Saturday, January 1, 2011

Masalah…Masalah…& Masalah…

Masalah? Adakah anda tension apabila dilanda masalah? Bagaimanakah antum semua melihat sesuatu masalah tersebut? Bagaimanakah sikap antum semua apabila menghadapi masalah?

Sikap kita ditentukan oleh cara kita melihat masalah. Apabila kita melihat masalah sebagai kesempatan untuk membangunkan diri, kita berfikiran positif. Sebaliknya, apabila kita melihat masalah sebagai perkara yang bakal memusnahkan kita, kita berfikiran negatif.

Justeru, semasa berdepan dengan masalah, senyumlah dan berkata, “Alhamdulillah. Aku diberikan kesempatan untuk menjadi lebih berjaya.” Kemudian lakukan analisis ke atas masalah itu satu persatu. Jangan lupa, ‘antum tidak boleh menelan seekor kuda sekaligus. Namun jika antum memakannya sedikit demi sedikit, akhirnya antum akan Berjaya menelan seekor kuda.’

Jelas sekali, yang menjadi masalah bukannya kuda, tetapi cara kita. Jangan kita lupakan kata-kata nabi yang bermaksud, “ Sesungguhnya kejayaan bersama-sama dengan kesusahan dan sesungguhnya berserta dengan kepayahan adalah kesenangan.”

*** Ingatlah wahai hati…be yourself…senyum & cerialah selalu…

No comments:

Post a Comment