Wednesday, December 1, 2010

Takdir Illahi...

Di dunia yang fana ini…
Sentiasa ada yang melalaikan diri…
Tidak lupa juga yang melemahkan diri…
Sehingga jatuh tersungkur bagai tak mampu sudah berdiri…

Seorang ayah pergi menghadap Illahi…
Tanpa pesanan buat diri …
Bagi membakar semangat hidup ini…
Hanya sekeping potret yang ditinggalkan…buat diriku kini…

Memang sudah takdir Illahi…
Ku cuba juga menerima semua ini…
Biarlah ia tersimpan rapi…
Jauh di dalam kamar hati…

Hadirnya insan ini…
Yang amat ana hormati…
Membuat diri bangkit lagi…
Walaupun amat berat untuk ku atasi…
Namun digagahkan juga..agar ana mampu berdiri…

Setiap kata-katanya…
Membuat ana menginsafi diri…
Agar mampu terus ‘berjuang’ hingga mati…
Dan mendapat rahmat Illahi…
Bersama balasan syurgawi…

Dialah sahabat dialah musuh…
Yang sentiasa menceriakan diri…
Walaupun baru kukenali…
Namun sudah banyak berkorban untuk diri ini…
Sehingga tak mampu terungkap lagi…

Terimalah maaf dari diriku ini…
Agar mampu menenangkan hati…
Buat dirimu sahabat sejati…
Yang sentiasa ana sakiti…
Dalam mengislahkan diri…
Yang sering terlupa pada janji Illahi…

Dia lah ‘walid’ dalam diri…
Menggantikan ayah yang sudah pergi…
Tiada perasaan lain dalam hati…
Selain perasaan anak pada ‘walid’nya kini…
Janganlah kalian bersangka lagi…
Melihat ukhwah yang terjalin antara kami…

Sejujurnya ingin ana akui…
Ana bangga pada dirimu kini…
Kerana masih mampu berdiri…
Walaupun banyak dugaan yang dikau lalui…
Sebagai hamba Illahi…
Namun masih mampu menyelusuri jalan Ya Rabbi…

Tidak seperti diriku kini…
Yang semakin lemah di sini….
Bagaikan tiada hala tuju lagi..
Yang sentiasa kalah pada diri…
Dan “benda” yang menguasai diri…

Kadang-kadang rasa tak mampu lagi…
Untuk lalui semua ini…
Moga ketenangan mengisi sanubari…
Bersama cinta yang hakiki…
Iaitu cinta Ya Illahi…

Insan ini ambil seni…
Entah apa yang dia pelajari…
Buat ana tertawa sendiri…
Dengan sikapnya yang “bekeng” pada diri…
Kadang-kadang menyakitkan hati…
Sehingga diri sendiri makan hati… ( kalah jin…huhu)

Bersabarlah wahai hati…
Dengan sikap ‘walid’mu ini…
Mungkin ada alasan yang tersendiri…
Yang buat dia “bekeng” pada diri…
Sungguh bertuah diri ini…
Punya ‘walid’ kumblak seperti ini…

Namun akan kami batasi…
Dengan syariat Ya Illahi…
Yang wajib kami patuhi…
Sebagai perhiasan diri…
Hingga mati…

Doakan ana agar mengerti…
Tanggungjawab ana sebagai hamba Illahi…
Ya Allah… Ya Illahi…
Kukuhkanlah ukhwah kami…
Walaupun takkan jumpa lagi…
Namun akan tetap perjuangkan agamaMU ini…
Di bumi UPSI ini…

Ana berdoa pada Illahi…
Agar dikau jadi murabbi sejati…
Mendidik generasi kini…
Menuju jalan yang diredhai…
Dan dirahmati oleh Illahi…

Ya Allah Ya Robbi…
Permudahkanlah urusannya di dunia ini…
Agar tak mengganggu urusan akhiratnya…
Agar mampu temui diriMU Illahi…
Di akhirat nanti…

Ya Allah Ya Robbi…
Berikanlah jodoh yang terbaik buat dirinya ini…
Muslimat yang sentiasa mencintai Illahi…
Sebagai pendampingnya di kala sunyi…

Sampai di sini sahaja untuk hari ini…
Bebelan ana yang kumblak ini…
Moga dikau tersenyum bila membaca nanti…
Dan jangan pernah lupa diriku yang kumblak ini…
Walaupun ana tiada lagi…
Di dunia yang fana ini…
Kerana semua yang berlaku adalah takdir Illahi….


Doakan ana agar mampu tersenyum semula...
syukran atas segala2nya...
Jangan berebut kui tat nenas lagi ye...berak nanang...huhu
“Ajakna mu kumblak laddek…na cala ko tu bella…”
~ Ikhlas dari adikmu yang kumblak….~

No comments:

Post a Comment