Wednesday, December 1, 2010

Dirinya... bukan sesiapa.....

Di zaman yang penuh dengan teknologi…masih terdapat juga benda yang jarang difikirkan oleh fikiran manusia…masih terdapat manusia jahiliah moden…masih terdapat kepercayaan2 yang membawa mereka ke jalan yang salah…masih ramai manusia yang tidak percayakan kepada alam ghaib…syurga dan neraka, pahala dan dosa, malaikat, tidak lupa juga dengan alam lain selain alam manusia contohnya makhluk halus seperti jin dan syaitan…jin yang kafir dan syaitan akan sentiasa menyesatkan manusia dan akan cuba sedaya upaya menjauhkan manusia dari Allah…

Ya Allah, Ya Tuhan kami…lindungilah kami dari tipu daya jin dan syaitan…

Di dalam kesibukan dunia kampus…dapat dilihat semua orang dengan hal mereka sendiri…pelbagai ragam dapat dilihat di sini…ada yang sibuk dengan study, ada yang sibuk dengan program2 universiti, kolej, persatuan dan program2 yang lain, ada pula yang sibuk dengan ‘couple’, tak lupa juga yang sibuk dengan bersuka ria menghabiskan duit ptptn yang mereka pinjam….

Namun di sini ana Cuma nak cerita, di dalam kesibukan tersebut masih terdapat seorang gadis yang jahil, seorang yang tak pandai mengerti apa itu dunia kampus…seorang gadis yang tak faham akan dirinya sendiri…kadang2 dia sendiri rasa adakah itu dia, dan kadang2 dia bertanya kepada dirinya sendiri siapakah dirinya yang sebenar…tak mengerti apa itu keseronokan, dia hanya dari keluarga yang biasa, dari keluarga yang sederhana…
Di saat sahabat2nya sibuk dengan aktiviti mereka, di saat itu juga dia sibuk dengan ‘bertarung’…kadang2 hanya tangisan yang menemani hidupnya…dari kecil hinggalah kini...tak da orang yang memahami dirinya…hanya Allah tempat mengadu…Allah Yang Maha Tahu…

Kadang2 dia terasa begitu jauh dari semua orang, kadang2 dia terasa dia bagai tak dipedulikan lagi…namun adakah ia begiru??? Semua itu kita tak tahu…hanya Allah yang tahu hati manusia….

Dengan berbekalkan sedikit kekuatan dan semangat yang ada…dia masih mampu berdiri…dia masih mampu teruskan pengajian ke university walaupun terpaksa merantau ke tempat yang jauh…merentasi Laut China Selatan, bukit bukau…ranjau yang berduri…namun bukan dengan berjalan kaki tetapi dengan menaiki sebuah kapal terbang yang dilengkapi dengan peralatan yang canggih…

Sikapnya yang pelik membuatkan orang menjauhkan diri daripada dia, akibat sikapnya yang pelik dia mendapat gelaran ‘gila’…akibat sikap itu juga…ramai kawan yang tak nak kawan dengan dia…namun dia tak pernah membenci…di situlah dia mengerti apa beza kawan dan sahabat..sungguh besar perbezaannya… sangat berbeza…. Namun dia tetap dengan dirinya… kerana dia adalah dia… dan akan sentiasa menjadi dia.. takkan berubah… dan jika berubah sekalipun.. insyaAllah berubah kearah yang lebih baik…amin…

Dia merupakan anak sulung daripada dua beradik… takda kakak dan takda abang… suka pada pengembaraan… dan terpaksa hidup berdikari tanpa bantuan kakak dan abang… hidup dalam serba kekurangan.. namun sentiasa ceria dalam menangani kehidupan… amat suka pada kedamaian dan ketenangan… kalau dapat pergi ke sungai, laut, pantai atau hutan… insyaAllah mampu bertahan beberapa jam di tempat tersebut… suka melihat senyuman orang lain ( kerana itu lah perkara yang paling membuat dirinya bahagia )…di situlah dia melihat kasih sayang seorang insan bernama manusia.. kasih sayang antara satu sama lain… kasih syang tanpa mengira suku kaum, budaya dan agama…

Namun kini, semuanya dah berubah…

Dirinya tidak seperti dahulu lagi… dirinya tidak sekuat dulu lagi.. namun insyaAllah akan sentiasa cuba sedaya upaya memberikan senyuman pada orang lain… kerana dia faham apa maksud yang tersirat dengan sebuah ‘senyuaman’…

Semua yang berlaku adalah ketentuan Illahi… dia di pilih utk menghadapi “ujian” ini…. Namun kadang2 dia terlalu lemah.. sehingga tak mampu bangun lagi… hanya dengan berbekalkan keyakinan pada Illahi.. dia gagahkan diri… tuk terus berdiri dan mengabdikan diri pada Illahi…

Manusia….itulah dia,..Cuma manusia biasa… hamba Allah yang tak punya apa2.. sumenya milik Allah… kadang2 dia bagaikan jatuh ke dalam gaung yang sanagt dalam.. tak mampu nak keluar dari situ…

Namun, sejak ditempatkan di sini… di perantauan banyak ujian yang perlu dia tempuhi… dia perolehi kasih syang pun di sini… kasih syang yang selama ini dia idamkan… kasih syang seorang ayah… ksih syang sahabat/iah yang sentiasa di sisi tak kira senang atau susah… tak kira suka atau duka… Allahurabbi… bahagia terasa dirinya… ksih syang seorang kakak, ksih syang seorang abg… ksih syang dari orang sekeliling…

Beberapa bulan kebelakangan ini, dia alami “ujian” yang cukup kuat… namun bila difikirkan semula.. ujian ini hanyalah sedikit,… tidak seperti ujian yang ditanggung oleh saudara kat Palestin, tidak seberat ujian mangsa2 akibat kekejaman Israel…

Namun, dia pun manusia…lemah… kadang2 “ujian” yang dia hadapi membuatkan dia terasa begitu sukar untuk di atasi… dia mudah mengalah… namun, semangat dan sokongan sahabat/iah yang lain sering mencabar dirinya, membakar sifat dirinya yang mudah mengalah…
“ Kamu sungguh lemah!!! Lemah!!! Lemah!!! Itu pun tak mampu lawan ka??? “
Ya Allah… ayat tu sentiasa berngiang2 di telinganya… adkah dia betul2 lemah??? Kadang2 dia berdialog sendiri…
“ Mereka tak memahamiku… aku yang alami.. semua ini…sakit… berat… sukar… mereka hanya tahu kata sabar…tapi siapa yang tanggung..aku!! ya..aku memang lemah…”

Kadang2 hanya tangisan yang dapat membalas semua kata2 sahabat/iah nya…hanya tangisan… hanya tangisan…dan sentiasa dalam tangisan… Allahurobbi…

Pernah seorang sahabat berkata kepadanya… “ tengok sahaja macam kuat tapi tak !!! kau kuat kerana apa!! Ingat…kau mesti kuat kerana Allah.. bukan kerana sesiapa….!!!”
Sedih sangat dirinya pada ketika itu… hanya Allah Yang Tahu…

……………bersambung_Nursyahidah Mu’izzah (Pengorbanan Yang Mulia)_

No comments:

Post a Comment