Sunday, March 17, 2013

Baitul Muslim 2.0: Slot 3 ($$$$$)




Ok...kita sambung lagi slot Baitul Muslim 2.0 yang seterusnya iaitu Slot 3..

Slot 3:
"FULUS OH FULUS...$$$"
oleh Tuan Suzardi Maulan

Kahwin di bawah RM10 000???? Biar betul...
Hah...Tuan Suzardi ada gtau tentang ini...
sebelum ana teruskan mari kita kenal sikit siapa beliau..
Beliau merupakan Konsultan Prnsipal di AFIQ Training & Advisory, 
sebuah firma perunding latihan bebas dalam bidang pengurusan kewangan berlandaskan Islam...

Beliau mengatakan bahawa...
Tanya pada diri sendiri siapa betul2 sahabat kita???
Sahabat yang sebenar akan menentukan tajuk slot ini...
Secara jujurnya hanya 4 orang yang betul2 sahabat kita...
sahabat yang sebenar adalah sahabat suka duka kita...

Nak kurang budget kahwin..jemput sahabat yang benar-benar sahabat kita..
Kadang-kadang orang akan terasa beban kerana terpaksa menghadiri banyak jemputan kahwin..
So, pastikan mereka yang hadir tidak terbeban dengan undangan kita...

Tukar persepsi..
***Duit adalah pemberian Allah..
***Jangan Pecah Amanah...

Tips yang beliau cadangkan...
1. Rumah dan kereta kena dielakkan untuk 7 tahun selepas pertama kerja...(buat masa ni belilah kereta yang second hand. rumah sewa dahulu)
2. Bersedia dan jangan kumpul hutang secepat mungkin.
3. Elakkan "BAJU BARU RAJA" - baju nipis tak ada orang berani tegur, sebab dia raja...(kalau pinjam baju nikah akak/adk pun takpa...hihi)
4. Hutang paling bahaya (kereta, peribadi, rumah, Kad kredit)-berhati-hati dengan ini...

Tentukan perbelanjaan yang wajib, sunat dan harus..inshaaAllah...kos perbelanjaan akan berkurang...

Misalnya, kalau beli kereta..
Bayar Loan RM600
Bayar Kereta RM600
             = RM1200....dalam sebulan kita belanja...(simpan dulu hasrat ini..buatlah pelaburan atau paling senang simpan je kat dalam bank)

kalau RM1200 x sebulan = RM 14400 setahun x 7 tahun = RM 100 800...
kalau RM600 x sebulan = RM RM 7200 setahun x 7 tahun = RM 50 400...hasinya banyakkan..???

Anda juga boleh buat PELABURAN HARTANAH...

Hartanah 1 (Suami)
Hartanah 2 (Isteri)
Hartanah 3...Baiti Jannati...P/s: Hartanah 1&2 anda boleh sewakan atau jual...untuk mendapatkan keuntungan kerana nilai hartanah akan meningkat setiap masa...

anda juga boleh terus ke laman web Tuan Suzardi Maulan di www.pakdi.net

"WE BUY THINGS WE DON'T NEED WITH MONEY, WE DON'T HAVE TO IMPRESS PEOPLE WE DON'T LIKE"

 -SELAMAT MENCUBA-



No comments:

Post a Comment