Saturday, January 1, 2011

Golongan Yang Menabjubkan...

Golongan yang menabjubkan ini adalah orang yang beriman. Nabi menggelar mereka sebagai golongan yang menakjubkan kerana sikap mereka yang positif dalam semua keadaan. Dalam sebuah hadis yang dilaporkan oleh Imam Muslim, nabi berkata, “ Keadaan orang mukmin amat menakjubkan kerana segala keadaan yang dihadapinya menjadi baik baginya. Jika dia mendapat kesenangan dia bersyukur dan itu adalah baik baginya. Sebaliknya, jika dia menghadapi kesusahan dia bersabar dan itu adalah baik baginya.”

Pada zaman nabi, umat Islam terus bersabar dan beramal dengan keyakinan bahawa Allah akan memberikan pertolongan kepada mereka dalam berdepan dengan pelbagai rintangan. Pertolongan tersebut akhirnya datang dalam bentuk hijrah dari Makkah ke Madinah. Kesan daripada hijrah ini, tertegaklah sebuah negara Islam yang dipimpin oleh nabi kita iaitu Nabi Muhammad. Negara ini kemudiannya berjaya menguasai Makkah dan meruntuhkan empayar Rom dan Parsi. Di atas keruntuhan itu, lahirlah empayar Islam yang dikagumi hingga ke hari ini. Pada saat kemenangan dan kejayaan, umat Islam tidak pernah melupakan Allah. Mereka sentiasa bersyukur kepadaNya. Mereka Berjaya mengukir sejarah yang gilang-gemilang ini kerana iman dan sikap yang betul dalam semua keadaan.

No comments:

Post a Comment