terbina selama ini…
Berakhir sampai di sini…

Ya Allah Ya Robbi…
Sungguh malu diri ini…
Andai bersemuka pada dirinya lagi…
Kerana diri banyak menyakiti…
Pada ‘walid’ku yang satu ini…

Ya Allah Ya Robbi…
Terimalah doa kudusku ini…
Buat dirinya yang baik hati…
Walaupun dirinya tak tegurku lagi…

Tidak akan ada pengganti…
Sahabatku yang satu ini…
Kerana dirinya banyak memahami…
Diriku yang kumblak ini…

Walaupun ukhwah terputus di sini…
Namun dirimu tetap dihati…
Sungguh bertuahnya diri ini…
Pernah mengenali ‘walid’ku ini…
Dengan izinMU Ya Illahi…

Moga dirinya sentiasa dirahmati…
Walau di mana pun dirinya pergi…
Membawa kenangan bersama pergi…
Meneruskan perjuangannya yang tersendiri…

Duhai ‘walid’ yang ana hormati…
Doakanlah insan yang lemah ini…
Agar mampu terus berdiri…
Walaupun pegangan tak kuat lagi…
Meneruskan perjuangan Ya Illahi…

Hanya satu pesanan diri…
Buatmu sahabat sejati…
Andai dikau kahwin nanti…
Jangan lupa menjemput diriku ini…

Walau tak dapat diriku pergi…
Akan ku utus doa pada Illahi…
Agar kalian kekal abadi…
Menuju jalan yang diredhai…
Dan bersama sampai ke syurga nanti….(insyaAllah Amin…)

Ingatlah ‘walid’ yang ana hormati…
Walaupun kita tak jumpa lagi…
Adikmu sentiasa akan mengingati…
Ukhwah yang pernah terbina ini…
Hingga akhir hayatnya nanti…

Andai tiada khabar lagi…
Dari diri kumblak mu ini…
Doakanlah dirinya…bersemadi…
Dengan aman disisi Illahi…
Membawa duka yang sering ditangisi…
Dan bekalan yang belum mencukupi…
Untuk akhirat nanti…

Walau apapun yang terjadi…
Akan sentiasa ana ingati…
‘Walid’ku yang kumblak ini…
Kerana sentiasa menceriakan diri…
Dan ‘bekeng’ pada diri ini…

***Ikhlas dari adikmu yang kumblak ini***

No comments:

Post a Comment