Sunday, March 17, 2013

Baitul Muslim 2.0: Slot 2 (Pengurusan Jiwa)




Alhamdulillah...syukur ke hadrat Illahi atas Iman dan Islam..
Semoga matiku kelak juga dalam Iman..Aamiin...
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw...

Alhamdulillah..di pagi yang segar ini,
ana nak smbung info tentang slot ke-2 bagi Baitul Muslim yang pernah ana pergi...

tajuk pada hari ini adalah tentang " PENGURUSAN JIWA"
oleh Ustaz Mohamad Ridhauddin Mohd Salleh...

Beliau ada menyatakan bahawa semua tindak tanduk kita ditentukan oleh niat...
 Seperti dalam Surah An-Nisa: 34.. telah dijelaskan bahawa lelaki adalah Pemimpin yang akan melindungi wanita yakni isterinya...Lelaki dan perempuan memeng berbeza maka kahwinlah...Wahai kaum lelaki yakni para suami...bersabarlah dalam membentuk rusuk kiri kamu...

Pentingnya "KESABARAN" dalam rumahtangga yang dibina...
taatlah dengan "HATI" ...bertemu ketaatan dengan "HATI"...

Mintalah fatwa dari HATIMU..
"Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dari hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dari dosa itu..."

Beliau menyatakan bahawa kalau ada masalah jumpalah ALLAH...
Dekatlah dengan Allah..inshaaAllah kita pasti akan TENANG...

"Tolong SEDIAKAN hati, Tolong BUKA hati.."

Fahami dua analogi di bawah:

Analogi 1:
Ibarat gelas...kalau kita terbalikkan gelas itu, kita cuma sediakan tapi tidak dapat menampung air yang banyak, tapi kalau betulkan semula kedudukan gelas tersebut kita dapat menampung air yang banyak. Macam itu juga hati, jangan hanya sediakan hati tetapi bukalah hati tersebut...

Analogi 2:
Air mineral merupakan air yang rasanya biasa sama seperti fitrah antara manusia dengan Allah..manakala Air mineral yang telah dicampur ribena merupakan  air yang rasanya lain sama seperti fitrah manusia yang telah dicampur dengan maksiat...

Cinta kepada ALLAH dan RASULULLAH jangan disulami dengan maksiat...Bercintalah selapas Nikah...

Beliau mengatakan bahawa hebatnya manusia bukan sebab masa silamnya...

Bagaimana Cara Untuk Menguruskan Hati

1. Jadi orang soleh/solehah.
2. Jadi orang soleh/solehah.
3. Jadi orang soleh/solehah.
4. Jangan guna akal untuk mencari, guna hati untuk berfatwa.
5. Buat perjanjian "Kesetiaan".
6. Jangan mulakan langkah SYAITAN.

Ingatlah bahawa hati yang solid dengan air mineral tidak akan mencari dunia...(kembali pada analogi tadi)

"Kalau dah tunang dia tak setia,,jangan bersedih, sedih boleh tetapi sedih hanya kerana SYUKUR pada ILLAHI dia tak "SETIA"..kerana dia takda apa2 ikatan dengan kita, kalau dah kahwin tak setia kan susah.."

"Jangan buka ikatan maksiat,,,
Andai anda senyum, lelaki akan ketawa...
Andai anda berjalan, lelaki akan berlari...Fahamilah.."

p/s: Jangan telefon, Jangan mesej, Jangan Email...

Ini sahaja perkongsian untuk Baitul Muslim 2.0: Slot ke-2...


No comments:

Post a Comment