Thursday, December 2, 2010

Ikhtibar pada diri...

Kini kukesali,
Namun sudah tidak berguna lagi…
Kadang-kadang tanpa ana sedari…
Hati orang telah ana sakiti…

Kini ku di sini,
Ingin berkongsi yang ada dalam hati…
Sebagai ikhtibar untuk diri…
Dan amalkan setiap hari…

Pelbagai manusia yang ada di bumi…
Termasuklah yang sensitif dan mudah tersinggung dalam hati…
Walaupun takda niat dalam diri…
Untuk sesekali menyakiti hati…

Bagaimana pula yang sengaja menyakiti hati…
Melalui perbuatan dan kata-kata yang keluar tadi…
Di sini dapat disimpulkan kini…
Anda menempa kegagalan yang berpanjangan…jika sengaja menyakiti hati…
Mengapa perlu menyakiti hati…?
Adakah untuk melepaskan perasaan sakit hati…?
Jika sebab itu semua itu terjadi…
Suatu hari nanti kita akan berasa lebih sakit hati…
Kerana perbuatan itu menyebabkan kegagalan yang berpanjangan dalam diri…

Cukuplah…jangan diteruskan lagi…
Saksikan sendiri perubahan yang bakal anda alami…
Jika berhenti dari sengaja menyakiti hati orang kini…
Bagaimana pula jika orang yang menyakiti hati…
Apakah perasaan yang timbul pada diri…
Bolehkah anda merasai sendiri…???

Ambil lah semua ini…
Sebagai renungan dalam diri…
Ikhlas dari sahabatmu ini…
Yang telah alami sendiri…

Bagaimana menghindari diri dari menyakiti hati orang lain…
Ø Berhati-hati bila berkata-kata @ bergurau senda. Ada orang yang tidak tahan dan tidak faham bergurau. Jadi lebih baik tidak perlu bergurau dengan orang yang tidak rapat dengan anda.
Ø Setiap kali hendak berkata, tanya “Adakah kata-kata ana ini akan menyakiti sesiapa?”
Ø Jika terasa was-was dengan perbuatan anda, tanyakan,”Adakah perbuatan saya ini menyakiti sesiapa?”
Ø Sentiasa bersabar. Jangan sesekali diamalkan perangai suka membalas dendam dan sebagainya. Banyak buruk dari baiknya perbuatan ini.
Ø Jika ingin menyakiti hati orang lain, cuba ubah kepada menyukakan hati seseorang…

Selamat Beramal…
Petua dari ana yang kumblak ini…huhu
Just dari pengalaman diri…
Yang selalu lalai hingga kini…




No comments:

Post a Comment