Sunday, January 16, 2011

Petang Ahad...

Ya Allah,…kiniku sedari bahawa banyak lagi ilmu yang ana belum pelajari…ilmuMU terlalu luas…


Hari ini..tiba-tiba datang dua orang pelajar perempuan ke bilik…ingin menemuramah ...dengan kepala yang pening memikirkan masalah….rasa macam tak nak diganggu…namun oleh kerana adik-adik tersebut banyak kali memberi salam maka ana pun membuka pintu…lagipun adalah baik jika kita memuliakan tetamu yang datang ke rumah…


Kedua-dua adik ni datang dari kursus sains pertanian semester dua…namun ada sesuatu yang ana dapat rasakan…mereka kata temu ramah ini adalah assignment mereka namun ana tidak rasa begitu…sebab ana dapat rasakan sesuatu…

Mereka ingin bertanya tentang “Akhlak”…namun ana tidak dapat menjawab sebab ana masih rasa ada sesuatu…dan kedua-dua pelajar ini juga merahsiakan sesuatu… Alhamdulillah…syukran ana ucapkan buat roommate ana kerana menjawab semua pertanyaan ana…di sini ana dapat bermuhasabah balik bahawa inilah sebab ana tidak di bawa berjuang dan inilah juga sebab apa semua terjadi…ILMU ITU PENTING…di sini ana postkan sesi dialog antara roommate ana dengan adik-adik tersebut…


Adik A: Apakah pendapat akak tentang akhlak?

Roommate: Akhlak adalah penampilan luaran yang lahir dari hati…

Adik A: Oh, macam tu…(tapi wajah adik-adik tersebut masih kebingungan… )

Kemudian, roommate ana pun menerangkan dengan lebih lanjut…baru adik tu faham…

Adik A: Apa pandangan akak, adakah remaja sekarang berakhlak?

Namun, roommate ana menyoal plak adik-adik tadi…sebelum menjawab soalan mereka..

Roommate: Apa beza akhlak dan moral?

Adik A: Moral adalah nilai-nilai murni…

Roommate: Akak bagi contohlah, seandainya seorang gadis naik motor bersama seorang lelaki tetapi belum berkahwin…dia bersalam.., dia cium di tangan lelaki tu..adakah dia berakhlak? Senario tu menunjukkan bahawa kita nampak mereka bermoral tetapi tidak berakhlak sebab melanggar syariat Islam…

Adik B: Oh, jadi sekarang ni..orang ramai bermoral daripada berakhlak…

Roommate: (Mengangguk tanda setuju)

Adik A: Akak dari kursus mana?

Roommate: Akak? Akak dari kursus Biologi…

Adik A: (Dia mengangguk) Bagaimanakah akak nak terapkan nilai-nilai Islam dengan kursus yang akak ambil…?

Roommate: Kalau akak, akak nak ikut contoh seperti guru tingkatan tiga akak..dulu sebelum beliau mengajar beliau akan member tazkirah..kenapa kita dijadikan? Kenapa perlu kita belajar? Misalnya, subjek biologi ada belajar tentang anggota tubuh…kita boleh terapkan Islam di situ..contohnya, semua anggota tubuh ni adalah ciptaan Allah Yang Agung…Kita ni guru…mengajar dan mendidik ni tidak sama dik.. kita sebagai guru bukan hanya ingin mengajar atau hanya menghabiskan silibus buku teks tetapi kita juga harus mendidik…(Roommate ana member penjelasan yang panjang..huhu)

Adik A: Oh…(hanya menggangguk...)

Ana duk tersengih-sengih sebab perasaan ini ada sesuatu yang mereka rahsiakan…ana tak tahu mereka faham atau tak…apa yang mereka terangkan…namun mereka tak bagi tahu dengan lebih lanjut tentang mereka..tetapi nak tahu banyak tentang kami..yang ana nak gelak..mereka tanya nama ana..tapi roommate ana bagi nama gelaran jak tuk ana…”MC KAS”. Ana pon tak tau apa maksud nama tu..hihi mcam MC Donald jk…=) Entahlah adik-adik tu faham @ tak..

Adik A: Takpala kak, kalau macam tu kami balik dulu..terima kasih banyak-banyak…maaflah mengganggu…(memang mengganggu pon..huhu gurau jk..hihi)

Roommate ana dan ana pun bersalam-salaman dengan adik-adik tersebut…mereka pun berundur diri…ana masih tetap rasa tak selesa..entah la kenapa..huhu hanya Allah yang tahu…
Watak-watak di atas tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati…tetapi hanya kena mengena dengan kami….hihi… Moralnya, jangan berburuk sangka pada orang..n gtau mereka apa yg benar & kemungkinan penerangan tentng akhlak td dpt buka hati mereka...aminn..sume tu dgn izinNya...

No comments:

Post a Comment