Wednesday, December 1, 2010

Khas buatmu... ( Gelagat Housemate Ana)

Assalamualaikum pembuka bicara…
Buat sahabat sahabiah yang ada…
Yang tengah datang menjengah…
Dalam blog ana yang tak seberapa…

Terdapatlah suatu kisah…
Antara ahli rumah kami semua…
Dengan pelbagai ragam dan gaya…
Harap kalian sudi membaca…
Kisah antara kami semua…

Sungguh ayu dan kecil orangnya…
Seorang yang serius pada agama…
Sangat tabah menghadapi ujian dunia…
Dialah jantung hati dan roomate ana…

Kek coklat adalah kegemarannya…
Suka makan mee sup dan juga laksa…
Bakal mendirikan keluarga…
Maka terbuktilah dah cukup usia…

Mempunyai pekerti yang mulia…
Membuatku bangga padanya…
Walaupun dia jauh di mata…
Namun tetap kuingati sampai bila-bila…

Bakal menjadi prof. lalat yang terkemuka…
Hasil daripada kajian yang dibuatnya…
Sungguh canggih teknologi yang ada…
Mampu mengatasi semuanya…

Namun kita tak boleh lupa…
Agama Islam tetap yang utama…
Moga kita boleh berjuang bersama…
Tidak kira tempat dan masa…
Menegakkan agama Allah yang sungguh indah…

Ini pula housemate ana yang kedua…
Nampak tegas dan berwibawa…
Pendorong ana di kala duka…
Selalu ragu antara “mirul” dan ana…

Gelagatnya membuat ana tertawa…
Walaupun hati dalam keadaan duka…
Sungguh cantik akhlak yang ada pada dirinya…
Membuat diri ana terpesona…

Kerana diri tak sempurna dirinya…
Namun ana tetap redha dengan apa yang ada…
Sujud syukur ku kepadaNYA…
Kerana Allah pertemukan ana dan dia…

Biskut raya ibunya kegemaran ana…
Sedap sehingga ana habiskan semua…
Membuatku tersenyum bila teringat padanya…
Mengajarku erti sabar dan redha…

Senyumanmu mana wahai kakakku yang jelita…
Sungguh manis bila senyumanmu ada…
Teruskan tersenyum walaupun suka dan duka…
Namun jangan sampai di anggap “gila”…

Itulah housemate ana yang ketiga…
Kurang senyuman pada dirinya…
Namun dia tetap cantik dan lawa…
Kadang2 ana terpaku seketika…

Melihat wajahnya yang diciptakan Allah…
Membuatku terfikir cantiknya ciptaanNYA…
Namun dirinya membuatku gembira…
Bila dia bertanya kenapa tengok padanya…

Hingga tersipu malu dan seperti tak kena…
Ana hanya mampu tersenyum padanya…
Senyumannya membuatkan hatiku berbunga-bunga…
Ya Allah, bahagiakanlah dirinya…

Sungguh cekalnya dirimu menghadapinya…
Menjadi pembakar semangatku yang mudah mengalah…
Inilah dia ya ukhti kekasih ana…
Housemate keempat yang ana ada…

Sungguh ku ingin berterima kasih padanya…
Kerana kata-kata yang telah dilontarkannya…
Telah men’cabar’ kedegilan ana…
Sehingga malu nak bersemuka dengannya…

Ya Allah…Ya Rahman…
Limpahkanlah kasih sayangMU padanya…
Kerana ana tahu dia dah cukup menderita…
Namun kesabarannya mengatasi semua…

Permudahkanlah segala urusannya…
Berikanlah jodoh yang terbaik buatnya…
Ana amat menyayanginya…
Dari dulu…kini…dan selamanya….

Makan…makan…selalu bersamanya…
Hingga pipi pun tembam sepertinya…
Biar tembam asalkan bahagia…
Meneruskan saki baki umur yang ada…
Dengan beribadah kepadaNYA…

Aduhai akak yang amat kucinta…
Selalu disakat oleh housemate semua…
‘Kakak adik’ diberi gelaran padanya…
Kerana telatahnya…membuat orang tertawa…

Itulah housemate terakhir yang ada,,..
Menunggang motor sungguh laju dan bahaya…
Sehingga ana hampir terbang olehnya…
Geli hati bila teringat semula…

Itu semua kenangan bersama dengannya…
Terima kasih kerana membawaku bersama…
Ke Darul Quran tempat yang selesa…
Pemandangannya juga sungguh indah…

Wahai kakakku…yang amat kucinta…
Ku teringin ke sana semula…
Mencari ketenangan dan kedamaian yang ada…
Kerana di situ ku cari diriku semula…

Dikau bagaikan mama tercinta…
Kematanganmu membuatku rindu padanya…
Gambar dan video kita ku simpan selamanya…
Menjadi kenangan andai dikau tiada…
Terima kasih untuk segala-galanya…

Siapakah muslimat yang paling degil di rumah ana?
Nakal @ kumblak tidak terkira…
Memeningkan kepala semua yang ada…
Hingga penat melayan karenah ana…

Itulah diri ana…
Sabarlah wahai kakak2 ku semua…
Maafkanku yang sentiasa membuatmu terasa…
Moga kesabaran sentiasa ada pada dirimu semua…
Ketahuilah bahawa kenangan kita sentiasa terpatri bersama…

Andai ‘ajal’ datang tanpa kuduga…
Maafkan semua kesalahan diri ana…
Sebelum ana pergi menghadap Pencipta…
Doakan keselamatan ana di alam sana…

Hidup ini hanya sementara…
Namun diri selalu lalai dan alpa…
Penuh dengan dosa dan noda…
Mohon pengampunan hanya padaNya…

Ingatlah wahai kakakku semua…
Takkan pernah putus ukhwah antara kita…
Walaupun berbeza pangkat dan harta…
Kerana ukhwah kita bertunjangkan aqidah…

Kalau ada silap dan salah…
Kemaafan kalian amatku pinta…
Agar mudah hidup di dunia…
Menjalani ibadah seperti biasa…


*** Maafkan ana…halalkan semua makan minum adik di umah ni… andai adik pernah lukakan hati kalian semua… maafkanlah…maafkanlah…=( tidak pernah terniat nak putuskan silaturrahim antara kita ataupun tak bertegur sapa..namun semuanya berlaku tanpa kuduga…itulah manusia yang tidak sempurna…seperti diriku yang kalian kenal…adik hanya insan biasa…inginkan kemaafan dari kalian semua…adik syang kalian semua…syang sangat2… mis u all…syukran atas pengorbanan kalian semua...***-ikhlas dari adikmu-***

No comments:

Post a Comment