Wednesday, December 1, 2010

Muhasabah kembali...

Wahai hati…
Bersabarlah atas dugaan Illahi..
Ana yakin engkau mampu atasi…
Kerana tu cuma dugaan kecil pada diri…

Wahai hati…
Bersyukurlah pada Illahi…
Kerana Dia engkau masih boleh berdiri…
Dan terus mengabdikan diri…

Wahai hati…
Di mana kau berada kini…
Adakah masih ada di sini…
Jangan tinggalkan diri ini…

Wahai hati…
Bilakah berakhirnya ujian ini…
Kadang2 rasa tak sanggup lagi…
Bila Allah bagi “ujian” ini…


Wahai hati…
Ana akan cuba gagahkan diri…
Berbekalkan keyakinan pada Illahi…
Semua ini ketentuan Illahi…

Wahai diri…
Mengapa harus ditangisi…
“Ujian” yang menimpa diri…
Tidak yakinkah pada balasannya nanti…

Wahai diri…
Walau apapun ana kena hadapi…
Semua apa yang terjadi…
Moga tetap sabar menanti…
*** Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar***

No comments:

Post a Comment