Friday, January 7, 2011

Penampilan luaran vs Penampilan dalaman…


“ Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkat kepada Penguasa Seluruh Alam, yang telah mengatur perjalanan kehidupan dengan teratur dan penuh bijaksana. Dan Yang telah mengurniakan kita semua hidup didalam Islam dan Iman yang sempurna. Tidak dilupakan kepada Insan yang agung, sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w, serta para sahabat baginda ridwanullahiajmain yang telah mengorbankan jiwa raga, harta benda demi untuk memperjuangkan agama Allah, Yakni Islam sehingga kini kita dapat merasakan nikmat berada didalam Islam dan Iman..
Hari demi hari…sering terdengar perkataan-perkataan yang tak elok keluar dari mulut manusia. Biasalah, kita ni manusia yang sering melakukan kesilapan…sedar @pun tidak dalam masa 24 jam kita lebih banyak melakukan dosa daripada pahala…Allahuakbar! Terasa begitu hinanya diri ini…moga Allah mengampunkan dosa kita semua…dan meredhai sume apa yg kita lakukan…

Wahai sahabat/iah yang ana kasihi…
Sedarkah kita bahawa kita lebih banyak mementingkan penampilan luaran daripada penampilan dalaman yang ada pada diri kita? Bayangkan…, jika baju kita kotor atau muka kita berjerawat…apa yang sahabat/iah akan katakan atau lakukan?

Selalunya…, kalau baju kita kotor…kita pasti akan rasa tidak selesa…rasa malu… “kalau bajuku kotor, nanti apa orang akan kata…ah! Mahu tukar baju yang lainlah.”…begitu juga kalau muka kita berjerawat walau hanya ‘sekecil tahi lalat’…kita pasti akan cuba sedaya upaya untuk menghilangkannya….”Ee…malunya aku, ada jerawat lagi..nanti orang tengok tak cantik plak..”..

Di sini, kita dapat simpulkan bahawa kita lebih pentingkan penampilan luaran kita walaupun sekecil mana kekurangan tersebut. Kita lebih pentingkan pandangan manusia daripada pandangan Allah..Namun, kita tak sedari bahawa kekurangan tersebut merupakan suatu kelebihan buat kita…dan pasti ada hikmah disebaliknya…kerana apa yang pasti Allah tak menciptakan sesuatu dengan sia-sia…

Bayangkan pula bagaimana kita menjaga penampilan dalaman kita? Andai hati kita kotor dengan sifat-sifat yang buruk…pernahkah kita berusaha dengan sedaya upaya untuk menghilangkannya? Seperti mana jerawat pada situasi tadi. Pasti jarang sekali kita lakukan…malah ana sendiri mengakui bahawa ia bukan mudah tuk dilakukan…tp kita kena wat juga…kerana Allah…

Pernahkah kita mengatakan “ Ya Allah, hatiku ini amat kotor,..malunya hambaMu ini pada diriMu..”. Jarang sekali kita mendengarnya kan…kita lebih pentingkan pandangan manusia yang mementingkan penampilan luaran. Namun, kita lupa pandangan Allah itu lebih utama. Allah tak melihat penampilan luaran kita…tapi Allah melihat penampilan dalaman kita iaitu hati kita…

Adakah hati kita bersih? Adakah hati kita sering mengingatiNya? Adakah hati kita rindukan syurgaNya? Adakah hati kita…??? Adakah hati kita benar-benar ikhlas beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah sebagai hambaNya…

Marilah sama-sama kita fikirkan dan muhasabah diri..Moga kita sentiasa berada di bawah paying rahmat Allah..insyaAllah…Amin…

Marilah kita sama-sama berubah menjadi yang lebih baik daripada semalam…peringatan buat diri ana juga yang sering alpa dan lalai terhadap tanggungjawab ana sebagai hambaNya…Allahuakbar!

No comments:

Post a Comment