Sunday, January 2, 2011

Sinar Pagi...

Assalamualaikum…apa khabar kepada semua sahabat/iah ana…
Pagi ini ana nak berkongsi tentang “SABAR & SIKAP POSITIF”…
Alhamdulillah…ana bersyukur pada Illahi kerana…bila ana sakit Allah bagi peluang kepada ana kerana ana masih mampu membuka minda ana tuk terus berjuang,,,
Disini ana ingin berkongsi kepada sahabat/iah supaya kita dapat sama-sama berfikir apa yang patut kita lakukan jika sesuatu musibah menimpa kita…

…………………………………………………………………………………………….

Akhlak yg mulia melahirkan sikap yg positif. Antara sikap yg perlu kita miliki dalam kehidupan hari ini adalah sabar dan cekal. Kesabaran dalam Islam mempunyai hubung kait dengan Allah. Umat Islam dididik untuk memahami kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Justeru, kesabaran mempunyai keuntungan dan kebaikannya di sisi Allah. Apabila umat Islam bersabar semasa menerima musibah, mereka menyedari bahawa kesabaran itu adalah jambatan bagi mendapat pertolongan Illahi. Di samping itu, gamjaran yang besar sedang menanti mereka.

Dalam surah al-Baqarah ayat 155, Illahi menjanjikan “berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar.” Ini bermaksud kesabaran ada khabar gembira dan ada keuntungannya. Jaminan ini sudah pasti melahirkan optimisme di hati orang yang diuji. Optimisme ini melahirkan usaha dan amal. Semua ini dilakukan dengan ketabahan dan kecekalan. Justeru, dalam Islam kesabaran tidak dapat dipisahkan daripada optimisme dan sikap positif. Semua ini lahir kerana keimanan dan keyakinan kepada Allah.

“ Sesungguhnya Tuhan menganjar mereka yang bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak dapat dihitung.”
Az-Zumar, 10

No comments:

Post a Comment